BAB 2
Hospital Selayang
Hospital di sini
sesak dengan pesakit
dan ahli keluarga.
Bingit. Pelbagai reaksi
dapat dilihat di
wajah mereka. Risau. Ketakutan. Malah ada
yang seakan tenang
sambil mulut terkumat-kamit memohon
perlindungan daripada Sang
Pencipta.
Allah pernah berfirman
di dalam surah Al-Ghafir
ayat
60 yang bermaksud “Mintalah kepadaKu,
nescaya akan Aku
perkenankan.” Di dalam
sebuah hadis juga
ada diriwayatkan tentang
perkara ini. “Barangsiapa yang berdo’a kepada-ku, pasti
akan ku-kabulkan, dan siapa yang memohon kepada-ku, pasti akan ku-beri,dan
siapa yang mohon ampun kepada-ku pasti akan ku ampuni”. (HR.Bukhari, Muslim,
Maliki, Tirmidzi ).
Kejadian kemalangan
pada hari itu
harus diambil pengajaran
buat semua pengguna
jalan raya. Memandulah
secara berhemah dan
ingatlah orang yang
tersayang yang sentiaasa
menanti kepulangan kita.
Biarlah kepulangan kita
disenangi bukan diratapi.
“Saya kat
mana ni?”
“Mama?”
“Papa?”
Gadis itu
telah sedar akibat
kemalangan tadi. Dia
mencari ibu dan
bapanya. Dia melihat
sekeliling dan dia
sekarang telah berada
di hospital akibat
kemalangan. Kepalanya masih
berbalut.
“Cik, maafkan
saya.” Sapa seorang doktor
apabila gadis itu
sudah sedar dari
pengsan.
“Mana ibu
dan ayah saya?”
soalnya lagi.
“Maaf. Ibu
dan bapa cik
tidak dapat diselamatkan.
Mereka kehilangan banyak
darah ketika kemalangan
tadi.” Jelas doktor
kepada gadis itu.
“Doktor tipu!”
“Saya nak
jumpa mama dan
papa saya!”
“Mereka masih
hidup!”
Gadis itu
menangis dan meraung
sekuat hati. Mana
mungkin ibu dan
bapanya pergi dengan
sekelip mata. Dia
cuba bangun dari
katil untuk mencari
ibu dan bapanya.
Doktor Indah cuba
memeluk gadis itu.
Gadis itu meronta-ronta
dalam pelukan doktor
Indah.
“Doktor, biar
kami tenangkan dia,”
sapa satu suara.
“Baiklah,” pelukan
dilepaskan perlahan.
Doktor Indah
mengambil fail pesakit
sebelum meninggalkan wad
itu. Dia memberitahu
tentang keadaan gadis
itu kepada lelaki
di hadapannya itu. Lelaki yang
berumur dalam lingkungan
50-an itu mengangguk
tanda setuju sebelum
mengucapkan terima kasih.
“Abang, doktor
ada cakap apa-apa
tak?”
“Ada. Nanti
saya cakap.” Jawabnya
ringkas.
Jauh
di sudut hati
Farhana dia berasa
sebak dan hatinya
menangis melihat gadis
di dalam pelukan
mamanya itu. Rasa
simpati menebal di
dalam hatinya. Kehilangan
kedua-dua orang tua
pasti merupakan perkara
yang sangat-sangat sedih.
Orang yang membesarkan
kita selama ini
pergi dalam sekelip
mata sebelum mata
sempat menatap buat
kali terakhir.
Farhana teringat
kemalangan tadi. Dia
sempat mengelak dan
kereta yang dipandunya
terbabas ke tepi
jalan dan keluarga
mereka terselamat dari
kemalangan yang dasyat
itu. Allah selamatkan
mereka sekeluarga. Tetapi
malangnya kereta yang
dipandu gadis itu
tidak sempat berbuat
apa-apa dan pelanggaran
berlaku. Orang ramai
bergegas memberi bantuan
dan Tuan Rahman
segera menghubungi ambulans.
“Kawan, moga
kau kuat untuk
menghadapi perkara mendatang.”
Monolog Farhana sendirian.
Genap sebulan
kemalangan itu berlaku
dan mereka menjadi
saksi segalanya. Sejak
dari kejadian itu,
gadis yang bernama
Ariana itu telah
dijaga oleh Farhana
sekeluarga. Ariana tidak
mempunyai saudara mara
lagi. Segala urusan
pengebumian ayah dan
ibu Ariana diuruskan
oleh Tuan Rahman.
Keputusan yang
diambil oleh Tuan
Rahman untuk menjaga
Ariana tidak dipersetujui
oleh Puan Sakinah
pada awalnya kerana
mereka tidak mengetahui
latar belakang gadis
itu. Tetapi Tuan
Rahman lebih cekap
dalam mendapatkan maklumat.
Akhirnya Puan Sakinah
bersetuju. Mereka menjaga
Ariana seperti anak
sendiri.
“Farhana! Ariana!
Turun makan,” panggil
Puan Sakinah.
“Ya
mama!” serentak dan
mereka ketawa sesama
sendiri.
“Wah…mama masak
sendiri ke?” soal
Ariana teruja.
“Mestilah. Mama
kamu ni pernah
menang juara masakan
terbaik masa di
universiti dulu,” cerita
Tuan Rahman.
“Mesti sebab
masakan mama, papa
jatuh hati kan?
Pastu cinta mula
berputik,” sampuk Farhana.
Ariana ketawa mendengar
kata-kata Farhana.
“Orang kata,
dari mata turun
ke hati. Tapi
papa kata, dari
mulut turun ke
hati. Tak gitu
mama?” Tuan Rahman
cuba menyakat Puan
Sakinah di sebelahnya.
Puan
Sakinah tidak mampu
membalas apabila suami
kesayangannya itu menyakat.
Pipi Puan Sakinah
bertukar merah apabila
Tuan Rahman menceritakan
kembali kisah percintaan
mereka di hadapan
Farhana dan Ariana.
Sesekali apabila Tuan
Rahman mengenakan dia,
lengan Tuan Rahman
pasti dicubitnya.
“Mama,papa, janganlah
sweet sangat. Nanti
bersemut.” Gurau Ariana
melihat mama dan
papa angkatnya itu.
“Eh,
biarlah. Bila lagi
nak bersemutkan,” Tuan
Rahman mengenyitkan mata.
Mereka semua
ketawa apabila Tuan
Rahman sekali lagi
dicubit Puan Sakinah.
Pada hari itu
Puan Sakinah memasak
masakan kegemaran Tuan
Rahman. Dia selalu
memasak dan dibantu
Mak Teh yang
dianggap sebagai ibunya
sendiri. Mak Teh
juga banyak memberi
tunjuk ajar dalam
bidang masakan ini.
* * * * *
Jam menunjukkan
tepat pukul 1
petang. Berpusu-pusu pelajar
keluar dari dewan
kuliah. Tidak ketinggalan
Farhana dah teman
rapatnya, Aleeya. Mereka
berdua berjalan menuju
ke kafetaria yang
terletak di hujung
bangunan fakulti tersebut.
“Hoi perempuan!
Kau sengaja kan
duduk satu kumpulan
dengan Fauzan!”
Jerit seorang
perempuan dari belakang
sebelum melangkah mendekati
Farhana.
“Kau pehal
terjerit-jerit macam monyet
ni?” soal Aleeya
geram dengan perempuan
di hadapannya itu.
“Kau diam.
Aku bercakap dengan
minah tak tahu
malu ni!” jarinya
ditunding ke arah
muka Farhana.
“Kau jeles
aku satu kumpulan
dengan Fauzan?”
“Kau siapa
nak halang aku
satu kumpulan dengan
dia?”
“Kau mak
dia ke? Kakak?
Isteri?”
“Takkan…jadi janganlah
nak berlagak Fauzan
tu kau punya,”
Farhana cuba
menaikkan kemarahan Natasya.
Api jika disimbah
minyak makin menyala-nyala. Itulah
yang Farhana inginkan.
“Fauzan tu
hak aku. Aku
suka dia. Kau
jangan nak dekat
dengan dia. Ni
warning aku,” jelas
Natasya geram.
“Kau suka
dia, tapi…” aleeya
cuba bermain api.
“tapi Fauzan
suka dekat kau
tak? Ke kau
je syok sendiri?”
Farhana dan
Aleeya ketawa serentak.
“Kau berdua
memang kurang ajar!”
jerit Natasya.
Natasya mengangkat
tangannya untuk menampar
muka Farhana tetapi
dia terhenti apabila
kepalanya dibaling dengan
sesuatu. Dia terkejut
melihat kasut yang
jatuh di lantai.
“Kenapa berhenti?
Tamparlah cepat! Tampar
kuat sikit,” Aleeya
sekali lagi mencari
pasal.
Mereka bertiga
berpaling melihat ke
arah pemilik kasut
berjenama Body Glove
itu.
“Fauzan?” serentak
mereka menyebut nama
pemuda kegilaan Natasya
itu.
Fauzan terus
mendekati mereka.
“Tasya,
you
tak ada kerja
lain ke?” soal
Fauzan.
“You jangan
dekat dengan minah
ni lagi. Ini
warning i. I
tak suka you
rapat dengan dia,”
Natasya melaung amaran.
“I berhak
nak berkawan dengan
sesiapa. Lagipun I
bukan milik sesiapa
dan I bukan
milik you.” Sinis
nada Fauzan.
“Wow, single
lagi mamat ni.
Ada peluang ni,”
getus Aleeya di
dalam hati. Dia
tersenyum sendiri.
“Tapi I
suka….”
“Dah. Pergi
dari sini. Tak
malu ke bergaduh
tempat awam camni?”
Belum sempat
Natasya memhabiskan kata-katanya,
Fauzan sudah menyuruhnya
pergi. Sakit di
hatinya hanya tuhan
yang tahu.
“Kalau you
nak bergaduh lagi,
tell me. I akan
sediakan gelanggang tinju
untuk you. Perlawanan
terbuka bagi sesiapa
nak kalahkan diva
hot neraka macam
you ni.” Kali
ini Fauzan pula
menyakitkan hati Natasya.
“I benci
you!” terus diambil
kasut Fauzan dan
dibalingnya ke dalam
kolam fakulti. Natasya
terus beredar apabila
dia dimalukan di hadapan
lelaki pujaan gadis
di universiti itu.
“Padan muka.”
Bisik Farhana tetapi
dia simpati kepada
Fauzan apabila kasutnya
telah dibaling ke
dalam kolam.
“Terima kasih
sebab tolong leraikan,”
ucap Farhana.
“Benci aku
dekat diva hot
tu. Semua lelaki
dia nak. Nanti
tinggal apa je
kat aku,” bebel
Aleeya sambil menghembuskan
nafas amarahnya.
“Takpa. Si
Tasya tu memang
macam tu. Kita
kena lawan juga
kadang-kadang.”
“Cuma kasut
aku lah. Kesian
nanti dekat ikan-ikan
dalam kolam tu,takut
semua mati je
sebab kasut tu.”
Mereka ketawa
apabila Fauzan membuat
lawak hambar. Mereka
berpisah meneruskan kerja
masing-masing. Fauzan salah
seorang pelajar yang
berpengaruh di universiti.
Dia memiliki muka
yang biasa-biasa tetapi
sedap mata memandang.
Seorang atlet dan Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) di
sini. Dia menjadi kegilaan
gadis-gadis dan juga
jejaka yang terpesong
nafsunya.
“Kau nak
balik terus ke?
Soal Aleeya.
“Tak aku
nak pergi bank
sekejap lepastu datang
sini ambil Ariana,”
jelasnya sambil menghirup
air neslo kegemaraanya.
“Haaa…sebut pasal
Ariana, kau belum
kenalkan kat aku
lagi. Dia cantik
macam aku tak?
Aleeya memuji diri
sendiri. Matanya berkelip-kelip menanti
jawapan.
“Dia cantik
macam aku. Nanti
aku kenalkan bila
ada masa.”
Aleeya memuncungkan
bibirnya apabila mendengar
jawapan daripada kawan
baiknya itu.
Aleeya seorang
kawan rapat kepada
Farhana ketika mereka
memulakan alam university.
Mereka bertemu kerana
seekor kucing. Farhana
yang terdengar seseorang
yang meminta tolong
dari bilik sebelah
terus bergegas melihat
apa yang berlaku.
Aleeya ketika itu
sedang berdiri di
atas meja sambil
memegang penyapu. Kucing
itu ingin menerkam
ayam di tangan
Aleeya. Aleeya sangat
takutkan kucing. Farhana
menolong dan menghalau
kucing tersebut. Sejak
dari kejadiaan itu
mereka mula rapat.
* * * * *
Farhana
baru
sahaja keluar dari
bank selepas mengeluarkan
duit. Dia berjalan
menuju ke seberang
jalan. Dia malas
untuk u-turn kerana
jauh. Ketika dia
di dalam bank,
ada seseorang sedang
memerhatikannya dari luar. Seorang
lelaki
yang menunggang motosikal berkuasa
tinggi R1 sedang
menunggu Farhana dari
jauh. Dia tidak
mahu sesiapa melihat
tindakannya. Topi full
face dipakai apabila
melihat Farhana keluar
dari bank. Dia mahu
Farhana mati di
situ juga. Rancangan pertamanya
gagal ketika di
KLIA tempoh hari. Kali
ini
dia tidak mahu
gagal lagi.
Deruman
enjin
R1 kedengaran. Target sudah
berada di hadapan. Dia terus
memecut laju menuju
ke arah Farhana.
DOOMMMM!!!
Bunyi
enjin
R1 sudah tidak
kedengaran malah kedengaran
dentuman yang sangat
kuat. Semua mata
tertumpu ke arah
jalan itu. Sebuah motorsikal
berkuasa tinggi bertembung
dengan sebuah kereta
yang keluar dari
simpang jalan. Lelaki tadi
segera mengangkat motorsikalnya
sebelum melarikan diri.
Beberapa
orang
awam mendekati pemandu
kereta tadi. Tiada apa-apa
berlaku dan tiada
kecederaan. Katanya hanya
pelanggaran sedikit sahaja.
Penunggang motosikal itu
tadi menghilang sekelip
mata.
Farhana
sempat
melihat dari jauh
dan terus pergi
ke arah keretanya. Dia tidak
mahu ambil peduli
dan orang ramai
berkumpul di tempat
kejadian. Dia segera pulang
ke universiti untuk
mengambil Ariana yang
baru sahaja habis
kelas. Tuan Rahman
telah menguruskan segala
urusan pembelajaran Ariana
dan menempatkan universiti yang
sama dengan Farhana
supaya ada yang
dapat menjaga Ariana. Pesan doktor,
Ariana masih lagi
trauma dengan kemalangan
tempoh hari. Dia perlu
dijaga dan elakkan
tinggal bersendirian.
* * * * *
Ketika
di
rumah, Farhana menceritakan
kemalangan yang berlaku
di sekitar bank
tadi. Apabila Farhana
menyebut tentang lelaki
yang menunggang motosikal
yang menghilangkan diri
itu, wajah Tuan
Rahman tiba-tiba berubah. Ada riak
kerisauan terbit dari
hatinya. Dia terus
memikirkan keselamatan anaknya,Farhana. Dia bersyukur
kerana Farhana masih
selamat.
“Ariana, macam
mana belajar?” soal
Tuan Rahman menukar
topik perbualan.
“Alhamdulillah papa. Everything
okay.
Belajar pun best. Pensyarah dan
kawan-kawan semua baik,” kata
Ariana riang.
“Ramai mata
yang tengok Ariana
ni. Sampai ada
yang nak minta
nombor telefon,” Farhana
membongkar rahsia.
“Mana ada. Mama tengok
Hana ni,” Ariana
mencebik.
“Siapa nak
anak papa berdua
ni, kena jumpa
papa dulu. Yang penting
papa nak anak-anak
papa ni belajar
rajin-rajin.”
Nasihat
Tuan
Rahman kepada anak
gadisnya. Farhana dan
Ariana menumpukan perhatian
terhadap kata-kata papa
mereka. Jangan masuk
telinga kanan keluar
telinga kiri. Tetapi biarlah
masuk mana-mana telinga
terus sampai ke
hati.
Mereka
makan
malam bersama seperti
biasa. Hari ini
Puan Sakinah memasak
gulai kari kepala
ikan dan sayur
campur. Ayam goreng kegemaran
anak gadisnya berdua
itu. Mak Teh menyediakan
pencuci mulut untuk
mereka sekeluarga. Puding
oreo dan yogurt.
Siang
berganti
malam. Setiap detik
dan saat berlalu
meninggalkan kita. Akan ada
kenangan yang kita
cipta. Ada memori
yang terpahat di
ingatan. Bagi yang
masih bernyawa, teruskan
kehidupan sebagai hambanNya. Bagi yang
telah pergi, doakan
mereka sentiasa dicucuri
rahmatNya.
Tingkap bilik
Farhana diperhati oleh
seseorang dari luar
pagar. Seorang lelaki
yang memakai jaket
hitam dan menunggang
motosikal berkuasa tinggi
berada di situ. Dia
di
situ hanya menjalankan
tugas untuk menamatkan
riwayat keluarga itu
seorang demi seorang. Bermula dengan
anak gadis Tuan
Rahman,Farhana.
Sedang
dia
ralit memerhati, seorang
lelaki tua lalu
di hadapan rumah
Tuan Rahman sambil
menunda basikal yang
dipenuhi kotak-kotak yang
tidak digunakan. Kotak-kotak itu
tiba-tiba jatuh. Dia membebel
sendiri sambil mengutip
kotak tersebut.
“Kamu buat
apa?”
“Mari tolong
pakcik, nak.”
Panggil
lelaki
tua itu apabila
menyedari lelaki berjaket
hitam itu di
situ. Lelaki itu
terus menghidupkan enjin
motosikalnya sebelum beredar
pergi. Matanya dipenuhi
dendam kesumat.
“Tuan, dia
telah pergi,” lelaki
tua tadi melaporkan
sesuatu sebelum pergi.
“Baiklah. Terima kasih.”
Telefon dimatikan.
Tuan Rahman
masuk ke dalam
rumah setelah mengambil
angin di balkoni
itu tadi. Dia memerhati
apa yang berlaku
di luar pagar
rumahnya tadi. Dia berharap
kelurganya sentiasa dalam
keadaan selamat.
Langit
malam
di hiasi kerlipan
bintang indah. Sang rembulan
bersinar ditemani bintang-bintang. Angin
malam sungguh nyaman
dan memberikan ketenangan.
Penghuni di dalam banglo itu
lena diulit mimpi
indah. Semoga esok
hari lebih baik
dari semalam.
“Arghhh…!!! Aku gagal
lagi.”
“Bodoh! Tak guna!”
“Aku akan
kembali!!!”
Syamsul
menumbuk
mejanya. Dia teringat
rancangannya yang gagal
pada petang tadi. Dia
memerhati dinding
biliknya. Renungan tajam dilontarkan ke arah
setiap
gambar targetnya. Dia tidak
mahu gagal lagi.
bersambung...
terima kasih kerana sudi baca. saya izinkan share.
ReplyDelete