"berikanlah kegembiraan,ciptakan keindahan,
moga tiada lagi kesedihan"
Hari berganti hari. Setiap detik yang berlalu pasti tidak dapat dikembalikan semula. Tapi pada masa lalu ada sesuatu telah tercipta iaitu kenangan. Yang pergi pasti tidak akan kembali lagi. Hanya kenangan menjadi teman.
Suatu hari, aku dimasukkan ke wad kerana terlibat dalam kemalangan. Kemalangan yang meragut nyawa isteri dan anak aku. Sejak itu aku selalu menangis dan meratap nasib diri. Aku tidak punya sesiapa lagi.
Tiba-tiba aku ditegur seorang lelaki. Katilnya di sebelah katil aku. Dia juga pesakit di situ. Kami berkenalan dan dia seorang peramah. Membuatkan aku sedikit hilang rasa kesunyian apabila dia suka bercerita.
Dia menjadi mata aku untuk saat ini. Ya. Aku buta akibat kemalangan tempoh hari. Tetapi aku masih punya harapan untuk melihat lagi. Dan sekarang aku ada kawan yang selalu gembirakan aku dengan cerita-ceritanya.
Kata dia, di luar tingkap wad kami ada kolam. Ada seekor kucing yang seringkali menunggu ikan di tepi kolam itu. Kucing itu akan berpusing-pusing di tepi kolam itu. Apabila ikan itu muncul, kucing itu menghulurkan kakinya ke dalam air. Mereka seakan bersalaman.
Ikan itu membuat percikan air kepada kucing itu. Terlompat-lompat kucing itu. Ikan itu sudah membuat kucing itu terhibur. Gembira melihat kucing itu. Setiap hari kucing dan ikan itu akan bermain-main seperti itu.
Aku begitu tekun mendengar cerita daripada dia. Aku juga ingin melihat persahabatan kucing dan ikan itu suatu hari nanti bila aku dapat melihat semula.
Suatu hari, kucing itu menunggu begitu lama di tepi kolam. Ikan yang selalu menghiburkannya tidak muncul lagi. Kucing itu berpusing-pusing lagi di tepi kolam itu. Tidak juga muncul. Seorang pekebun telah datang untuk membersihkan kolam itu. Kucing itu tersedar bahawa kawannya itu telah tiada.
Aku juga turut bersedih apabila kucing itu kehilangan kawannya. Aku berkata pada dia, aku ingin menjadi pengganti si ikan untuk menghiburkan si kucing saat aku bisa melihat kembali suatu hari nanti. Dia mengiyakan dan memberi dorongan kepada aku untuk sembuh.
Hari ini aku terasa sunyi selepas kawan aku pergi ke bilik pembedahan. Apabila aku terdengar tapak kasut, aku terus menegur. Rupanya itu jururawat.
Aku bertanya di mana kawan aku yang duduk di katil sebelah. Adakah pembedahannya berjalan lancar? Kata jururawat itu, dia baru sahaja meninggal pagi tadi. Penyakitnya sudah kritikal dan tidak mampu di selamatkan lagi. Aku terkejut dan cuba menahan sebak di dada.
Setelah beberapa hari dia pergi, aku meminta jururawat untuk melihat di luar tingkap itu.
Aku bertanya ada tak kucing di tepi kolam itu. Jururawat itu menurut. Katanya di luar tingkap itu tiada kolam. Hanya ada tempat letak kereta.
Aku ketawa di dalam hati. Sahabat, saat kau menjadi mata aku, kau cuba gembirakan aku. Kau hiburkan dengan cerita-cerita indahmu. Kau lihatkan kepada aku tentang keindahan.
"Jadilah seperti ikan itu"
Ini kata-kata yang dia pernah ungkapkan. Apabila diri tidak punya apa-apa, teruskan memberi kegembiraan pada orang lain. Berikan khabar gembira bagi mereka yang bersedih.
Selamat tinggal , kawan. Terima kasih untuk sisa kegembiraan yang kau tinggalkan.
Written by Temos_Oct 29,2018_10:05 p.m
TAMAT
terima kasih kerana sudi baca. saya izinkan share.
ReplyDeleteSedih nye ��
ReplyDeleteDah lama tak blogwalking. Hi there. ��
ReplyDeletehi too. thanks sudi jalan-jalan.
Delete