Menahan Rindu


Menahan  Rindu



Rasa tak sabar untuk bertemu seseorang yang bernama Akmal Anisa esok hari. Aku menutup buku nota matapelajaran Fizik dan bergegas menuju ke bilik mesyuarat asrama. Tiada sesiapa di dalam. Aku terus pergi ke rak dan mengambil fail yang tertulis Setiausaha. Aku membelek setiap maklumat kemasukan pelajar tingkatan satu yang baharu. Jari telunjuk aku menjadi penanda dan aku dapat maklumat yang aku cari.

“Akmal Anisa binti Hareez Ikmal. Bilik 501 A,” bisik aku perlahan. Senyuman aku terukir hingga ke telinga.

“Hai Amira. Kau masih belum siap kerja untuk esok lagi ke?” tiba-tiba Naqibah muncul tanpa Amira menyedari.

“Eh Timbalan Yang Dipertua Asrama rupanya. Aku sahaja semak mana yang patut,” seloroh Amira lalu menyimpan semula failnya itu di rak.

Masing-masing membisu menyiapkan kerja. Esok kemasukan pelajar tingkatan satu dan bilik mesyuarat asrama bagai dibadai ribut taufan. Segala peralatan asrama dan kelengkapan sudah tersedia mengikut bilangan pelajar yang akan mendaftar. Aku terus naik ke bilik dengan senyuman.

“ Amira,jom makan. Dah pukul 6 petang ni. Lambat nanti kena beratur panjang dan aku malas nak berasak dengan budak-budak,” bebel Azlinda iaitu kawan rapat Amira di sekolah dan asrama.

“Membebel je kau tahu. Macam nenek tua dah aku tengok. Esok adik-adik baru datang mesti rimas dengan kau yang asyik membebel 24 jam,” usik Amira tetapi Azlinda tetap dengan muka selamba.

Amira dan Azlinda bersiap dan terus turun ke dewan makan. Sebelum ke dewan makan,Amira sempat menatap sekeping gambar dan gambar itu hanya rahsia dirinya dan  menjadi  penguat  selama ini. Dewan makan bingit dengan suara-suara pelajar perempuan. Ada yang ketawa,menjerit bagai lupa dunia ini bukan mereka yang punya. Maklumlah dewan makan perempuan ini jauh dari asrama lelaki. Maka segala keayuan dan lemah lembut hilang begitu sahaja bila mereka berada di dalam zon sendiri.

“ Adik, jaga adab tu bila ketawa. Jangan ketawa macam tu lagi. Rasulullah sentiasa tersenyum dan apabila baginda ketawa,baginda tidak ketawa terbahak-bahak,” tegur Amira pada sekelompok pelajar di satu sudut dewan makan. Mereka mengangguk tanda mengerti dan memohon maaf. Amira dan Azlinda senang dengan mereka kerana mengerti.

Amira, Azlinda dan Naqibah tampak letih kerana menguruskan kemasukan pelajar baharu dengan dibantu exco-exco asrama yang menjalankan amanah yang diberikan dengan baik. Azlinda dan Naqibah sedikit hairan apabila Amira segera meminta diri apabila ternampak satu keluarga datang ke meja pendaftaran. Wajah Amira seakan terkejut dan gelisah. Namun Azlinda dan Naqibah cuba mengendahkan tanggapan mereka. Ketika di asrama, Amira hanya memerhatikan dari belakang pintu susuk tubuh seseorang yang bernama Akmal Anisa. Amira memerhati keluarga itu mengemas barang ke dalam loker. Dirinya seakan ingin mendekati tetapi ada satu rasa yang menghalang. Airmata Amira mengalir di pipi melihat keluarga Akmal Anisa. Gambar di tangan di simpan kembali ke dalam poket.

“Akmal Anisa,nanti kita jumpa,” bisik Amira sebelum beredar menjalankan tugasnya bersama rakan lain.




Penghuni bilik 501 A baru sahaja selesai membaca surah Al-Mulk. Di setiap sekolah memang pelajar diajar untuk mengamalkan bacaan surah Al-Mulk sebelum tidur kerana dengan mengamalkannya akan dijauhi dari seksa kubur. Selepas selesai bacaan Al-Mulk,semua pelajar tingkatan satu taaruf bersama penghuni bilik masing-masing.




Hampir setahun berlalu,Amira dan Akmal Anisa sangat rapat dan setiap kali Akmal Anisa ingin memperkenalkan Amira pada kelurganya,berbagai alasan diberikan. Perkara itu menjadi tanda tanya pada Akmal Anisa. Puas dipujuk namun Amira tetap dengan pendiriannya.

Pada suatu malam, Akmal Anisa mendekati Amira yang sedang duduk di katil,” Kak Mira,kenapa kak Mira terlalu baik dengan Anisa? soal Anisa penuh kelembutan.

“Akak baik dengan semua orang la,bukan Anisa je taw. Allah pun menyuruh kita menjaga hubungan sesama manusia sesuai dengan firmanNya dalam al-quran,” ujar Amira gugup.

“em..kak,terima kasih. Anisa tak pernah rasa ada kakak,” Akmal Anisa tunduk memandang lantai.

“Tak baik cakap camtu. Bersyukur Anisa masih ada ummi dan abi,” kata Amira.

“Alhamdulillah. Mana akak tau Anisa panggil parents dengan panggilan tu?” soal Anisa hairan.

“Eh,akak teka je. Akak nak ke bilik mesyuarat ni. Ada kerja sikit. Jangan tidur lewat-lewat,” Amira hampir kantoi tadi. Terus dia meluru keluar. Akmal Anisa bersiap untuk tidur.



 * * * * *


Satu  tahun kemudian.

“Nisa,  ada  orang  kirimkan  bungkusan ni  untuk  kau.”

“Siapa?”  soal  Akmal  Anisa  ingin  tahu.

“Entahlah,  aku  balik  dari  pejabat  asrama  dan  penyelia  minta  serahkan  bungkusan  ni  kepada  kau,”  ujar  Suraya  lantas  bungkusan  itu  bertukar  tangan.

Akmal  Anisa  membuka  bungkusan  tersebut.  Ada  sehelai  baju  dan  sekeping  surat  di  dalamnya.  Akmal  Anisa  cuba  mengamati  baju  itu  dan  dia  seakan  teringat  sesuatu.  Baju  yang  diinginkannya  setahun  yang  lepas  kini  berada  dalam  genggamannya.

“Untuk  Akmal  Anisa…”  ucapnya  perlahan  sambil  membuka  helaian  kertas  tersebut.

Assalamualaikum Akmal Anisa binti Hareez Ikmal. Jangan lupa sampaikan salam akak pada ummi dan abi. Setelah Anisa baca surat ini,akak sudah pun pergi ke luar negara untuk menyambung pengajian di sana. Kemana itu Anisa tidak perlu tahu dan tiada siapa tahu. Maafkan akak jika selama ini akak rahsiakan siapa diri akak sebenarnya. Kenapa akak selalu menolak dari berjumpa dengan ummi dan abi akan kakak jelaskan di sini.

Akmal Anisa sebenarnya mempunyai seorang kakak. Tetapi kakak Anisa terpaksa diserahkan pada satu keluarga yang mahukan anak. Pada masa yang sama kehidupan keluarga Anisa pada waktu itu bukan dalam keadaan stabil dan ibubapa  Anisa  bersetuju memberikan kakak Anisa pada keluarga itu walaupun dalam keadaan terpaksa. Akan tetapi jodoh kakak Anisa tidak lama bersama keluarga baru kerana ketika dalam perjalanan mereka mengalami kemalangan dan hanya kakak Anisa yang terselamat.  Kakak Anisa diserahkan ke rumah anak yatim dan membesar di sana.

Kakak Anisa selalu mencari jalan keluar untuk melihat keluarga Anisa dan kakak Anisa sangat bersyukur melihat kesenangan dan kebahagiaan yang dimiliki keluarga Anisa. akak  sangat  gembira  apabila  melihat  umi  dan  abi  memiliki  Anisa  di  saat  akak  sudah  tiada  ketika  itu.  Akak hanya mampu melihat dari jauh kerana tidak mahu mengganggu kebahagiaan keluarga Anisa. Bagi kakak, kebahagiaan itu tak semestinya memiliki. Akak  sendiri  bahagia  melihat  orang  yang  akak  sayang  bahagia  dan  hidup  senang.  Tolong  jagakan  umi  dan  abi  untuk  akak.  Andai  jodoh,  moga  ketemu  lagi.

Salam  sayang,
Akmal  Amira  binti  Hareez  Ikmal.


* * * * *


      Hati  Akmal  Anisa  berdegup  kencang  dan  dia  sendiri  tidak  mampu  menahan  tangisannya.  Surat  yang  dikirimkan  oleh  Akmal  Amira  sudah  basah  dengan  airmata.  

“Akak,  terlalu  lama  akak  menahan  rindu  pada  umi  dan  abi.”

“Akak,  Anisa  doakan  akak  berjaya  walau  di  mana  akak  berada  dan  Anisa  janji  akan  jaga  umi  dan  abi.  Anisa  harap  sangat  akak  akan  datang  jumpa  kami  lagi.  kita  bersatu  semula  sebagai  satu  keluarga.

“Anisa  sayang  dan  rindu  akak,”  baju  yang  dihadiahkan  Amira  dipeluk  kemas.  Airmata  Anisa  menjadi  saksi  penyesalan  kerana  dia  sendiri  tidak  menyedari  selama  ini  darah  dagingnya  begitu  dekat  dengannya.

Sejak  saat  itu,  keluarga  Anisa  cuba  mencari  maklumat  tentang  keberadaan  Amira.  Mereka  tidak  mahu  sia-siakan  peluang  untuk  bersatu  menjadi  sebuah  keluarga.

Written  by  Temos_Oct 28,2018_08:47 p.m

TAMAT