usai solat asar, Hakim
menghempaskan dirinya di atas katil. Kejadian hari ini kadang-kadang membuatkan
hati kecilnya tertawa. Datang lambat,dimarahi dengan Cikgu Afifah dan dikejar
Cikgu Gopal. Ya, itu memang salah dirinya sendiri yang tidak begitu berdisiplin.
Hakim tersenyum sendiri di katilnya. Merenung kipas yang ligat berpusing.
"Eh, apa aku nak buat
tadi ye?" Hakim menyoal dirinya. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.
Hakim bergerak mengiring ke
kanan. Hakim terpandang meja tulis dan beg sekolahnya. Serta merta Hakim bangun
dan mencapai beg sekolah. Zip dibuka. Buku teks dan buku latihan sains dibelek
satu persatu.
"Haish, patut resah
semacam je. Lupa nak siapkan homework Sains," kata Hakim sambil tangan
ligat menulis.
Meow! Meow! Meow!
"Aduh, bunyi rimau plak
dah," getus Hakim dalam hati.
Hakim meletakkan pen dan
mengintai di sebalik tingkap biliknya. Harimau belang comel itu ada di luar
melihat tingkap bilik Hakim. Hakim berlalu ke dapur mencari secicip makanan
untuk harimau comel itu.
"Eh,takkan makan biskut
kot. Tapi ni biskut tiger," Hakim menutup kembali balang berisi biskut.
"Haaa. Rezeki kau la
ni," Hakim terus beredar masuk ke bilik sambil membawa seekor ikan yang
ada dibawah tudung saji. Ikan goreng itu dilempar kepada kucing comel itu. Terlompat-lompat
kucing itu apabila mendapat ikan.
Hakim duduk kembali di meja
tulisnya menyiapkan kerja rumah. Hakim menumpukan perhatian kepada kerja
rumahnya itu. Sesekali buku rujukan dibelek. Sesekali Hakim menggeliat
membetulkan urat-urat yang bersimpul padu.
Lega.
Kerja rumah disambung sehingga
siap.
Tok! Tok! Tok!
"Assalamualaikum!"
sayup kedengaran dari luar rumah.
"Waalaikumussalam,"
sapa Pak Aman. Segera berlari membuka pintu.
"Haa..Pak Aman
sihat?" soal seorang pemuda berumur 30 an.
"Pakcik sihat je. Ada apa
datang kemari?" Pak Aman menjemput Dollah masuk tetapi ditolaknya kerana
tidak mahu lama.
"Macam biasa la Pak Aman.
Kutip duit sewa la," Dollah memberikan jawapan.
"Tapi Dollah..."
airmuka Pak Aman serta merta berubah. Dia menunduk malu.
"Pak Aman dah 3 bulan tak
bayar sewa rumah," jelas Dollah tegas.
"Dollah,kau bagi masa 2
minggu untuk Pak Aman cari duit " rayu Pak Aman terketar-ketar. Sebak.
"Pak Aman,dengan arwah
ayah saya boleh la mintak tangguh tapi ni dah 3 bulan tak bayar," Dollah
sedikit marah. Namun dia masih menghormati susuk tubuh berumur di hadapannya
itu.
"Tolonglah Dollah,Pak
Aman takde duit lagi,bagi masa untuk cari duit lagi," rayu Pak Aman sambil
berlutut.
"Ok. Saya bagi masa
seminggu lagi. Kalau tak, Pak Aman dengan Hakim boleh pindah cari tempat
lain," Dollah memberi amaran. Dollah beredar menaiki honda cup c70 milik
arwah ayahnya.
Pak Aman masih terduduk di
hadapan pintu rumah sewanya itu. Sayu hati mengenangkan kesusahan hidup.
Kehidupan semakin susah walaupun pembangunan semakin pesat. Pintu ditutup
perlahan. Tubuh tua berkedut seribu itu bersandar pada dinding. Dah 3 bulan
rumah sewa itu tidak berbayar. Lagipun Pak Aman tidak lagi bekerja kerana
diberhentikan. Gara-gara salah faham di tempat kerja,Pak Aman hilang punca pendapatan.
"Atikah,abang tak mampu
nak jadi suami dan ayah yang terbaik untuk awak dan Hakim," luah Pak Aman
sedih.
"Sejak awak pergi,saya
buntu tiada sokongan dari awak," Pak Aman meraup mukanya. Pak Aman
terkenangkan arwah isterinya yang selalu ada saat kesusahan namun semuanya
berubah selepas kematian isterinya. Hanya Hakim yang tinggal pengubat rindu.
"Aayahhh..." bisik
Hakim perlahan. Airmata lelakinya tumpah saat awal lagi. Satu persatu dia
melihat dan mendengar perbualan Dollah dan ayahnya. Lagi sayu mendengar luahan
ayahnya.
Hakim menghempaskan tubuhnya
di atas katil. Fikirannya masih berlegar-legar peristiwa tadi. Sedih. Sayu.
Sebak. Perasaan itu bercampur baur. Akhirnya Hakim tertidur.
* * * * *
Matahari terang menerangi pagi
hari yang indah. Sang burung terbang riang mencari rezeki. Awan putih berarak
perlahan. Burung besi melintasi membelah awan.
"Fuhh..nasib baik aku
awal hari ni," ucap Hakim apabila dirinya sudah berada di dalam kawasan
sekolah.
Jam menunjukkan 7:20 minit
pagi. Hakim datang awal hari ini. Tasha dan Rashid sibuk menjalankan tugas
sebagai pengawas di pintu pagar sekolah. Tasha memanggil Hakim ketika kakinya
melepasi pintu pagar tetapi tidak diendahkannya. Hakim berlalu pergi.
"Muhammad Hakim bin
Azman!" Laung satu suara dibelakangnya.
Langkah Hakim terhenti.
Tubuhnya dipusing ke belakang. Cikgu Afifah berjalan menuju ke arahnya.
Wajahnya sedikit marah. Hakim berdebar-debar menanti. Jantungnya berdegup laju.
"Kamu ni asyik langgar
peraturan je," bebel Cikgu Afifah kepada Hakim.
"Saya datang awal la
cikgu," terus jarinya menunjuk ke arah jam besar di dataran sekolah. Jam
menunjukkan pukul 7:23 minit pagi.
"Kamu datang awal tapi
tengok diri kamu," Cikgu Afifah terus membebel. Hakim terpinga-pinga.
"Eh,,maaf cikgu,"
Hakim tunduk meminta maaf. Lantas baju sekolahnya dimasukkan ke dalam seluar.
Hakim tidak tuck in bajunya. Itu yang membuatkan Cikgu Afifah marah.
"Nanti masa rehat jumpa
saya," Cikgu Afifah terus beredar meninggalkan Hakim di laluan gajah
menyusur.
"Adoi...aku ingatkan tak
kena marah hari ni. Kena jugak," omel Hakim sendiri.
"Padan muka kau. Aku
panggil tak endah tadi," tiba-tiba Tasha datang memberikan se das ayat.
"Arghh..blah la kau
Tasha. Pergi buat kerja tu," Hakim sedikit berang dengan kelakuan Tasha.
Tasha memanggil Hakim kerana ingin memberitahu pasal bajunya tetapi Hakim tidak
mempedulikannya. Hakim beredar ke kelas meninggalkan Tasha.
"Aku plak kene
marah," Tasha hanya memerhatikan Hakim sebelum menjalankan tugas semula.
5 Intelek
"Oit! Muka kau nampak
kelat je. Kenapa?" Tanya Faizul melihat Hakim yang baru sahaja masuk ke
kelas.
"Entahla Joe," balas
Hakim ringkas. Hakim melabuhkan punggungnya di sebelah Faizul.
"Ce citer ce citer,"
pujuk Faizul ingin tahu.
"Aku kena marah lagi
dengan cikgu Afifah," jelas Hakim sugul.
"Hahaha. Kau lambat lagi
ke?" soal Faizul kembali sambil mentertawakan Hakim.
"Tak la. Aku lupa nak
tuck in baju. Seguni aku kena tadi," pandangan mata dilemparkan jauh ke
luar tingkap.
"Hahaha. Padan
muka," gelak sakan Faizul melihat nasib Hakim pagi itu.
"Kau ni sama aje dengan
si Tasha tu," penumbuk diangkat tetapi Hakim dapat mengawal amarahnya itu.
"Aik! Tasha plak dah. Dia
buat apa kat kau?" Faizul makin teruja ingin tahu. Matanya membulat
seperti bebola ikan.
"Dah la. Forget it,"
Hakim mematikan percakapan. Hakim terus memandang jauh ke langit biru. Apa yang
difikirkannya hanya penulis yang tahu.
"Semua bangun!
Assalamualaikum cikgu," suara ketua kelas 5 Intelek memecah lamunan Hakim.
Serentak pelajar memberi salam kepada guru yang datang.
"Hah!cikgu..."
terkejut Faizul melihat guru di hadapannya.
"Ish,ni bukan masa dia.
Silap masuk kelas ke camne ni," Hakim berbisik kepada Faizul.
"Okey semua,keluarkan
buku latihan matematik. Hari ni saya menggantikan Cikgu Razak. Beliau ada
kursus di luar," Cikgu Afifah bersuara.
"Adoi,matilah aku
Joe," Hakim membebel sendiri.
"Kenapa pulak?" Soal
Faizul sibuk membuka buku matematik.
"Aku tertinggal kat rumah
la. Buku Sains aku bawak pulak," Hakim cemas seketika.
"Hah! Hakim, Faizul. Buka
buku latihan Matematik kamu," arah Cikgu Afifah apabila ternampak Faizul
dan Hakim rancak bersembang.
"Iye cikgu," angguk
Faizul menutup buku latihan matematik dan membuka kembali. Poyo sungguh.
"Joe,kau bawak tak buku
latihan matematik yang satu lagi?" soal Hakim.
"Jap. Nah. Kau nak buat
ape?" Faizul hairan melihat Hakim meminta buku latihan matematik 2.
"Aku nak buat-buat buka
la. Strategi ni," balas Hakim membelek buku latihan matematik yang baru
dipinjamnya dengan Faizul.
"Hahaha. Harap menjadi la
strategi kau tu,"balas Faizul ringkas.
Kelas 5 Intelek sunyi tanpa
bunyi. Hanya bunyi kipas berpusing menghilangkan rasa panas. Sesekali bunyi
tapak kasut cikgu Afifah berjalan. Pelajar kelas 5 Intelek khusyuk membuat
latihan yang diberikan Cikgu Afifah.
"Hakim! Kamu buat apa
tu?" Sergah Cikgu Afifah dari belakang.
"Latihan la cikgu,"
balas Hakim. Peluh ketakutan mula mengalir deras. Jantung berdegup kencang.
"Bagi sini buku
kamu," pinta Cikgu Afifah menghulurkan tangan.
"Saya tak siap lagi
cikgu," Hakim menjelaskan. Faizul di sebelah hanya menjeling.
"Ni bukan buku latihan
yang saya suruh buat. Mana buku latihan kamu?" Angin Cikgu Afifah seperti
angin taufan.
"Tertinggal cikgu,"
Hakim menjawab ringkas.
"Alasan kamu ni beribu
orang boleh bagi," marah Cikgu Afifah. Dia berjalan ke meja dan mengambil
rotan. Hakim diminta ke hadapan.
"Matilah kau Kim,"
bisik Faizul perlahan.
"Buku sapa kamu gune?"
Soal Cikgu Afifah memegang rotan.
"Erk. Buku saya
cikgu," Hakim cuba mempertahankan Faizul.
"Faizul,bagi sini buku
latihan tadi," arah cikgu Afifah kepada Faizul. Faizul pula menjadi
gemuruh.
Buku latihan matematik
bertukar tangan. Faizul kembali ke tempat duduk. Hakim masih di hadapan
menunggu dibicarakan. Semua mata pelajar kelas 5 Intelek menumpukan pada Hakim.
Tumpuan beralih arah. Latihan matematik dilupakan seketika. Sesekali terdengar
bisikan-bisikan halus daripada pelajar 5 Intelek.
"Faizul?" nama
Faizul terpacul daripada mulut Cikgu Afifah. Faizul tahu dia juga akan
dibicarakan.
"Buku saya cikgu,"
Faizul berjalan ke hadapan. Dia menunduk malu.
"Saya akan rotan kamu
berdua. Hakim,sebab kamu tak bawa buku dan menipu. Faizul,kamu
bersubahat," jelas cikgu Afifah garang.
Libasan rotan bergema di
pelusuk kelas 5 Intelek. Terkebil-kebil mata yang memandang Hakim dan Faizul.
Amaran dikeluarkan Cikgu Afifah agar tidak melakukan perkara seperti itu. Semua
pelajar 5 Intelek mengangguk tanda faham. Hakim dan Faizul kembali ke tempat
duduk.
"Strategi konon,"
bebel Faizul mencebikkan muka.
"Mana aku tau
kantoi," balas Hakim menahan sakit. Malu pun ada.
"Hakim, Faizul . Bercakap
apa lagi? Buat kerja tu. Hakim buat dalam kertas," lantang suara Cikgu
Afifah. Terkejut mereka berdua. Maka berteraburlah menyiapkan latihan
matematik.
"Hakim..Hakim..kenapa la
kau jadi camni?" Keluh Tasha sendirian. Latihan matematik disambung.
* * * * *
"Eh Joe,kau nak ikot
tak?" soal Hakim sambil menjamah nasi lemak yang dibelinya di kantin.
"Hah?" Soal Faizul
kembali. Suasana bingit di kantin sekolah menghalang pendengarannya.
"Nak ikot tak?"
Tanya Hakim dengan kuat.
Air sirap diteguk perlahan.
Air sirap diteguk perlahan.
"Nak..nak.." balas
Faizul gembira. Kuih karipap penuh di dalam mulut Faizul.
"Ok, nanti lepas makan
kita pergi," jelas Hakim sambil menghabiskan nasi lemak.
"Ehh..jap,kau ajak aku
pergi mana ek?" Tiba-tiba Faizul melontarkan soalan.
"Aku kan kena jumpa Cikgu
Afifah," balas Hakim.
"La..taknak la aku. Tadi
dah kena. Kau pergi la sorang," Faizul membatalkan niat untuk mengikuti
Hakim selepas mengetahui perkara sebenar.
"Kau ni,tadi nak
ikot," Hakim sedikit marah.
"Aku ingat nak pergi
mana. Tak tahu pulak jumpa Cikgu Afifah. Tak jadi la," Air laici di
habiskan segelas. Faizul sendawa panjang.
"Ye la. Aku pergi sorang.
Aku gerak dulu," Hakim terus melangkah pergi selepas selesai makan.
"Kim! Baik-baik tu,"
laung Faizul dari jauh.
Waktu rehat masih berbaki 10
minit lagi. Hakim meninggalkan kantin kerana dia perlu berjumpa dengan guru disiplin,Cikgu
Afifah. Hakim berjalan laju. Suasana bingit di kantin sudah tidak kedengaran
lagi.
Gedebuk!
"Adoiiiii..." bisik
Hakim dalam hati.
"Soo..sooriii abang
Hakim," seorang budak perempuan tingkatan 4 terlanggar Hakim di koridor.
Dia meminta maaf.
"Ok. Dah. Aku nak
cepat," Hakim bangun dan terus berjalan tanpa menghiraukan budak itu.
"Tapi baju tu...."
belum sempat budak itu menghabiskan kata-kata Hakim sudah jauh ke depan.
"Sakit pulak si Nurin ni
langgar aku," bebel Hakim sendirian. Sempat dia melihat tag nama pada
tudung budak itu.
Bilik Disiplin.
Pintu bilik Cikgu Afifah
diketuk. Hakim masuk setelah dibenarkan. Penghawa dingin yang dipasang
membuatkan Hakim sedikit sejuk. Mata Hakim melilau di segenap sudut bilik Cikgu
Afifah. Kemas. Cantik. Bersih dan tersusun.
"Duduk dulu," arah
Cikgu Afifah sambil menaip sesuatu di laptopnya.
"Terima kasih
cikgu," Hakim menarik kerusi dan duduk. Suasana sunyi seketika. Cengkerik
mula memainkan peranan.
Krik. Krik. Krik.
"Kamu tau kenapa saya
panggil?" Soal Cikgu Afifah setelah bunyi cengkerik habis.
"Tau..." angguk
Hakim perlahan.
"Saya tak faham. Kenapa
kamu selalu langgar school rules?" Soal Cikgu Afifah lagi. Laptop
diletakan ditepi.
"Tak tau cikgu,"
Hakim menunduk. Sepatah ditanya sepatah dijawab.
"Hakim Hakim. Dah banyak
kali kamu buat kesalahan. Kesalahan sama pulak tu. Kenapa dengan kamu ni?"
Sekali lagi Cikgu Afifah menyoal.
"Saya tak tahu,"
balas Hakim.
"Lambat ke sekolah, tak
tuck in baju, ponteng kelas. Tu kesalahan sama je kamu buat," jelas Cikgu Afifah
satu persatu. Tiada nada tinggi. Hanya mendatar.
"Hmmm..," keluh
Hakim.
"Tu baju kamu tu. Kenapa
boleh kotor pulak? Kamu dah besar. Kebersihan kena la jaga jugak," Cikgu
Afifah menunjukkan kesan aiskrim coklat pada baju sekolah Hakim.
"Adoi, ni mesti si Nurin
yang buat tadi," omel Hakim di dalam hati. Peristiwa tadi membuatkan
bajunya kotor. Sekarang dia pula disalahkan.
"Kamu nak saya beritahu
ibu kamu?" Ugut Cikgu Afifah. Kesalahan-kesalahan Hakim perlu diberitahu
kepada pihak ibubapa.
"Cikgu..jangan
sebut.." Hakim berbisik perlahan. Dia menunduk.
"Kalau ibu kamu
tahu,mesti dia sedih dengan sikap kamu ni," kata Cikgu Afifah. Dia
memerhati Hakim yang hanya menunduk dari tadi.
"Jangan sebut pasal ibu
saya," pinta Hakim perlahan. Airmatanya mula bertakung.
"Saya rasa saya perlu
berjumpa ibu kamu," jelas Cikgu Afifah tanpa mempedulikan permintaan
Hakim.
"Tolong cikgu. Ibu
saya...." Hakim tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Sebak.
"Hukuman untuk kamj
harini. Kamu perlu siapkan latihan matematik yang akan saya berikan pada jam 3
petang nanti disini," panjang lebar Cikgu Afifah memberikan arahan.
"Tapi cikgu. Saya tak
boleh," Hakim cuba meminta simpati.
"Saya tak kira. Pukul 3
petang kamu mesti datang kat sini. Muktamad," balas Cikgu Afifah. Suaranya
sedikit tinggi jika dibandingkan dari tadi.
Selepas selesai,Hakim terus
keluar untuk ke kelas. Nampaknya dia akan terima hukuman hari ini. Hakim
berjalan dalam keadaan sedih. Bukan sedih kerana perlu dihukum tetapi kerana
ingat akan arwah ibunya.
"Ibu..maafkan Hakim.
Hakim rindu ibu," airmata di pipi diseka. Matanya merah menahan tangis.
Kaki melangkah pergi.
* * * * *
Selepas 2 jam bertarung dengan
latihan matematik di bilik disiplin,Hakim mengemas beg dan peralatan sekolah.
Semua pelajar sudah pun pulang ke rumah. Hanya dia sahaja yang baru hendak
meninggalkan kawasan sekolah. Hukuman itu bukanlah berat jika dibandingkan
dengan kerja-kerja lain. Cikgu Afifah juga tidak mahu memberi hukuman melampau.
"Fuhhh..letih plak
rasa," ucap Hakim. Kakinya melangkah dengan tenang.
Selepas beberapa minit,Hakim
membelok ke kanan. Pintu pagar dibuka. Kakinya melangkah dengan berhati-hati.
Langit masih lagi cerah. Mujur ada awan yang melindungi panas terik mentari.
Tidaklah terasa perit dengan kepanasan. Hakim membuka beg sekolah dan
mengeluarkan surat khabar lama lalu dihamparkan di atas tanah. Hakim melabuhkan
punggungnya.
"Assalamualaikum ibu.
Hakim datang ni," Batu nisan diusap perlahan. Dedaun kering dan rumput
dicabut. Hakim mula membaca surah yasin.
"Ya Allah, kau ampunkanlah
dosa-dosa ibuku yang aku tumpangi rahimnya.Yang mengandungkanku selama 9 bulan
10 hari. Ibuku ini telah melahirkan aku hingga koyak isinya,luka perutnya.
Ampuni wanita ini ya allah. Kau rahmatilah ibuku ya allah," Hakim menangis
membaca doa untuk ibunya.
"Ibu,Hakim rindu ibu
sangat. Hakim nak ibu tapi Allah lebih sayangkan ibu," berjujuran airmata
Hakim membasahi pipinya. Kubur ibunya ditatap sayu.
"Ibu,Hakim nak balik dulu
ye. Ibu, tunggu Hakim kat sana ye. Nanti Hakim pun akan jumpa ibu.
Assalamualaikum ibu," Hakim bingkas bangun dan mengutip dedaun yang ada
dikubur ibunya. Dia akan pastikan kubur ibunya bersih. Hakim berjalan
meninggalkan tanah perkuburan itu.
* * * * *
"Ish kamu ni,kenapa
lambat datang?" Tanya Pak Ya tauke restoran di kampung itu.
"Maaf Pak Ya,saya kena
jumpa cikgu tadi," jelas Hakim.
"Pergi tukar baju
cepat," arah Pak Ya melihat Hakim yang masih berbaju sekolah.
Hakim terus menuju ke belakang
menukar bajunya. Salah dirinya juga kerana menerima hukuman tadi. Rindu pada
ibunya membuatkan Hakim berlama di tanah perkuburan itu. Hari ini hari
pertamanya kerja sebagai pelayan dan mencuci pinggan di restoran Pak Ya. Hakim
mahu membantu ayahnya dan dia juga ada agenda tersendiri yang memerlukan duit.
"Hakim, tolong ambil
order kat depan," pinta seorang wanita berusia 50 an.
"Baik makcik,"
selepas menukar pakaian Hakim terus memulakan tugas walaupun dia terlambat 2
jam lebih.
"Cik nak makan apa?"
tanya Hakim dengan senyuman.
Ramai orang yang berkunjung ke
restoran Pak Ya. Tidak menang tangan tukang masak. Kadang-kadang meja dan
kerusi tidak mampu menampung jumlah pelanggan yang hadir. Hakim terus
menjalankan tugas dengan baik. Dia tidak keseorangan. Beberapa orang juga turut
membantu Hakim.
"Eh, tu Cikgu Afifah. Aku
kene menyorok ni," Hakim tiba-tiba menjadi hilang arah melihat Cikgu
Afifah menuju ke restoran Pak Ya.
"Kenapa ni Kim?"
Tanya Fateh kehairanan.
"Em,kau tolong ambil
order ye. Aku nak pergi tandas," Hakim terus berlalu ke belakang.
"Ouh. Okey okey,"
Fateh memberikan isyarat.
"Fuhh..nasib baik cikgu
tak nampak tadi," Hakim mengurut dadanya. Lega.
"Eh Kim,kau buat ape
tu?" Tiba-tiba Azlan menyergah.
"Aku..aku nak tolong kau
basuh pinggan," jelas Hakim tergagap-gagap.
"Hah,kalau camtu,elokla
tu. Jom ikot aku," ajak Azlan. Hakim membontoti Azlan ke tempat membasuh
pinggan.
Mereka berbual panjang. Sambil
bekerja sambil berbual. Hakim syukur pekerja-pekerja disitu cukup ramah dan
mesra. Identiti dirinya juga tidak diberitahu sepenuhnya. Cukuplah tahu sedikit
sahaja.
bersambung.....
written by Temos_Feb 3,2019_3:34 p.m
No comments:
Post a Comment