Hanya Dirimu
(Part 1)
Wajah polos si kecil
itu ditatap sayu. Tidurnya
lena bagai keletihan
yang amat. Manis wajah si
kecil itu seperti
ibunya. Namun, ada
kisah sengsara di sebalik
wajah manis itu.
Airmata Haikal menitis laju. Kesan
lebam pada wajah
Hannan membuat hatinya menangis. Lengan dan
kaki berbirat akibat dirotan.
Apa dosa anak
kecil itu sehingga ibu tirinya
melakukan sedemikian rupa. Di
mana si ayah
yang dulu kasih
dan sayang pada Haikal
dan Hannan. Mengapa diam membisu.
Prang!!!
"Anak tak guna! Sini
kau!" Telinga Hannan ditarik
kuat.
"Kau pecahkan pasu bunga
aku! Kau sengaja
kan? Anak tak
guna!" Hannan menangis menahan sakit dipukul
ibu tirinya.
"Ibu! Sakit! Bukan Hannan
yang buat," Hannan merayu.
"Diam kau! Sini kau
aku pukul!" Tali pinggang memamah tubuh kecil
Hannan.
"Sakit ibu! Hannan tak salah,"
airmata Hannan menjadi
saksi saat itu.
Bobby, kucing kesayangan ibu tirinya
yang melanggar pasu bunga
itu. Kebetulan Hannan berada
di situ. Akhirnya Hannan menjadi
mangsa.
* * * * *
"Hannan, kena pukul lagi
ke?" Tanya Haikal
melihat kesan lebam
yang masih baru.
Hannan hanya mengangguk. Hannan menceritakan
segala yang berlaku.
Paling membuat Haikal terkilan,
si ayah mempercayai
kata-kata ibu tirinya.
Lantas Hannan nampak seperti seorang pesalah. Ayahnya sudah berubah
sejak berkahwin dengan ibu
tirinya itu.
Haikal umurnya baru menginjak
sebelas tahun. Tapi
lagaknya sebagai seorang pelindung. Rasa tanggungjawab
melindungi Hannan membuatkannya
lebih kuat untuk
menjadi dewasa. Kudratnya dan Hannan
memang tak mampu
melawan rasukan ibu tirinya
itu. Tetapi di
manakah kudrat insan
yang bergelar ayah? Mengapa
dibiarkan mereka begitu.
"Ayah, ayah dah jauh berubah,"
air mata Haikal
mengalir.
"Hannan, abang Haikal akan
jaga Hannan," bisik Haikal.
* * * * *
"Abang Haikal, Hannan
nak anak patung,"
Hannan tiba-tiba datang ketika
Haikal sedang mengulangkaji
pelajaran.
"Hah?" Haikal sedikit terkejut dan buat-buat
tidak mendengar permintaan Hannan.
"Hannan, nak.. anak.. patung,"
satu persatu Hannan menyebut
permintaannya itu.
Aku
terus meletakkan pen
dan menarik nafas
sedalam mungkin. Hannan
menanti respon aku.
Dia berdiri kaku
di sebelah sambil
memegang anak patung
perempuan yang sudah
putus tangan dan
kakinya. Ya, Hannan
pernah menyuarakan isi
hatinya kepada ayah
tetapi dibangkang ibu
tirinya. Katanya membazir.
Banyak lagi keperluan
yang nak dibeli.
Aku masih teringat
wajah Hannan saat
itu. Tertunduk sayu
sesekali melihat ke
arah kedai menjual
anak patung. Respon
ayah? Hanya membiarkan
Hannan begitu sahaja.
“Hannan, nak
anak patung ya?”
Hannan mengangguk laju.
“Patung ni
dah koyak. Tangan
dan kaki dia
pun dah putus,”
ujar Hannan sambil
menunjukkannya kepada aku.
“Hannan kena
janji dengan abang
Haikal, Hannan tak
boleh nakal-nakal. Dengar
cakap ibu dan
ayah. Seburuk mana
pun mereka, mereka
tetap ibubapa kita,”
Haikal memesan kepada
Hannan sambil merenung
jauh ke dalam
anak mata si
kecil itu.
“Hannan janji.
Hannan pun tak
akan tinggalkan anak
patung lama ni
walaupun Hannan dah
dapat yang baharu.
Hannan nak bahagikan
kasih sayang Hannan
dekat patung ni
sama rata,” dia
membelai patung kecil
itu.
Haikal terasa
mendalam sungguh kata-kata
Hannan itu tadi.
Kata-kata yang suci
lahir dari hati
yang suci. Kejujuran
kata dari seorang
anak kecil yang
dalam dirinya penuh
luka tetapi kuat
melawan rasa sengsara
itu.
“Hannan, pergilah
masuk tidur dahulu.
Dah lewat ni.
Abang Haikal nak
habiskan sedikit lagi
kerja ni.” Rambut
ikal mayang itu
dibelai lembut.
“Okey abang.
Hannan masuk tidur
dulu.” Dia memberikan
ciuman dan salaman
kepada Haikal. Senyumannya
tetap terukir di
bibir.
Haikal menghantar
Hannan ke pintu
bilik. Menanti anak
kecil itu hilang
dari pandangan matanya.
Pintu ditutup rapat.
Haikal kembali ke
meja untuk mengulangkaji. Tiba-tiba
dia terpandang satu
potret di atas
meja. Diambil dan
diusap perlahan.
“Ummi, maafkan
Haikal sebab tak
mampu nak tegakkan
kebenaran. Tiada seorang
pun yang percaya
kata-kata Haikal masa
itu.”
“Semua orang
cakap Haikal reka
cerita pasal kes
ummi.”
“Haikal taknak
perkara yang sama
berlaku pada Hannan,”
airmata Haikal mengalir
dan menitis di
atas potret ibunya
apabila teringat kejadian
dua tahun lepas.
Imbas kembali
2
tahun lepas.
“Haikal, bangun
sayang. Jom teman
ibu pergi beli
barang.”
“Pergi mana
ummi?” Haikal menggeliat
membetulkan tubuhnya.
“Pergi beli
barang. Pergi mandi
cepat, ummi dah
sediakan sarapan kat
bawah. Adik kamu
pun dah siap,”
ujar Puan Syazana
sambil mengemas katil
Haikal.
Doommm!!!
“Aduh ummi!
Jerit Haikal sambil
memegang dahinya.
“Ya
Allah anak bertuah
ni. Tu pintu
almari, pintu bilik air sana”
bebel Puan Syazana
apabila melihat Haikal
masih mamai sehingga
tertukar pintu almari
dengan pintu bilik
air. Dia menggeleng
perlahan.
Selepas semua
sudah menaiki kereta.
Puan Syazana memecut
laju membelah angin.
Tiba-tiba hatinya terasa
sayu melihat Haikal
dan Hannan. Tiba-tiba
perasaan sebak itu
datang dan dia
kalah dengan perasaan
itu sendiri.
“Ummi menangis?”
Haikal tiba-tiba bertanya.
“Taklah, mata
ummi masuk habuk
je ni,” ujar
Puan Syazana.
“Ummi…nah tisu
Hannan bagi.”
Tersentak seketika
apabila Hannan menghulurkan
tisu. Airmata yang
mengalir dilap perlahan.
Kedua-dua anaknya hanya
memerhatikan sahaja tanpa
menyoal apa-apa.
“Yeay! Dah
sampai. Jom abang.”
Tangan Haikal
ditarik Hannan. Kedua-dua
tangan mereka dipimpin
oleh Puan Syazana.
Hannan menyanyi lagu
Didi & Friends dan
Haikal menyambung setiap
bait lagu tersebut.
Puan Syazana tersenyum
melihat keletah sepasang
anaknya itu.
Hampir 2
jam mereka membeli
barang-barang keperluan dapur
dan lain-lain. Hannan
dan Haikal tidak
merungut sedikit pun
walaupun penat. Puan
Syazana memberikan mereka
aiskrim setiap seorang.
Hannan dengan vanilla
kegemarannya manakala Haikal
dengan perisa coklatnya.
Puan Syazana pula
dengan perisa strawberi.
“Eh
Hannan nak ke
mana tu?” panggil
Puan Syazana.
Hannan berlari
mengutip sampah yang
dibuang oleh orang
awam di situ.
Tersenyum Puan Syazana
melihat sikap anak
kecilnya itu. Perbuatan
Hannan diperhatikan oleh
dua orang pelancong
Korea dan mereka
mendekati Hannan dan
memberikan Hannan dan
Haikal coklat.
“Hey
little girl. You
did a good
job. You look
like Korean girl.”
Hannan menyorok
di belakang Puan
Syazana. Bukan kerana
takut tetapi dia
malu.
“She’s my
daughter and this
is my son,”
terang Puan Syazana.
“Can
we take a
picture? This little
girl look like
our Korean,” kata
salah seorang pelancong
Korea tersebut. Mereka
tunduk hormat sebelum
beredar.
“Bagusnya anak
ummi ni. Buat
baik selalu taw.
Jom Hannan ,Haikal ummi
nak belikan something
untuk anak ummi,”
mereka berdua membontoti
Puan Syazana.
Puan
Syazana membelikan sebuah
anak patung perempuan
untuk Hannan dan
sehelai baju untuk
Haikal. Mereka berdua
sangat gembira dan
teruja. Ucapan terima
kasih tidak henti-henti
keluar daripada mulut
Hannan dan Haikal.
Sebelum mereka
bergerak ke parkir,
Puan Syazana memanggil
anaknya berdua. Dia
memeluk dan mencium
Hannan dan Haikal
dengan seeratnya. Ada
satu perasaan sebak
dan sayu pada
saat itu. Tetapi
dia sendiri tidak
mengerti dan fahami
apakah tanda-tanda itu.
Gerak-geri Puan Syazana diperhatikan
seseorang dari jauh.
Ada senyuman sinis
terukir di bibir
pemandu itu. Pedal
minyak ditekan kuat.
Kereta itu meluru
laju dan cuba
melanggar ketiga-tiga mereka.
Puan Syazana yang
menyedari kehadiran kereta
itu terus menolak
Hannan dan Haikal
ke tepi. Tubuh
Puan Syazana melambung
dan tercampak ke
atas lantai. Kereta
itu berhenti di
tepi Hannan dan
Haikal. Pemandu perempuan
itu ketawa kuat
sebelum melarikan diri.
“Ummi! Bangun ummi!”
“Jangan tinggalkan
kami. Siapa nak
teman kami?”
“Ummi!! Bangunlah!!”
tubuh Puan Syazana
digoncang Haikal dan
Hannan.
Orang awam
berkumpul di tempat
kejadian. Ada yang
membantu untuk menyedarkan
Puan Syazana dan
ada yang menghubungi
ambulans.
“Pakcik! Tolong
ummi saya! Ada
orang langgar ummi!”
“Ummi! Bangunlah!!!
Siapa nak teman
Hannan tidur dan
bacakan buku cerita!”
“UMMI!!!!” hannan
menjerit sekuat hatinya.
Haikal memendam
rasa marah membuak-buak.
Dia masih ingat
muka orang yang
melanggar ibunya itu.
Dia menumbuk jalan
sekuat hatinya. Hatinya
menangis melihat tubuh
ibunya sudah tidak
benyawa.
Bersambung… Hanya Dirimu (Part 2) coming
soon…
Written by :
Temos : Dis 2, 2018 : 9:40 p.m