Permata Yang Hilang


Permata  Yang  Hilang

Langit  biru  dihiasi  awan  putih  yang  berarak  perlahan.  Ada  sinar  matahari  menerangi  setiap  pelusuk  alam.  Burung  berkicauan  terbang  bebas  di  udara.  Angin  pantai  bertiup  lembut  menampar  setiap  yang  datang  menghalang.  Nyaman  dan  damai.  Bunyi  deruan  ombak  menambahkan  lagi  ketenangan.

Susuk  tubuh  itu  melangkah  untuk  pergi  ke  suatu  tempat.  Meninggalkan  pantai  yang  indah.  Setiap  langkahan  meninggalkan  kesan  tapak  kaki  di  atas  pasir  pantai  yang  halus  itu  seperti  kisah  silam  yang  tinggalkan  kenangan.

Aku  rindukan  suara  seorang  gadis  kecil  yang selalu  membingitkan  telingaku  dengan  suaranya.  Suara  gadis  yang  selalu  membuat  lenaku  tidak  panjang.  Rindu  suara  yang  membuat  hati  aku  membangkitkan  rasa  amarah  yang  membuak-buak  dalam  diri.

Aku  bukanlah  seorang  abang  yang  baik  seperti  kalian.  Aku  hanya  seorang  abang  yang  mempunyai  rasa  iri  hati  terhadap  gadis  kecil  yang  penuh  dengan  belaian  kasih  sayang  daripada  seorang  ibu.

Kini  tiada  lagi  suara  manja  daripada  gadis  kecil  itu.  Tiada  lagi  caci  maki  yang  aku  lontarkan  kepada  gadis  itu.  Hanya  kenangan  silam  yang  pahit  untuk  aku  telan.

Hari  ini  12  September  merupakan  hari  lahir  si  gadis  kecil  itu  yang  diberi  nama  Khairun  Insyirah.  Insyirah  gadis  manja  dan  comel  dengan  keletahnya  sendiri.  Dia  bijak  dan  petah  berkata-kata.  Merupakan  anak  emas  arwah  ayah  dan  ibu.  Tetapi  bukan  kesayangan  aku  kerna  kewujudan  Insyirah  seakan  merampas  kebahagiaan  dan  perhatian  yang  aku  miliki  selama  ini.

“Adik,  selamat  hari  lahir,”  bisik  aku  perlahan.

Hatiku  tiba-tiba  kembali  sebak.  Airmata  jantanku  mengalir  deras  di  pipi.  Kesedihan  dan  kepedihan  yang  aku  tanggung  selama  5  tahun  masih  sama.  Peristiwa  lama  masih  lagi  menghantui  diri  aku. 


Imbas  kembali.

12  September 2015

“Along,  temankan  adik  pergi  kedai  buku,”  sapa  satu  suara.

“Kau  diam  boleh  tak???  Aku  nak  tidur  ni!!!”  bentak  aku  rimas.

“Bolehlah  along,  last  adik  minta  tolong  dengan  along,”  Insyirah  merayu  lagi  sambil  menarik  lengan  aku.

“Aku  nak  tidur!  Kau  tak  faham  bahasa?  Keluar!”  jerkah  aku  lantas  menutup  telinga  dengan  bantal.

Insyirah  mengalirkan  airmata.  Setiap  kali  dia  dimarahi  aku,  dia  pasti  menangis.  Aku  tak  pernah  ada  rasa  ingin  memujuk.  Hari  itu  aku  biarkan  sahaja  dia  begitu.  Insyirah  beredar  keluar  dari  bilik  aku.  Ibu  masih  belum  pulang   dari  sekolah.  Hanya  tinggal  aku  berdua  sahaja  dengan  gadis  berumur  10  tahun  itu.

Insyirah  sangat  sedih  dengan  sikap  abangnya.  Abangnya  tidak  pernah  berlemah  lembut  dan  selalu  bersikap  dingin  dengannya  apatah  lagi  bergurau  sebagai  adik  dan  abang.  Tetapi,  jauh  di  sudut  hati  Insyirah,  dia  sangat  sayang  akan  abangnya  itu.  Mungkin  suatu  hari  nanti  kewujudannya  di  hati  abangnya  dapat  disedari.

“Jika  kita  nak  orang  sayangkan  kita,  kita  perlulah  berbuat  baik  kepada  mereka,”  terngiang-ngiang  kata-kata  cikgu  di  sekolah  Insyirah.

“Buat  baik,  dibalas  baik.  Buat  jahat,  dibalas  jahat,”  ulang  Insyirah  sambil  mundar  mandir  di  ruang  tamu  rumahnya  itu.

Insyirah  memandang  pintu  bilik  abangnya  dan  menampal  sekeping  kertas.  Di  pintu  bilik  ibunya  juga  dia  berbuat  perkara  yang  sama.  Dia  meninggalkan  pesan  kepada  ibunya  bahawa  dia  ingin  keluar  ke  kedai  buku  sebentar.  Insyirah  keluar  ke  kedai  dengan  berjalan  kaki  kerana jarak  ke  kedai  buku  tersebut  mengambil  masa  selama  15  minit  sahaja  dari  rumahnya.

2  jam  kemudian.

“Along!  Bangun!”  kejut  ibu.

“Along!”

“Bangun!”

Puan  Roziana  mengejutkan  anak  sulongnya  itu.  Hatinya  resah  dan  gelisah.  Dia  mundar  mandir  di  ruang  tamu.  Sesekali  jam  di  dinding  dilihat.  Sesekali  jam  di  tangannya  dikerling.  Rasa  bimbang  muncul  lagi.  Hatinya  bergelora.

“Ada  apa  ibu?”  tanya  aku  dalam  keadaan  mamai.

“Adik  kamu  belum  balik  lagi.  Tolong  pergi  cari  dia  sekarang,”  arah  Puan  Roziana.

“Dia  pergi  kedai  buku  je  pun.”

“Bukan  pergi  mana  pun.  Pandai  la  dia  balik  nanti.”

Balas  aku  kerana  aku  malas  mengambil  tahu.  Aku  mahu  tidur  dan  tidur.  Cuti  semester  kali  ini  aku  mahu  tidur  sepuas-puasnya.  Tidak  mahu  tidur  aku  diganggu.  Aku  juga  tidak  menghiraukan  perasaan  ibu  yang  risaukan  adik.

“Dah  2  jam  adik  kamu  keluar.  Biasa  dia  tak  macam  ni.”

“Kamu  pergi  bersiap  cepat.  Kita  pergi  cari  adik  sekarang.”

Puan  Roziana  bergegas  mengenakan  tudung  dan  mengambil  kunci  kereta.  Anak  sulongnya  itu  membontotinya  dari  belakang.  Enjin  kereta  Honda  Civic  dihidupkan  dan  terus  memecut  laju  meninggalkan  perkarangan  rumah.

“Along  pergi  cari  parking  dalam  kedai  tu  kejap.  Ibu  nak  cari  parking  dulu,”  ujar  Puan  Roziana  ringkas.

Aku  terus  masuk  ke  dalam  kedai  buku  tersebut.  Aku  mencari  Insyirah  di  setiap  celahan  dan  lorong  rak-rak  buku  serta  alat  tulis.

Tiba-tiba  aku  terdengar  suara  Insyirah.  Lantas  aku  mencari  di  sebalik  rak-rak  buku  itu.  Lega  hati  aku  apabila  melihat  gadis  kecil  bertudung  itu  sedang  duduk  di  lantai  sambil  memilih  buku.

“Adik,  jom  balik.  Ibu  dah  tunggu  kat  luar.”

Tiada  respon.  Aku  terus  mencuit  Insyirah  dari  belakang.  Gadis  kecil  itu  berpaling  dan  menyergah  aku.  Aku  sangat  terkejut  dan  ingin  memarahinya.  Tetapi  perasaan  marah  itu  hilang  serta  merta.  Hanya  perasaan  terkejut  masih  menyelubungi  hati  aku.

“Siapa  adik  awak?”  tanya  gadis  kecil  itu.

“Maaf  dik.”

Gadis  kecil  bertudung  itu  tadi  bukanlah  Khairun  Insyirah  yang  aku  cari.  Aku  terus  berlari  ke  tingkat  atas  kedai.  Suara  dan  saiz  badan  mereka  berdua  seakan  sama  tetapi  bukan  orang  yang  tepat.  Aku  teruskan  mencari.  Aku  cuba  bertanya  kepada  pekerja  di  dalam  kedai  tersebut  jika  mereka  ada  ternampak  atau  mengenali  Insyirah  sambil  aku  menunjukkan  gambarnya  di  dalam  telefon  bimbit  aku.

“Budak  ni,  ada  datang  beli  buku  ni  tadi.  Tapi  satu  jam  yang  lepas,”  aku  mengucapkan  terima  kasih  sebelum  beredar.

“Abang…”  sapa  satu  suara.

Gadis  kecil  tadi  memanggilku.  Aku  sekali  lagi  kaget.  Suaranya  sama  seperti  Insyirah.  Aku  menapak  mendekati  gadis  kecil  itu.  Khairun  Sofea  nama  yang  tertulis  di  tag  namanya.  Nama  mereka  juga  hampir  sama.

“Abang  jaga  adik  abang  elok-elok  ya,”  pesan  Khairun  Sofea  sebelum  dia  berlari  mendapatkan  ibunya  di  kaunter.

Khairun  Sofea  menghadiahkan  senyuman  sebelum  aku  keluar  dari  kedai  itu.  Pesanannya  masih  bermain-main  di  minda  aku.

Aku  masuk  ke  dalam  perut  kereta.  Aku  menceritakan  apa  yang  berlaku  kepada  ibu  dan  apa  yang  diberitahu  oleh  pekerja  itu.  Aku  dan  ibu  berbincang.  Aku  meminta  ibu  supaya  menunggu  di  rumah  dan  biarkan  aku  sahaja  mencari  Insyirah.  Jika  Insyirah  sudah  pulang  ke  rumah  ibu  akan  memaklumkan  kepada  aku.

Enjin  motosikal  Yamaha  LC135  dihidupkan.  Ibu  berpesan  agar  aku  berhati-hati.  Aku  meminta  ibu  bertenang  dan  banyakkan  berdoa.

Aku  mencari  di  setiap  lorong-lorong  bangunan.  Pesanan  Khairun  Sofea  masih  lagi  segar  di  ingatan.  Aku  rasa  berdebar  dan  juga  sebak.  Aku  tahu  aku  bukanlah  abang  yang  baik.  Aku  meneruskan  mencari  Khairun  Insyirah.

Langkah  kaki  aku  menapak  perlahan  apabila  memasuki  lorong  yang  gelap.  Dari  jauh  aku  terdengar  suara  garau  lelaki  bergelak  ketawa.  Aku  ternampak  susuk  tubuh  tiga  lelaki  di  situ  dan  sebuah  kereta.

Aku  melangkah  dengan  berhati-hati.  Tiba-tiba  aku  tersepak  sebelah  kasut.  Aku  mengambil  sambil  mengamati  betul-betul  kasut  tersebut.  Ini  kasut  Insyirah.  Hati  aku  mula  rasa  kurang  enak.  Aku  melangkah  lagi  dan  terhenti  apabila  melihat  bungkusan  plastik  yang  tertulis  Syarikat  Muda  Osman  di  atas  jalan  itu.  Ada  sebuah  buku  di  dalamnya.  Buku  itulah  yang  dibeli  oleh  Insyirah  menurut  kata  daripada  pekerja  kedai  itu.

Aku  semakin  menghampiri  mereka.  Aku  melihat  sekujur  tubuh  terbaring  di  tengah-tengah  antara  mereka.  Aku  terpandang  kaki  budak  itu.  Hanya  sebelah  sahaja  yang  berkasut.  Aku  menangis  di  situ.  Badan   aku  menggigil  ketakutan  dan  kesedihan.  Tiba-tiba  rasa  amarah  aku  membuak-buak.

“Woi  setan!”  aku  meluru  ke  arah  mereka  sambil  memegang  kayu.

Perut  aku  ditendang  dan  aku  rebah  ke  belakang.  Muka  aku  ditumbuk  bertubi-tubi.  Aku  cuba  bangun  kembali  menuju  ke  arah  budak  yang  terbaring  kaku.  Aku  yakin  itu  Khairun  Insyirah.

“Lepaskan  adik  aku!”

“Aku  telefon  polis  sekarang!”

Aku  cuba  menghubungi  polis  akan  tetapi  telefon  bimbit  aku  dicampak  ke  dinding  dan  berkecai.  Aku  merangkak  kesakitan  ke  arah  tubuh  yang  tidak  bergerak  itu.  Tubuh  Insyirah  diacukan  sebilah  pisau  yang  tajam.  Pakaiannya  juga  sudah  koyak  rabak.

“Lepaskan  aku!  Jangan  apa-apakan  adik  aku!”  aku  meronta-ronta  apabila  dipegang  dua  lelaki  keparat  itu.

Aku  menangis  dan  menjerit  sekuat  hati  apabila  melihat  Insyirah  diperlakukan  begitu.  Salah  seorang  daripada  tiga  lelaki  itu  mengeluarkan  sepucuk  pistol  dan  mengacukan  ke  arah  aku.  Peluh  dingin  menitis  laju.  Nyawa  aku  akan  melayang  beberapa  saat  sahaja  lagi. 

Pang!  Pang!  Pang!

Tiga  das  tembakan  tepat  mengenai  ketiga-tiga  penjahat  tersebut.  Aku  terkejut  dan  rupanya  aku  masih  terselamat.  Aku  berlari  mendapatkan  Insyirah.  Ketiga-tiga  lelaki  keparat  itu  sudah  jatuh  menyembah  bumi  dan  mati  di situ  juga.

“Adik!  Bangun!  Along  datang  ni!”

“Along  janji  along  akan  teman  adik  selalu!”

“Adik!  Bangunlah!”

“Adikkk…!!!”


* * * * *


Aku  tersedar  dari  lamunan  panjang.  Peristiwa  hitam  itu  masih  segar  dalam  ingatan  aku.

Tanggal  12  September  juga  merupakan  hari  pemergiaan  Khairun  Insyirah.  Penjenayah  yang  ditembak  mati  oleh  polis  itu  sangat  dikehendaki  polis  dalam  sindiket  penjualan  organ  dalaman  dan  kes  rogol.  Seorang  saksi  warga  Bangladesh  telah  melaporkan  kepada  polis  apabila  mendengar  bunyi  bising  dan  pergaduhan  di  lorong  gelap  itu.  Aku  bersyukur  masih  terselamat  tetapi  Insyirah  pergi  buat  selamanya.

Aku  menyapu  debu  pada  batu  nisan  yang  tertulis  nama  Khairun  Insyirah  binti  Roziana.  Airmata  aku  mengalir  laju.  Menangis  airmata  darah  sekalipun,  aku  tidak  dapat  mengembalikan  semula  Insyirah  ke  dunia.

“Happy  birthday  Along  sayang!”  ucapan  itu  diucapkan  awal  dua  hari.

Adik  pergi  keluar  beli  hadiah  untuk  along.

Itulah  pesanan  yang  ditinggalkan  oleh  Insyirah  pada  pintu  bilik  aku  sebelum  dia  keluar  pergi  ke  kedai  buku.  Insyirah  ingin  menghadiahkan  aku  sebuah  buku  kerana  dia  tahu  aku  sangat  suka  membaca  buku.


Along,  selamat  hari  lahir  yang  ke  25.  Dah  tua  along  kan.  Bila  adik  nak  dapat  kakak  ipar  ni?  Cepat-cepat  la  kahwin  nanti  ada  orang  tolong  jagakan  along.  Along,  novel  yang  bertajuk  KERNA  AKU  ADA  KAMU  ni,  adik  hadiahkan  untuk  along.  Along  baca  dan  simpan  novel  ni  elo-elok.  Adik  tak  pandai  buat  ayat  panjang-panjang.  Adik  doakan  along  berjaya  dunia  akhirat.  Adik  nak  ucapkan  terima  kasih  pada  along  sebab  selalu  ada  untuk  adik.  Walaupun  along  garang,  tapi  adik  tahu  along  sayangkan  adik.  Adik  pun  sayangkan  along.  Along,  novel  ni  mengisahkan  seseorang  yang  kehilangan  insan  yang  dia  sayang  tetapi  dia  tetap  teruskan  hidup  dia  kerana  dia  tahu,  dia  ada  Allah  yang  selalu  bersama  dia.  Along  baca taw.

With  love  and  kiss, Khairun  Insyirah.



Aku  beredar  dari  tanah  perkuburan  sambil  membawa  novel  yang  dihadiahkan  Insyirah  bersama  sekeping  kertas  yang  diselitkannya  setelah  selesai  membeli  novel  itu.  KERNA  AKU  ADA  KAMU.  Teruskan  kehidupan  walaupun  pahitnya  menempuh  penyesalan  dan  kehilangan.

“Adik,  maafkan  along.”

"Ibu,  maafkan  along  kerana  tak  mampu  jaga  adik."

“Along  sayangkan  adik.”

Written  by  Temos_Oct 13,2018_12:41 a.m

TAMAT.