Menahan Rindu
Rasa tak sabar untuk bertemu seseorang yang bernama Akmal Anisa
esok hari. Aku menutup buku nota matapelajaran Fizik dan bergegas menuju ke
bilik mesyuarat asrama. Tiada sesiapa di dalam. Aku terus pergi ke rak dan
mengambil fail yang tertulis Setiausaha. Aku membelek setiap maklumat kemasukan
pelajar tingkatan satu yang baharu. Jari telunjuk aku menjadi penanda dan aku
dapat maklumat yang aku cari.
“Akmal Anisa binti Hareez Ikmal. Bilik 501 A,” bisik aku perlahan.
Senyuman aku terukir hingga ke telinga.
“Hai Amira. Kau masih belum siap kerja untuk esok lagi ke?”
tiba-tiba Naqibah muncul tanpa Amira menyedari.
“Eh Timbalan Yang Dipertua Asrama rupanya. Aku sahaja semak mana
yang patut,” seloroh Amira lalu menyimpan semula failnya itu di rak.
Masing-masing membisu menyiapkan kerja. Esok kemasukan pelajar
tingkatan satu dan bilik mesyuarat asrama bagai dibadai ribut taufan. Segala
peralatan asrama dan kelengkapan sudah tersedia mengikut bilangan pelajar yang
akan mendaftar. Aku terus naik ke bilik dengan senyuman.
“ Amira,jom makan. Dah pukul 6 petang ni. Lambat nanti kena beratur
panjang dan aku malas nak berasak dengan budak-budak,” bebel Azlinda iaitu
kawan rapat Amira di sekolah dan asrama.
“Membebel je kau tahu. Macam nenek tua dah aku tengok. Esok
adik-adik baru datang mesti rimas dengan kau yang asyik membebel 24 jam,” usik
Amira tetapi Azlinda tetap dengan muka selamba.
Amira dan Azlinda bersiap dan terus turun ke dewan makan. Sebelum
ke dewan makan,Amira sempat menatap sekeping gambar dan gambar itu hanya rahsia
dirinya dan menjadi penguat
selama ini. Dewan makan bingit dengan suara-suara pelajar perempuan. Ada
yang ketawa,menjerit bagai lupa dunia ini bukan mereka yang punya. Maklumlah
dewan makan perempuan ini jauh dari asrama lelaki. Maka segala keayuan dan
lemah lembut hilang begitu sahaja bila mereka berada di dalam zon sendiri.
“ Adik, jaga adab tu bila ketawa. Jangan ketawa macam tu lagi.
Rasulullah sentiasa tersenyum dan apabila baginda ketawa,baginda tidak ketawa
terbahak-bahak,” tegur Amira pada sekelompok pelajar di satu sudut dewan makan.
Mereka mengangguk tanda mengerti dan memohon maaf. Amira dan Azlinda senang
dengan mereka kerana mengerti.
Amira, Azlinda dan Naqibah tampak letih kerana menguruskan
kemasukan pelajar baharu dengan dibantu exco-exco asrama yang menjalankan
amanah yang diberikan dengan baik. Azlinda dan Naqibah sedikit hairan apabila
Amira segera meminta diri apabila ternampak satu keluarga datang ke meja
pendaftaran. Wajah Amira seakan terkejut dan gelisah. Namun Azlinda dan Naqibah
cuba mengendahkan tanggapan mereka. Ketika di asrama, Amira hanya memerhatikan
dari belakang pintu susuk tubuh seseorang yang bernama Akmal Anisa. Amira
memerhati keluarga itu mengemas barang ke dalam loker. Dirinya seakan ingin
mendekati tetapi ada satu rasa yang menghalang. Airmata Amira mengalir di pipi
melihat keluarga Akmal Anisa. Gambar di tangan di simpan kembali ke dalam
poket.
“Akmal Anisa,nanti kita jumpa,” bisik Amira sebelum beredar
menjalankan tugasnya bersama rakan lain.
Penghuni bilik 501 A baru sahaja selesai membaca surah Al-Mulk. Di
setiap sekolah memang pelajar diajar untuk mengamalkan bacaan surah Al-Mulk
sebelum tidur kerana dengan mengamalkannya akan dijauhi dari seksa kubur.
Selepas selesai bacaan Al-Mulk,semua pelajar tingkatan satu taaruf bersama
penghuni bilik masing-masing.
Hampir setahun berlalu,Amira dan Akmal Anisa sangat rapat dan
setiap kali Akmal Anisa ingin memperkenalkan Amira pada kelurganya,berbagai
alasan diberikan. Perkara itu menjadi tanda tanya pada Akmal Anisa. Puas
dipujuk namun Amira tetap dengan pendiriannya.
Pada suatu malam, Akmal Anisa mendekati Amira yang sedang duduk di
katil,” Kak Mira,kenapa kak Mira terlalu baik dengan Anisa? soal Anisa penuh
kelembutan.
“Akak baik dengan semua orang la,bukan Anisa je taw. Allah pun
menyuruh kita menjaga hubungan sesama manusia sesuai dengan firmanNya dalam al-quran,”
ujar Amira gugup.
“em..kak,terima kasih. Anisa tak pernah rasa ada kakak,” Akmal
Anisa tunduk memandang lantai.
“Tak baik cakap camtu. Bersyukur Anisa masih ada ummi dan abi,”
kata Amira.
“Alhamdulillah. Mana akak tau Anisa panggil parents dengan
panggilan tu?” soal Anisa hairan.
“Eh,akak teka je. Akak nak ke bilik mesyuarat ni. Ada kerja sikit.
Jangan tidur lewat-lewat,” Amira hampir kantoi tadi. Terus dia meluru keluar.
Akmal Anisa bersiap untuk tidur.
Satu tahun kemudian.
“Nisa, ada orang
kirimkan bungkusan ni untuk
kau.”
“Siapa?” soal Akmal Anisa ingin
tahu.
“Entahlah, aku balik
dari pejabat asrama
dan penyelia minta
serahkan bungkusan ni
kepada kau,” ujar Suraya lantas
bungkusan itu bertukar
tangan.
Akmal Anisa membuka
bungkusan tersebut. Ada sehelai
baju dan sekeping
surat di dalamnya. Akmal Anisa cuba
mengamati baju itu
dan dia seakan
teringat sesuatu. Baju yang
diinginkannya setahun yang
lepas kini berada
dalam genggamannya.
“Untuk Akmal Anisa…”
ucapnya perlahan sambil
membuka helaian kertas
tersebut.
Assalamualaikum Akmal Anisa binti Hareez Ikmal. Jangan lupa
sampaikan salam akak pada ummi dan abi. Setelah Anisa baca surat ini,akak sudah
pun pergi ke luar negara untuk menyambung pengajian di sana. Kemana itu Anisa
tidak perlu tahu dan tiada siapa tahu. Maafkan akak jika selama ini akak
rahsiakan siapa diri akak sebenarnya. Kenapa akak selalu menolak dari berjumpa
dengan ummi dan abi akan kakak jelaskan di sini.
Akmal Anisa sebenarnya mempunyai seorang kakak. Tetapi kakak Anisa
terpaksa diserahkan pada satu keluarga yang mahukan anak. Pada masa yang sama
kehidupan keluarga Anisa pada waktu itu bukan dalam keadaan stabil dan ibubapa Anisa bersetuju
memberikan kakak Anisa pada keluarga itu walaupun dalam keadaan terpaksa. Akan
tetapi jodoh kakak Anisa tidak lama bersama keluarga baru kerana ketika dalam
perjalanan mereka mengalami kemalangan dan hanya kakak Anisa yang terselamat. Kakak Anisa diserahkan ke rumah anak yatim
dan membesar di sana.
Kakak Anisa selalu mencari jalan keluar untuk melihat keluarga
Anisa dan kakak Anisa sangat bersyukur melihat kesenangan dan kebahagiaan yang
dimiliki keluarga Anisa. akak
sangat gembira apabila
melihat umi dan
abi memiliki Anisa
di saat akak
sudah tiada ketika
itu. Akak hanya mampu melihat
dari jauh kerana tidak mahu mengganggu kebahagiaan keluarga Anisa. Bagi kakak,
kebahagiaan itu tak semestinya memiliki. Akak sendiri
bahagia melihat orang
yang akak sayang
bahagia dan hidup
senang. Tolong jagakan
umi dan abi
untuk akak. Andai jodoh,
moga ketemu lagi.
Salam sayang,
Akmal Amira binti
Hareez Ikmal.
* * * * *
Hati Akmal Anisa
berdegup kencang dan
dia sendiri tidak
mampu menahan tangisannya. Surat yang
dikirimkan oleh Akmal Amira sudah basah
dengan airmata.
“Akak, terlalu lama
akak menahan rindu
pada umi dan
abi.”
“Akak, Anisa doakan
akak berjaya walau
di mana akak
berada dan Anisa
janji akan jaga
umi dan abi. Anisa
harap
sangat akak akan
datang jumpa kami
lagi. kita bersatu
semula sebagai satu
keluarga.
“Anisa sayang dan
rindu akak,” baju
yang dihadiahkan Amira
dipeluk kemas. Airmata Anisa
menjadi saksi penyesalan
kerana dia sendiri
tidak menyedari selama
ini darah dagingnya
begitu dekat dengannya.
Sejak saat itu,
keluarga Anisa cuba
mencari maklumat tentang
keberadaan Amira. Mereka tidak
mahu sia-siakan peluang
untuk bersatu menjadi
sebuah keluarga.
Written by Temos_Oct
28,2018_08:47 p.m
TAMAT
terima kasih kerana sudi baca. saya izinkan share.
ReplyDelete