Salahku Bersebab - Part 1




Saat matahari hidupku pergi,
dunia seakan gelap tak berseri.
Saat bulan tak lagi menerangi,
malam seolah tenggelam sunyi.
Saat kehilangan menjarakkan hubungan kita,
hanya doa mampu ku terbangkan buatnya.
Saat KEHILANGAN menguji diri,
ku cari sinar redha dan hikmah dariNya
.


Jari jemari ligat menari di atas keyboard laptop Asus miliknya. Mencoret segala luahan hati. Jam menunjukkan pukul 2:55 petang. Ada beberapa minit lagi waktu kelas tambahan Bahasa Arab akan bermula. Dia terus mencoret mencurah ilham karya terbarunya.

"Eh,Haikal,kau buat apa?" tanya Iqmal rakan sekelas Haikal  yang baru sahaja sampai.

"Aku nak buat sentuhan terakhir karya aku ni," balas Haikal. Mindanya fokus 98% pada karya itu. 2% lagi pada kawannya.

"Wahhh...caya la lu bro. Wa tabik springgg sama lu," Iqmal berdiri membuat gaya tabik hormat. Iqmal mendada penuh bangga. Iqmal turut merasai gembira dengan kecekalan Haikal menyiapkan karya terbaru itu.

"Dahh..tak payah nak mengada," balas Haikal bersahaja. Angin sepoi-sepoi bahasa menyamankan lagi mindanya. Tingkap kelas terbuka luas menjemput angin masuk ke kelas.

"Ish kau ni, tak makan dengan pujian langsung," seloroh Iqmal sambil membuka buku teks Bahasa Arab Tinggi.

Di tangannya ada coklat coki-coki menjadi ubat tahan mengantuk.

Sungguh dirinya bukan narsisistik,
Meskipun dirinya cemerlang dalam setiap aspek,
Pujian itu baginya adalah ujian,
Biarlah tawadhuk sebagai perisai dirinya.

Ramai pelajar sudah masuk ke kelas. Walaupun  cuti  sekolah, kelas tambahan tetap diadakan supaya pelajar dapat teruskan kecermelangan dalam akademik. Kelas tambahan  akan bermula setelah Ustazah Hamidah datang. Haikal dengan dunianya. Apabila kelas bermula dia akan menumpukan pada kelas pula.

"Done!" Jerit Haikal setelah karya terbarunya itu siap. Karya penulisan itu disimpan di dalam pendrive. Apabila selesai peralatan itu diletakkan di bawah meja.

Pada masa yang sama ada seorang gadis sentiasa memerhatikan setiap gerak geri Haikal. Dia juga kagum dengan kebolehan dan bakat yang ada pada Haikal.

Kelas tambahan Bahasa Arab itu berjalan lancar. Cara pengajaran yang diterapkan Ustazah Hamidah membuatkan pelajar semakin teruja untuk mendalami Bahasa Syurga itu. Pelajar juga fokus dan kurang mengantuk.

"Khomsah daqoiq" sebut Ustazah Hamidah sambil menepuk tangan. Pelajar faham apabila Ustazah Hamidah memberi isyarat begitu.

Berehat sebentar bersama kit kat.

"Ismahli ya ustzah, uridu an azhabaa ilal hamam," angguk Ustazah Hamidah memberi kebenaran. Haikal merasa puas apabila karya terbaru itu dapat di siapkan. Haikal tersenyum meleret hingga ke tandas.

Satu jam kemudian.

"La tansa ya tullab, ghodan insyaallah sanadrus babul jadid fi sofhah miaah tis'un wa arbain,"pesan Ustazah Hamidah sebelum menghabiskan kelas tambahan pada petang itu.

"Fuhhh, dua jam kelas," keluh Iqmal lega. Dia menggeliat melepaskan kepenatan.

Haikal masih mendiamkan diri. Dia mengemas buku-buku untuk dibawa pulang. Seterusnya laptop Asus kesayangannya.

"Eh!?" Jerit Haikal sedikit terkejut. Dia mencari-cari pendrive miliknya.

"Knape?" Tanya Iqmal hairan melihat Haikal.

"Pendrive aku hilang," balas Haikal cemas. Dia hairan bagaimana pendrive itu boleh hilang.

"Awak..." satu suara memanggil Haikal.

Suara itu menghentikan pencarian pendrive yang hilang dari radar seperti kehilangan kapal terbang MH 370.

"Hah, ye saya," Haikal berpaling melihat empunya suara. Fokusnya terganggu.

"Sebenarnya kan....." gadis itu tergagap-gagap untuk memberitahu sesuatu.

"Sebenarnya apa?" Iqmal pula menyergah gadis itu. Selepas itu Iqmal memberi senyuman kambing kerana tidak sengaja dengan perlakuannya itu.

" Najib yang curi pendrive awak," gadis itu membongkar kebenaran.

"Hah? Bila pulak dia curi?" Semakin hairan Haikal. Dia menggaru kepala yang tidak gatal itu.

"Mungkin masa dia duduk tempat kau untk tanya soalan tadi," Iqmal membuat andaian.

"Ye,masa tu awak keluar pergi tandas," kebenaran terus terpacul dari mulut gadis itu.

"Cis,dia ni memang dari dulu tak puas hati dengan aku," bentak Haikal. Meja di tumbuk.

"Eh ,kau nak pergi mana tu?" Panggil Iqmal melihat Haikal berlari keluar dari kelas.

"Kejar Najib," Iqmal dan gadis itu berpandangan dan serentak menjawab. Mereka meluru mengejar 
Haikal. Kelibat susuk tubuh Haikal keluar dari pagar sekolah di kesan Iqmal dan gadis itu.

"Hoi! Bagi balik barang aku!" Jerit Haikal pada Najib dan kawan-kawannya. Najib sedang lepak di kaki lima kedai runcit dan agak terkejut.

"Barang apa ni?"tanya Najib mendekati Haikal.

"Pendrive aku la. Kau yang ambil kan?" Haikal rasa semakin geram. Hatinya berdegup laju.

"Wehh..tengok budak ni cakap aku mencuri pendrive dia," Haikal ditolak ke belakang. Najib mentertawakan Haikal di depan kawan-kawannya.

"Boooo!" Budak-budak Najib bersorak dan mengejek Haikal.

Najib dan Haikal sememangnya mempunyai konflik. Kelebihan yang ada pada Haikal selalu tidak disenangi Najib. Najib juga merupakan pembuli tegar di sekolah. Tidak hairan dia 'terkenal' di kalangan warga sekolah.

"Woi!" Marah Najib apabila Haikal pantas merampas beg sandang miliknya.

"Hah! Pendrive aku," getus Haikal dalam hati. Ternyata pendrive miliknya dalam beg Najib.

Tumbukan dilepaskan ke muka Haikal. Haikal jatuh ke belakang. Najib lebih pantas. Pendrive gagal di ambil. Iqmal segera menolong Haikal bangun. Gadis itu hanya memerhati.

Najib dan kawan-kawannya bersedia untuk bertumbuk. Empat lawan dua. Pertarungan bermula. Haikal dan Iqmal berlawan mendapatkan hak. Najib  berlawan menunjukkan keangkuhan.

Tendangan Najib berjaya di elak Haikal. Tumbukan padu tepat pada perut Najib. Kawannya segera membalas dengan tumbukan. Haikal cuba menepis tetapi gagal. Iqmal membuat side kick pada tubuh kawan Najib. Masing-masing tidak mahu mengalah.

Gadis itu pantas berfikir mencari jalan mendapatkan pendrive Haikal. Tidak ada sesiapa yang masuk campur hal mereka. Lorong belakang kedai itu sunyi dan agak menakutkan.

"Dah,blah semua" Najib dan kawannya bangun melarikan diri. Mereka tak dapat meneruskan pergaduhan itu.

"Woi! Pendrive aku!" Laung Haikal dengan perasaan geram.

"Lain kali kita ambil balik," balas Iqmal memujuk. Darah mengalir di bibir.

"Karya penulisan aku dalam tu," Haikal tertunduk sedih. Karya keduanya siap dan akan di hantar esok.

"Nah," gadis itu menghulurkan air mineral kepada Haikal dan Iqmal. Mereka tidak menyangka pergaduhan sebegini akan berlaku.

"Hmm," Haikal mengeluh mengenang nasib.

Setelah bertenang beberapa ketika,mereka bertiga pulang ke rumah masing-masing. Najib dan kawan-kawannya sentiasa menjadikan Haikal musuh mereka.


* * * * *


Usai solat dan makan malam, Izzah mengemas meja tulis di dalam biliknya. Izzah mencapai laptop Apple pemberian arwah ibunya.Butang 'on' di tekan.

Klik.

Izzah bangun mencari sesuatu di dalam beg sekolahnya. Satu persatu dibuka. Mencari sesuatu yang 
begitu berharga pada seseorang yang telah mencuri hatinya.

"Ha! Got it," Izzah teruja. Senyuman dilemparkan pada skrin laptop. Seakan skrin itu senyum kembali.

"Ok, done," pendrive dimasukkan. Izzah semakin teruja ingin mengetahui isi disebalik pendrive itu.

Petang tadi Izzah berjaya mengambil pendrive milik Haikal ketika pergaduhan berlaku. Gaya penyiasat ala tottaly spies itu menjadikan misi itu berjaya dilaksanakan. Beg Najib yang berada di hujung lorong itu diselongkar tanpa disedari. Izzah cuba berlagak persis gadis ayu . Izzah menyimpan pendrive itu kerana tertarik untuk mengetahui karya terbaru Haikal.

"Saat Aku Diuji; hidup ini kembarnya ujian  karya pertama Haikal," Mata Izzah menari pada skrin laptop.

"Ni dia, klik," Izzah sudah jumpa karya terbaru Haikal.

"Awak,maafkan saya," Izzah sedikit merasa bersalah kerana tidak memulangkan segera pendrive itu.

"Salahku Bersebab," baca Izzah perlahan. Izzah mula membaca karya itu satu persatu.


* * * * *


Kring ! Kring ! Kring !

"Adoii.. aku lambat lagi!" Omel Hakim apabila dia tiba di pintu pagar.

Pintu pagar telah ditutup. Beberapa orang pengawas sudah menunggu di situ. Hakim terus bersuara.

"Weh,bagi la aku masuk," Hakim memanggil seorang pengawas perempuan.

" ape weh-weh? lambat buat cara lambat," sampuk seorang pengawas lelaki.

"Tasha,Rashid, bagi la aku masuk," rayu Hakim sambil memegang pagar. Hakim sudah beberapa kali lewat ke sekolah.

"Kau ni tak reti-reti ke nak datang awal hah?" Rashid mendekati Hakim yang berada diluar pagar. 
Senyuman sinis dilemparkan.

"Bagila aku masuk," Hakim merayu lagi. Hakim terus bersabar melayan kerenah pengawas yang ada di depannya itu.

"Huh!" Tasya mendengus kasar. Jelingan tajam tepat ke dalam anak mata Hakim. Garang. Hakim tidak membalas sebaliknya menunduk.

"Muhammad Hakim bin Azman!" Laung satu suara dari dalam kawasan sekolah.

"Alamak! Dia datang!" Hakim sedikit terkejut apabila ternampak Cikgu Afifah.Guru disiplin di sekolah.

"Nasib kau la Kim," Rashid ketawa sambil matanya menjeling ke arah Cikgu Afifah.

"Mati la aku kali ni," Hakim cuba mengenang nasib yang bakal diterimanya nanti.

"Rashid,bagi dia masuk," arah Cikgu Afifah. Rashid segera membuka pintu pagar. Nama Hakim telah di catat di dalam buku kesalahan disiplin oleh Rashid.

Hakim terus meluru tanpa mengucapkan sepatah kata. Hakim berlari ke tapak perhimpunan.

"Hakim! Selepas rehat jumpa saya di bilik disiplin," Langkah Hakim terhenti tatkala Cikgu Afifah melontarkan kata-kata.

"Baik, cikgu," balas Hakim dengan anggukan malas lantas meninggalkan mereka.

Cikgu Afifah hanya menggeleng melihat sikap Hakim yang selalu lambat ke sekolah. Dia terus berjalan meronda kawasan sekolah bagi memastikan tiada pelajar yang ponteng ketika perhimpunan berlangsung.

Hakim terus menyusup di belakang rakannya,Faizul. Mujur tiada yang melihat pergerakan Hakim ala Tottaly Spies.

"Kim, kau lambat lagi ke?" Faizul berbisik kepada Hakim apabila tersedar.

"Macam biasa," balas Hakim acuh tak acuh. Hakim sudah jemu dengan soalan seperti itu.

"Shhh," seorang pengawas mengarahkan Hakim dan Faizul supaya diam.

Perhimpunan berjalan agak lama. Penyampaian hadiah kepada peserta yang menyertai pertandingan di luar sekolah baru-baru ini.

"Adoii,lambat betul la habis assembly ni," omel Hakim sendirian. Hakim sudah beberapa kali menguap.

Mata Hakim melilau mencari seseorang di atas pentas. Akhirnya Hakim tersenyum sendiri apabila matanya tertancap pada wajah itu.

Waktu rehat.

Jam menunjukkan pukul 10:37 minit pagi. 

"Kim,kau nak g mane tu?" Faizul berlari-lari anak mendapatkan Hakim.

"Aku nak pergi melancong," jawab Hakim acuh tak acuh.

"Jap,aku nak gelak guling-guling dulu," balas Faizul memperli Hakim. Faizul membuat muka.

"Aku kena jumpa Cikgu Afifah kat bilik disiplin," ujar Hakim. Kakinya terus menapak selangkah demi selangkah.

"Ni mesti kes lewat tadi pagi kan?" Faizul memintas Hakim di hadapan. Faizul cuba meneka.

"Ye,sebab tu kot," jawab Hakim ringkas. Malas nak melayan si Faizul itu.

"Hahaha..rasakanlah kau nanti," Faizul melemparkan senyuman menyeringai pada Hakim. Buruk sungguh mukanya.

"Heh!" Hakim menjeling ke arah Faizul. Dia tidak hairan dengan ketakutan itu. Hakim terus berjalan meninggalkan Faizul.

Knock! Knock! Knock!

"Em,Cikgu Afifah ada tak?" Tanya Hakim pada Cikgu Liza.

"Oo,Cikgu Afifah dia takde,ada meeting kat luar," balas Cikgu Liza dengan senyuman.

"Takpe la cikgu,saya pergi dulu," Hakim meminta diri untuk beredar. Terasa lega sedikit apabila Cikgu Afifah tidak ada.

"Okey, blaja elok-elok ye sayang," nasihat Cikgu Liza. Cikgu Liza merupakan penolong guru disiplin. Dia memang peramah dan cantik. Tetapi tegas dalam disiplin.

Hakim terus beredar meninggalkan bilik disiplin. Kaki lima lengang kerana waktu rehat sudah tamat. 
Hakim melihat jam di tangan.

"Laa baru pukul 11:05," ucap Hakim perlahan.

Hakim berjalan dengan selamba. Waktu seterusnya adalah subjek Matematik. Hakim tidak berjalan menuju ke kelas tetapi sebaliknya ke belakang stor. Dia tahu guru subjek Matematiknya tidak masuk kerana ada mesyuarat di luar. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Afifah merangkap Guru Disiplin.

"Em,bosan la," luah Hakim pada kucing di sebelahnya. Perlahan-lahan kucing itu diletakkan di atas riba.

"Meow," kucing itu membalas. Entah faham ke tidak.Hakim membelai kucing itu sehingga tertidur.
Beberapa minit kemudian.

"Hoii! Ponteng ye!" Jerit seorang lelaki.

"Cikgu Gopal!" Terkejut Hakim dari tidur. Hakim segera bangun melarikan diri. Kucing tercampak 
jauh terbang di awangan berpusing-pusing seperti tarian bellet sebelum jatuh ke lantai.

Gedebukk!

"Meow"(landing yang baik) kata kucing itu.

"Mari sini," jerit Cikgu Gopal.

"Alamak,baik aku lari cepat sebelum dia tukar aku jadi makanan," Hakim berlari lintang pukang. Cikgu Gopal tidak menyerah. Terus mengejar.

Hakim berlari pantas ke kelas. Hakim bersembunyi di belakang pintu. Kelibat Cikgu Gopal tidak kelihatan lagi.

"Fuhhh," Hakim mengeluh. Lega terasa.

"Terrbaikkkk,(baca dengan nada boboiboy)" Faizul muncul di sebalik pintu.

"Hoi,terkejut aku," Hakim hampir terduduk apabila Faizul tiba-tiba muncul.

"Best main kejar-kejar?" Soal Faizul memperli Hakim. Faizul ketawa berguling-guling sehingga jatuh ke dalam longkang dan mati serta merta. Opss!!
Khayalan penulis sahaja.

"Dah la," Hakim berlalu menuju ke tempat duduk. Faizul melopong sendirian.

Hakim merenung jauh ke luar tingkap. Melihat awan putih berarak perlahan. Wajah itu bermain di fikiran.

"Sungguh aku rindu," bisik Hakim.


bersambung........


written by Temos_Jan 31,2019_8:57 p.m


2 comments:

  1. Alhamdulillah,seronok sangat lepas baca cerita nie... Jalan cerita sangat menarik, penulisan yang baik.. by the way, kalau sempat sambung laa ye cerita nie... Tak sabar nk tahu apa yg akan terjadi selepas nie.. Excited giler!! hehe

    ReplyDelete
  2. hi n assalamualaikum temos02,honestly ur pnya citer sumpah best,cuma nk tnya,mcm mna nak buat blog secantik ni,i mean ada yaa wallpaper ats tu,sumpah lawa,how ah to creat a beautiful blog like this hah? plis jwb,thanks

    ReplyDelete