Kerna Aku Ada Kamu - Bab 1 by Temos


BAB 1


Farhana  menutup  buku  catatannya  yang  berwarna  merah  jambu.  Warna  kesukaan  bagi  setiap  perempuan  tetapi  bukan  semua  perempuan  yang  suka  warna  merah  jambu.  Lelaki  juga  ada  yang  sukakan  warna  merah  jambu.  Tenang  warna  itu  kata  mereka.  Buku  itu  tersimpan  segala  puisi-puisi  yang  ditulis  oleh  Farhana.  Hobi  gadis  ini  adalah  menulis  puisi  dan  itu  menjadi  rutin  harian  bagi  dirinya. Pelbagai  jenis  puisi  yang  ditulisnya.  Semuanya  indah  dan  tersemat  di  jiwa. 

Dia  bangun  dari  tempat  duduk  menuju  ke  tingkap  biliknya.  Mata  bundarnya  melihat  ke  arah  awan  putih  yang  bergerak  perlahan.  Anak  matanya  mengikut  arah  burung-burung  yang  terbang  riang  bebas  di  atas  sana.  Farhana  menarik  nafas  sedalam  mungkin  dan  menghembus  perlahan.

Lega.  Tenang.

“ Ya  allah,  mama  dan  papa!” jeritan  Farhana  seakan  bumi  ini  ingin  runtuh. Gadis  itu  menggelabah. Walaupun  cantik  tetapi  dia  mempunyai  sikap  kalut  tak  bertempat.

Farhana  segera  meninggalkan  meja  tulisnya  dan  mencapai  tuala  terus  ke  bilik  mandi.  Dia  hampir  tersilap  membuka  pintu  almari  yang  disangkakan  pintu  tandas.

Seusai  mandi  dan  solat  dhuha,  Farhana  segera  bersiap.  Ringkas  dan  pastinya  menutup  aurat.  Dia  mengenakan  jubah  berwarna  royal blue  dan  dipadankan  dengan  tudung  bawal  bewarna  deep  sky  blue.  Farhana  akan  pastikan  dirinya  diredhai  Allah  dalam  setiap  langkah  yang  diatur.

“Huh!  Masih  sempat  ni,”  jam  di  tangan  dikerling.  Jam  tangan  berjenama  BONIA  yang  dihadiahkan  oleh  ayahnya  sewaktu  lawatan  kerja  ke  Dubai  masih  setia  menemani  detik  waktu  gadis  cantik  itu.

“Mak Teh! Farhana  pergi  dulu,”  terus  tangan  wanita  tua  itu  dicium.

“Yelah.  Hati-hati  pandu  kereta  tu.  Jangan  laju-laju,”  pesan  Mak Teh  pada  Farhana.

“Kalau  kita  hati-hati  tetapi  orang  lain  tak,  susah  juga.  Kadang-kadang  orang  yang  berhati-hati  jadi  mangsa,”  omel  Farhana  sambil  memakai  stoking.

“Ya  Allah  budak  ni.  Tak  baik  cakap  macam  tu.  Kata-kata  itu  kan  doa,”  terkejut  Mak  Teh  mendengar  kata-kata  itu  walaupun  gadis  comel  itu  hanya  bergurau.

Gadis  comel  itu  berdiri  lantas  mengangkat  sebelah  tangan  tanda  berjanji.
“Okey  Mak  Teh,  Farhana  janji  tak  cakap  bukan-bukan.” 

“Iya.  Dah.  Pergi  cepat.  Nanti  lambat  pulak,”  hidung  Farhana  ditarik  manja.

“Okey  Mak  Teh.  Hana  pergi  dulu.  Sayang  Mak  Teh  sangat-sangat,”  tubuh  Mak  Teh  dipeluk  erat.

Mak  Teh  melambai-lambai  gadis  comel  itu  yang  memandu  Suzuki  Swift.  Sungguh  dia  sayang  sangat  pada  Farhana.  Dari  kecil  lagi  Farhana  membesar  di  depan  matanya  dan  sekarang   menjadi  seorang  gadis  yang  solehah  malah  cantik  menawan.  Walaupun  Mak  Teh  hanya  orang  gaji,  tetapi  keluarga  Farhana  tidak  menganggap  dirinya  sebagai  orang  gaji.  Bahkan  Mak  Teh  dilayan  seperti  keluarga  sendiri.

Mak  Teh  bersyukur  kerana  dapat  merasa  biah  Islam  di  dalam  keluarga  ini.  Mak  Teh  selalu  mendoakan  keluarga  ini  mendapat  rahmatNya.


* * * * *




Kuala  Lumpur  International  Aiport.

Farhana  melihat  jam  di  tangannya.  Dia  tidak  lambat  dan  dia  tidak  akan  membiarkan  ibubapanya  menunggu  lama.  Matanya  melilau  mencari  kelibat  orang  tuanya  di  sebalik  himpunan  manusia  di  hadapannya.  Dia  terjengket  sedikit  kerana  ketinggiannya  tidaklah  setinggi  gunung.

“Haishh…susah  jadi  budak  comel  ni.”  Dia  membebel  di  dalam  hati.

Di  satu  sudut  di  belakang  tiang,  seorang  pemuda  sedang  memerhatikan  gerak  geri  Farhana.  Dia  memakai  jaket  hoodie  berwarna  hitam  dan  penutup  muka.  Lelaki  itu  segera  berjalan  ke  arah  Farhana.  Dia  mengeluarkan  sebilah  pisau  dan  menyembunyikan  di  sebalik  jaket  hitam  itu.

“Aduh!!! 

Jerit  Farhana  kesakitan. Dia  sudah  terjelopok  di  atas  lantai  sambil  memegang  tempat  yang  sakit.

“Hey  kid,  im  sorry.  Im  not  see u  there,”  lelaki  kulit  putih  dengan  ketinngian  seorang  pemain  bola  keranjang  itu  menghulurkan  tangan  untuk  membantu  tetapi  Farhana  meletakkan  tangan  di  dadanya  tanda  hormat.

Farhana  bangun  sendiri  dan  lelaki  kulit  putih  itu  berlalu  pergi.  Dia  sekali  lagi  membebel  sendiri  dan  tertawa  apabila  teringat  kejadian  tadi.  Gadis  yang  ketinggian  sederhana  itu  menyukarkan  orang  lain  untuk  melihatnya  apabila  di  kawasan  yang  sesak  dengan  orang  ramai. 

Lelaki  berjaket  hitam  tadi  terpaksa  membatalkan  niatnya  apabila  rancangannya  diganggu.  Dia  segera  menghilangkan  diri  sebelum  Farhana  menyedari  kehadirannya  tadi.

“Mama  papa!!”

“Hana  kat  sini.”

Gadis  itu  menjerit  memanggil  ibu  dan  ayahnya.  Tangannya  tidak  duduk  diam  melambai-lambai  walaupun  ibu  dan  ayahnya  sudah  di  depan  mata.

Pelukan  erat  dan  ciuman  manja  untuk  gadis  comel  itu.  Rindu  itu  bertamu  di  hati  walaupun  seminggu  sahaja  tidak  bersua.

Selepas  mengangkat  barang,  mereka  segera  pulang  ke  rumah.

“Mama  papa,  macam  mana  dekat  China?”
“Seronok  tak?”

Soal  Farhana  sambil  memandu.  Tersenyum  puas  dapat  melihat  ibu  dan  ayahnya.

“Best  sangat  Hana.  Orang  kat  sana  pun  baik-baik.  Makanan kat  sana  pun  banyak  makanan  halal.  Mama  dan  papa  tak  risau  sangat  nak  makan  kalau  camtu,”  ujar  Puan  Sakinah.

“Wah!!!  Seronoknya.  Mesti  papa  swafoto  dengan  panda  kat  sana  kan?”

“Pandai  je  kamu  ni  Hana.  Bukan  papa  tapi  mama  kamu.  Papa  banyak  kerja  nak  uruskan.  Tak  sempat  nak  taaruf  dengan  panda-panda  kat  sana  tu”  cuit  Tuan  Rahman  pada  isterinya.

Tuan  Rahman  mengenyit  mata  pada  isterinya.  Terus  Puan  Sakinah  mencubit  lengan  suaminya  itu.

“Rugi  Hana  tak  ikut.  Kalau  tak  dah  dapat  jumpa  panda  tu,”  Farhana  mencebik  tanda  kecewa.  Maklumlah  ketika  ibu  dan  ayahnya  berangkat  ke  China,  Farhana  sedang  menduduki  peperiksaan  akhir  semester.  Kempunan  dia.

“Nanti  papa  bawa  Hana  pergi  Paris. Kita  bercuti  kat  sana,” pujuk  Tuan  Rahman.

“Betul ke ni papa? Paris? Waah…seronoknya!” Hana  menjerit  kegembiraan  sehingga  tertekan  hon  dan  dia  malu  sendiri.

“Amboi,  Hana  je  ke  boleh  pergi?”  tanya  Puan  Sakinah  membuat  muka.
“Eh..dengan  anak  sendiri  pun  nak  jeles?  Hana  tengok  mama  kamu  ni.”

“Alaa.. Hana  tak  tinggalkan  mama  la.  Kita  pergi  sama-sama ya  mama,” Hana  sudah  tahu  papanya  suka  menyakat  mama.

Mereka  bertiga  ketawa  bersama.  Hana  berasa  sangat  bersyukur  mempunyai  ibubapa  yang  memahami  keluarga.  Walaupun  ibubapanya  sering  ke  luar  kota,  ibubapanya  tidak  pernah  mengabaikannya.  Sentiasa  mencari  masa  untuk  bersama  keluarga.  Sikap  papanya  yang  tegas  dalam  kelembutan  sangat  disenangi  Hana  serta  rakan  sekerja  papanya.  Hana  juga  mewarisi  sikap  papanya.  Hana  juga  secantik  mamanya.  Mana  tak  tumpah  kuah  kalau  bukan  ke nasi.

Tiba-tiba…

“Hana  elak  lori  tu  cepat!”

“Ya Allah!!!”

Dooommm .

Pada  hari  itu,  sebuah  kereta  dan  sebuah  lori  terlibat  dalam  kemalangan  jalan  raya  yang  mengerikan. Saksi  kejadian  mengatakan  kereta  yang  dipandu  itu  berpusing-pusing  sebelum  melanggar  penghadang  jalan  dan  kereta  itu  jatuh  ke  dalam  longkang.

Kejadian  itu  menyebabkan  dua  mangsa  terkorban  di  tempat  kejadian  akibat  tertusuk  kepingan kaca  dan  tersepit  di  tempat  duduk.  Seorang  lagi  mangsa  iaitu  pemandu  dilaporkan  cedera  parah  dan  tidak  sedarkan  diri.  Ketiga-tiga  mangsa  kejadian  dikejarkan  ke  hospital  manakala  pemandu  lori  tersebut  ditahan  polis  kerana  memandu  dalam  keadaan  mabuk.


bersambung...