BAB 1
Farhana menutup
buku catatannya yang
berwarna merah jambu.
Warna kesukaan bagi
setiap perempuan tetapi
bukan semua perempuan
yang suka warna
merah jambu. Lelaki juga
ada yang sukakan
warna merah jambu.
Tenang warna itu
kata mereka. Buku
itu tersimpan segala
puisi-puisi yang ditulis
oleh Farhana. Hobi
gadis ini adalah
menulis puisi dan
itu menjadi rutin
harian bagi dirinya. Pelbagai jenis
puisi yang ditulisnya.
Semuanya indah dan
tersemat di jiwa.
Dia bangun
dari tempat duduk
menuju ke tingkap
biliknya. Mata bundarnya
melihat ke arah
awan putih yang
bergerak perlahan. Anak matanya mengikut
arah burung-burung yang
terbang riang bebas
di atas sana. Farhana menarik
nafas sedalam mungkin
dan menghembus perlahan.
Lega. Tenang.
“ Ya
allah, mama dan
papa!” jeritan Farhana seakan
bumi ini ingin
runtuh. Gadis itu menggelabah. Walaupun cantik
tetapi dia mempunyai
sikap kalut tak
bertempat.
Farhana segera
meninggalkan meja tulisnya
dan mencapai tuala
terus ke bilik
mandi. Dia hampir
tersilap membuka pintu
almari yang disangkakan
pintu tandas.
Seusai mandi
dan solat dhuha,
Farhana segera bersiap.
Ringkas dan pastinya
menutup aurat. Dia mengenakan
jubah berwarna royal blue
dan dipadankan dengan
tudung bawal bewarna
deep sky blue. Farhana akan
pastikan dirinya diredhai
Allah dalam setiap
langkah yang diatur.
“Huh! Masih
sempat ni,” jam di tangan
dikerling. Jam tangan
berjenama BONIA yang
dihadiahkan oleh ayahnya
sewaktu lawatan kerja
ke Dubai masih
setia menemani detik
waktu gadis cantik
itu.
“Mak Teh! Farhana pergi
dulu,” terus tangan
wanita tua itu
dicium.
“Yelah. Hati-hati
pandu kereta tu.
Jangan laju-laju,” pesan
Mak Teh pada Farhana.
“Kalau kita
hati-hati tetapi orang
lain tak, susah
juga. Kadang-kadang orang
yang berhati-hati jadi
mangsa,” omel Farhana
sambil memakai stoking.
“Ya
Allah budak ni.
Tak baik cakap
macam tu. Kata-kata
itu kan doa,”
terkejut Mak Teh
mendengar kata-kata itu
walaupun gadis comel
itu hanya bergurau.
Gadis comel
itu berdiri lantas
mengangkat sebelah tangan
tanda berjanji.
“Okey Mak
Teh, Farhana janji
tak cakap bukan-bukan.”
“Iya. Dah.
Pergi cepat. Nanti
lambat pulak,” hidung
Farhana ditarik manja.
“Okey Mak
Teh. Hana pergi
dulu. Sayang Mak
Teh sangat-sangat,” tubuh
Mak Teh dipeluk
erat.
Mak
Teh melambai-lambai gadis
comel itu yang
memandu Suzuki Swift.
Sungguh dia sayang
sangat pada Farhana.
Dari kecil lagi
Farhana membesar di
depan matanya dan
sekarang menjadi seorang
gadis yang solehah
malah cantik menawan.
Walaupun Mak Teh
hanya orang gaji,
tetapi keluarga Farhana
tidak menganggap dirinya
sebagai orang gaji.
Bahkan Mak Teh
dilayan seperti keluarga
sendiri.
Mak
Teh bersyukur kerana
dapat merasa biah
Islam di dalam
keluarga ini. Mak
Teh selalu mendoakan
keluarga ini mendapat
rahmatNya.
* * * * *
Kuala Lumpur
International Aiport.
Farhana melihat
jam di tangannya. Dia tidak
lambat dan dia
tidak akan membiarkan
ibubapanya menunggu lama. Matanya
melilau
mencari kelibat orang
tuanya di sebalik
himpunan manusia di hadapannya.
Dia terjengket
sedikit kerana ketinggiannya
tidaklah setinggi gunung.
“Haishh…susah jadi
budak comel ni.” Dia
membebel
di dalam hati.
Di satu
sudut di belakang
tiang, seorang pemuda
sedang memerhatikan gerak
geri Farhana. Dia memakai
jaket hoodie berwarna
hitam dan penutup
muka. Lelaki itu
segera berjalan ke
arah Farhana. Dia mengeluarkan
sebilah pisau dan
menyembunyikan di sebalik
jaket hitam itu.
“Aduh!!!
Jerit Farhana
kesakitan. Dia sudah terjelopok
di atas lantai
sambil memegang tempat
yang sakit.
“Hey
kid, im sorry.
Im not see u
there,” lelaki kulit
putih dengan ketinngian
seorang pemain bola
keranjang itu menghulurkan
tangan untuk membantu
tetapi Farhana meletakkan
tangan di dadanya
tanda hormat.
Farhana bangun
sendiri dan lelaki
kulit putih itu
berlalu pergi. Dia sekali
lagi membebel sendiri
dan tertawa apabila
teringat kejadian tadi. Gadis
yang
ketinggian sederhana itu
menyukarkan orang lain
untuk melihatnya apabila
di kawasan yang
sesak dengan orang ramai.
Lelaki berjaket
hitam tadi terpaksa
membatalkan niatnya apabila
rancangannya diganggu. Dia segera
menghilangkan diri sebelum
Farhana menyedari kehadirannya
tadi.
“Mama papa!!”
“Hana kat
sini.”
Gadis itu
menjerit memanggil ibu
dan ayahnya. Tangannya
tidak duduk diam
melambai-lambai walaupun ibu
dan ayahnya sudah
di depan mata.
Pelukan erat
dan ciuman manja
untuk gadis comel
itu. Rindu itu
bertamu di hati
walaupun seminggu sahaja
tidak bersua.
Selepas mengangkat
barang, mereka segera
pulang ke rumah.
“Mama papa,
macam mana dekat
China?”
“Seronok tak?”
Soal
Farhana sambil memandu.
Tersenyum puas dapat
melihat ibu dan
ayahnya.
“Best sangat
Hana. Orang kat
sana pun baik-baik.
Makanan kat sana pun
banyak makanan halal.
Mama dan papa
tak risau sangat
nak makan kalau
camtu,” ujar Puan
Sakinah.
“Wah!!! Seronoknya.
Mesti papa swafoto
dengan panda kat
sana kan?”
“Pandai je
kamu ni Hana.
Bukan papa tapi
mama kamu. Papa
banyak kerja nak
uruskan. Tak sempat
nak taaruf dengan
panda-panda kat sana
tu” cuit Tuan
Rahman pada isterinya.
Tuan
Rahman mengenyit mata
pada isterinya. Terus
Puan Sakinah mencubit
lengan suaminya itu.
“Rugi Hana
tak ikut. Kalau
tak dah dapat
jumpa panda tu,”
Farhana mencebik tanda
kecewa. Maklumlah ketika
ibu dan ayahnya
berangkat ke China,
Farhana sedang menduduki
peperiksaan akhir semester.
Kempunan dia.
“Nanti papa
bawa Hana pergi
Paris. Kita bercuti kat
sana,” pujuk Tuan Rahman.
“Betul ke ni papa? Paris? Waah…seronoknya!”
Hana menjerit kegembiraan
sehingga tertekan hon
dan dia malu
sendiri.
“Amboi, Hana
je ke boleh
pergi?” tanya Puan
Sakinah membuat muka.
“Eh..dengan anak
sendiri pun nak
jeles? Hana tengok
mama kamu ni.”
“Alaa.. Hana tak
tinggalkan mama la. Kita
pergi
sama-sama ya mama,” Hana sudah
tahu papanya suka
menyakat mama.
Mereka bertiga
ketawa bersama. Hana berasa
sangat bersyukur mempunyai
ibubapa yang memahami
keluarga. Walaupun ibubapanya
sering ke luar
kota, ibubapanya tidak
pernah mengabaikannya. Sentiasa mencari
masa untuk bersama
keluarga. Sikap papanya
yang tegas dalam
kelembutan sangat disenangi
Hana serta rakan
sekerja papanya. Hana juga
mewarisi sikap papanya.
Hana juga secantik
mamanya. Mana tak
tumpah kuah kalau
bukan ke nasi.
Tiba-tiba…
“Hana elak
lori tu cepat!”
“Ya Allah!!!”
Dooommm .
Pada hari
itu, sebuah kereta
dan sebuah lori
terlibat dalam kemalangan
jalan raya yang
mengerikan. Saksi kejadian mengatakan
kereta yang dipandu
itu berpusing-pusing sebelum
melanggar penghadang jalan
dan kereta itu
jatuh ke dalam
longkang.
Kejadian itu
menyebabkan dua mangsa
terkorban di tempat
kejadian akibat tertusuk
kepingan kaca dan tersepit
di tempat duduk.
Seorang lagi mangsa
iaitu pemandu dilaporkan
cedera parah dan
tidak sedarkan diri.
Ketiga-tiga mangsa kejadian
dikejarkan ke hospital
manakala pemandu lori
tersebut ditahan polis
kerana memandu dalam
keadaan mabuk.
bersambung...
terima kasih kerana sudi baca. saya izinkan share.
ReplyDelete