Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini seperti biasa ada waktu lapang aku akan menulis tentang sesuatu atau gigih untuk menyiapkan novel mahupun cerpen yang dah berhabuk itu. Aku tulis bukan untuk aku sahaja tetapi untuk korang yang sedang menatap setiap bait tulisan aku. Sedap ke delicious ke, itu korang semua nilai sendiri. Aku cuba sampaikan apa yang baik untuk dikongsi sebagai manfaat. Moga-moga dengan tulisan-tulisan yang baik ini dapat menjadi asbab saham untuk aku di akhirat kelak. Aamiin.
Penulisan kali ini bukanlah berkenaan cerpen yang biasa aku tulis, tetapi aku nak ceritakan bagaimana aku mula menulis dan bagaimana aku give up serta bangkit kembali untuk terus berada dalam bidang penulisan ini. Betul lah orang cakap hidup ini ada jatuh bangun. Terkadang kita di atas, terkadang kita di bawah. Itulah yang dinamakan roda kehidupan. Life is like a wheel.
Temos atau lebih dikenali sebagai..... rahsia. Temos ini adalah nama pena aku dan aku sangat gembira dengan nama ini. Comel mungkin. Arghhh!! Perasan!! Jerit orang yang membaca tulisan aku ini. Hahahahaha. Ayuh kita lupakan seketika nama pena ini.
Ramai orang bertanya bagaimana aku mula menulis?
Jawapan aku di sini. Semuanya bermula dengan buku. Ketika aku kecil aku banyak diberikan buku cerita untuk dibaca dan jalan cerita setiap buku memang sangat menarik minat aku. Jadi, hadir satu perasaan untuk hasilkan cerita. Aku cuba create imagination in my mind. Tetapi masa itu aku hanya mampu berimaginasi tetapi tak tahu bagaimana untuk mulakan sebuah imaginasi menjadi sebuah penulisan. Tidak tahu bagaimana untuk meluah di atas lembaran kertas.
Bila masuk ke sekolah menengah aku mula berjinak-jinak dengan penulisan kata-kata. Ketika itu tahun 2007. Apa yang terlintas di hati mahupun fikiran dan jika ianya bermanfaat, aku tuliskan di atas sebuah buku. Sometimes i write about friend, life, the beautiful of world and more. Pernah dulu aku diminta oleh seorang pelajar perempuan untuk menulis tentang kawan. Jujur aku katakan bukan mudah untuk menulis kerana aku bukan seorang yang ramai kawan dan mudah bergaul. Aku pun lupa samada aku tulis atau tidak permintaan dia.
Pada tahun 2009, satu peristiwa yang mendukacitakan aku. Buku yang aku selalu catatkan setiap penulisan aku telah hilang entah ke mana. Puas aku cari tapi batang hidung dia pun tak nampak. Memang sedih giler masa tu. Jadi, aku macam merelakan pemergian buku tu. Arwah dulu baik bukunya. Moga kau tenang di sana. Semenjak kejadian tu, aku dah tak menulis lagi. Walaupun ruangan untuk pelajar letakkan karya di dalam majalah sekolah itu ada, tetapi aku tak pernah terdetik untuk aku hantar setiap penulisan aku.
Bermulah episod SEPI dari dunia penulisan. Shhh!!!
Pada tahun 2011, aku mula minat pada penulisan dalam Bahasa Inggeris. Tetapi aku tak tahu itu adalah something dalam diri aku untuk bangkit dalam dunia penulisan. Sungguh aku tak sedar langsung. Memang karangan Bahasa Inggeris aku masa tu boleh dikatakan agak cemerlang berbanding karangan Bahasa Melayu. Aku hanya tahu ia adalah minat yang tak pasti samada aku mampu pergi jauh ke tidak. Aku pun suka menulis karangan Bahasa Arab. Itu dulu.
Episod SEPI 2.0 dari dunia penulisan bermula.
Mesti korang tertanya-tanya apa aku membebel kan.
Pada tahun 2015, masa itu aku telah pun berada di negara orang. Bukan di Malaysia lagi dah. Orang putih cakap "oversea". Orang kampung cakap "obersi".
Pada ketika itu waktu tengah larut malam, aku pula tak dapat nak lelapkan mata. Jadi aku cubalah mengira bintang, mana tahu terlebih ke terkurang ke dengan kiraan bintang di Malaysia. Rajin sangat. Tiba-tiba terdetik di hati untuk menulis semula. Semangat ketika itu berkobar-kobar. Bagai api membara. Panas lit lit orang cakap.
Sejak waktu itu, aku mula menulis secara diam-diam tanpa sesiapa tahu. Aku mula menulis sebuah novel. Aku cuba masukkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain untuk jadikan sebuah cerita. Aku terus menulis sehingga aku rasa itu adalah momentum untuk aku bangkit semula. Bila pulang ke Malaysia, aku cuba mencari rakan penulis sebagai rujukan dan tempat untuk aku berkongsi pendapat. Alhamdulillah, mereka tidak lokek ilmu. Aku juga publish novel pertama di aplikasi WATTPAD yang warna oren tu. Alhamdulillah aku ada pembaca sendiri. Tak lama pun aku letak novel dan penulisan aku yang lain di WATTPAD tu sebab aku dah unpublish. Ada alasan tersendiri.
Tetapi dalam aku sedang asyik dengan dunia penulisan aku, aku juga ada perasaan nak give up sebab keyakinan untuk aku sebarkan penulisan ini kurang. Aku rasa mampu ke masyarakat dan pembaca untuk terima content penulisan aku. Apa tanggapan orang pada aku jika penulisan aku buruk. It will tarnish my reputation in writing. Macam-macam perkara negatif bermain dalam kepala otak aku.
Bukan mudah aku nak give up sesuka hati riang ria di hari raya. Aku cuba letakkan dalam diri aku bahawa aku ingin kongsikan kebaikan kepada semua. Mungkin aku tak mampu sumbangkan kudrat tetapi aku ada penulisan yang boleh memberi manfaat. Why not? So, passion aku pada penulisan berkobar-kobar semula. Seperti aku tulis pada awal tadi, semoga penulisan aku mampu bagi manfaat untuk semua dan saham aku di akhirat. Aku juga teringat pesan guru Al-Quran aku supaya menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain.
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
“Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain”
Sebagai pengajaran, jangan mudah mengalah dengan apa yang kita impikan. Nak berjaya tak semudah nak jatuh kepada kegagalan. Ada banyak onak duri yang perlu dilalui. Build your dream and make it reality. Don't stop dreaming.
"Stay focus and complete the journey" - Lailah Gifty Akita
Lastly, doakan aku untuk ada buku sendiri dan terus sebarkan kebaikan. Jika aku mati, tulisan aku tetap hidup.
"Selagi mampu, selagi punya waktu" - Temos
written by TEMOS_JAN 26,2019_5:36 P.M
moga ap yg menjadi impian akn menjadi kenyataan.....kehidupan mmg menyulitkan tp tiada tidak pasti seandainya engkau mmg menginginkanya....good luck
ReplyDelete