Saat matahari hidupku pergi,
dunia seakan gelap tak berseri.
Saat bulan tak lagi menerangi,
malam seolah tenggelam sunyi.
Saat kehilangan menjarakkan hubungan kita,
hanya doa mampu ku terbangkan buatnya.
Saat KEHILANGAN menguji diri,
ku cari sinar redha dan hikmah dariNya.
dunia seakan gelap tak berseri.
Saat bulan tak lagi menerangi,
malam seolah tenggelam sunyi.
Saat kehilangan menjarakkan hubungan kita,
hanya doa mampu ku terbangkan buatnya.
Saat KEHILANGAN menguji diri,
ku cari sinar redha dan hikmah dariNya.
Jari jemari ligat
menari di atas keyboard laptop Asus miliknya. Mencoret segala luahan hati. Jam
menunjukkan pukul 2:55 petang. Ada beberapa minit lagi waktu kelas tambahan
Bahasa Arab akan bermula. Dia terus mencoret mencurah ilham karya terbarunya.
"Eh,Haikal,kau
buat apa?" tanya Iqmal rakan sekelas Haikal yang baru sahaja sampai.
"Aku nak buat
sentuhan terakhir karya aku ni," balas Haikal. Mindanya fokus 98% pada
karya itu. 2% lagi pada kawannya.
"Wahhh...caya la
lu bro. Wa tabik springgg sama lu," Iqmal berdiri membuat gaya tabik
hormat. Iqmal mendada penuh bangga. Iqmal turut merasai gembira dengan kecekalan
Haikal menyiapkan karya terbaru itu.
"Dahh..tak payah
nak mengada," balas Haikal bersahaja. Angin sepoi-sepoi bahasa menyamankan
lagi mindanya. Tingkap kelas terbuka luas menjemput angin masuk ke kelas.
"Ish kau ni, tak
makan dengan pujian langsung," seloroh Iqmal sambil membuka buku teks
Bahasa Arab Tinggi.
Di tangannya ada coklat coki-coki menjadi ubat tahan mengantuk.
Sungguh dirinya bukan
narsisistik,
Meskipun dirinya cemerlang dalam setiap aspek,
Pujian itu baginya adalah ujian,
Biarlah tawadhuk sebagai perisai dirinya.
Meskipun dirinya cemerlang dalam setiap aspek,
Pujian itu baginya adalah ujian,
Biarlah tawadhuk sebagai perisai dirinya.
Ramai pelajar sudah
masuk ke kelas. Walaupun cuti sekolah, kelas tambahan tetap diadakan supaya
pelajar dapat teruskan kecermelangan dalam akademik. Kelas tambahan akan bermula setelah Ustazah Hamidah datang. Haikal
dengan dunianya. Apabila kelas bermula dia akan menumpukan pada kelas pula.
"Done!"
Jerit Haikal setelah karya terbarunya itu siap. Karya penulisan itu disimpan di
dalam pendrive. Apabila selesai peralatan itu diletakkan di bawah meja.
Pada masa yang sama
ada seorang gadis sentiasa memerhatikan setiap gerak geri Haikal. Dia juga
kagum dengan kebolehan dan bakat yang ada pada Haikal.
Kelas tambahan Bahasa
Arab itu berjalan lancar. Cara pengajaran yang diterapkan Ustazah Hamidah
membuatkan pelajar semakin teruja untuk mendalami Bahasa Syurga itu. Pelajar
juga fokus dan kurang mengantuk.
"Khomsah
daqoiq" sebut Ustazah Hamidah sambil menepuk tangan. Pelajar faham
apabila Ustazah Hamidah memberi isyarat begitu.
Berehat sebentar
bersama kit kat.
"Ismahli
ya ustzah, uridu an azhabaa ilal hamam," angguk Ustazah Hamidah memberi kebenaran. Haikal
merasa puas apabila karya terbaru itu dapat di siapkan. Haikal tersenyum
meleret hingga ke tandas.
Satu
jam kemudian.
"La
tansa ya tullab, ghodan insyaallah sanadrus babul jadid fi sofhah miaah tis'un
wa arbain,"pesan
Ustazah Hamidah sebelum menghabiskan kelas tambahan pada petang itu.
"Fuhhh, dua jam
kelas," keluh Iqmal lega. Dia menggeliat melepaskan kepenatan.
Haikal masih
mendiamkan diri. Dia mengemas buku-buku untuk dibawa pulang. Seterusnya laptop
Asus kesayangannya.
"Eh!?" Jerit
Haikal sedikit terkejut. Dia mencari-cari pendrive miliknya.
"Knape?" Tanya
Iqmal hairan melihat Haikal.
"Pendrive aku
hilang," balas Haikal cemas. Dia hairan bagaimana pendrive itu boleh
hilang.
"Awak..."
satu suara memanggil Haikal.
Suara itu menghentikan pencarian pendrive yang hilang dari radar seperti
kehilangan kapal terbang MH 370.
"Hah, ye saya,"
Haikal berpaling melihat empunya suara. Fokusnya terganggu.
"Sebenarnya
kan....." gadis itu tergagap-gagap untuk memberitahu sesuatu.
"Sebenarnya
apa?" Iqmal pula menyergah gadis itu. Selepas itu Iqmal memberi senyuman
kambing kerana tidak sengaja dengan perlakuannya itu.
" Najib yang curi
pendrive awak," gadis itu membongkar kebenaran.
"Hah? Bila pulak
dia curi?" Semakin hairan Haikal. Dia menggaru kepala yang tidak gatal
itu.
"Mungkin masa dia
duduk tempat kau untk tanya soalan tadi," Iqmal membuat andaian.
"Ye,masa tu awak
keluar pergi tandas," kebenaran terus terpacul dari mulut gadis itu.
"Cis,dia ni
memang dari dulu tak puas hati dengan aku," bentak Haikal. Meja di tumbuk.
"Eh ,kau nak
pergi mana tu?" Panggil Iqmal melihat Haikal berlari keluar dari kelas.
"Kejar
Najib," Iqmal dan gadis itu berpandangan dan serentak menjawab. Mereka
meluru mengejar
Haikal. Kelibat susuk tubuh Haikal keluar dari pagar sekolah di
kesan Iqmal dan gadis itu.
"Hoi! Bagi balik
barang aku!" Jerit Haikal pada Najib dan kawan-kawannya. Najib sedang
lepak di kaki lima kedai runcit dan agak terkejut.
"Barang apa
ni?"tanya Najib mendekati Haikal.
"Pendrive aku la.
Kau yang ambil kan?" Haikal rasa semakin geram. Hatinya berdegup laju.
"Wehh..tengok
budak ni cakap aku mencuri pendrive dia," Haikal ditolak ke belakang.
Najib mentertawakan Haikal di depan kawan-kawannya.
"Boooo!"
Budak-budak Najib bersorak dan mengejek Haikal.
Najib dan Haikal sememangnya
mempunyai konflik. Kelebihan yang ada pada Haikal selalu tidak disenangi Najib.
Najib juga merupakan pembuli tegar di sekolah. Tidak hairan dia 'terkenal' di
kalangan warga sekolah.
"Woi!" Marah
Najib apabila Haikal pantas merampas beg sandang miliknya.
"Hah! Pendrive
aku," getus Haikal dalam hati. Ternyata pendrive miliknya dalam beg Najib.
Tumbukan dilepaskan ke
muka Haikal. Haikal jatuh ke belakang. Najib lebih pantas. Pendrive gagal di ambil.
Iqmal segera menolong Haikal bangun. Gadis itu hanya memerhati.
Najib dan
kawan-kawannya bersedia untuk bertumbuk. Empat lawan dua. Pertarungan bermula. Haikal
dan Iqmal berlawan mendapatkan hak. Najib berlawan menunjukkan keangkuhan.
Tendangan Najib
berjaya di elak Haikal. Tumbukan padu tepat pada perut Najib. Kawannya segera
membalas dengan tumbukan. Haikal cuba menepis tetapi gagal. Iqmal membuat side
kick pada tubuh kawan Najib. Masing-masing tidak mahu mengalah.
Gadis itu pantas
berfikir mencari jalan mendapatkan pendrive Haikal. Tidak ada sesiapa yang
masuk campur hal mereka. Lorong belakang kedai itu sunyi dan agak menakutkan.
"Dah,blah
semua" Najib dan kawannya bangun melarikan diri. Mereka tak dapat meneruskan
pergaduhan itu.
"Woi! Pendrive
aku!" Laung Haikal dengan perasaan geram.
"Lain kali kita
ambil balik," balas Iqmal memujuk. Darah mengalir di bibir.
"Karya penulisan
aku dalam tu," Haikal tertunduk sedih. Karya keduanya siap dan akan di
hantar esok.
"Nah," gadis
itu menghulurkan air mineral kepada Haikal dan Iqmal. Mereka tidak menyangka
pergaduhan sebegini akan berlaku.
"Hmm," Haikal
mengeluh mengenang nasib.
Setelah bertenang
beberapa ketika,mereka bertiga pulang ke rumah masing-masing. Najib dan
kawan-kawannya sentiasa menjadikan Haikal musuh mereka.
* * * * *
Usai solat dan makan malam, Izzah mengemas meja tulis di dalam biliknya. Izzah mencapai laptop Apple pemberian arwah ibunya.Butang 'on' di tekan.
Klik.
Izzah bangun mencari
sesuatu di dalam beg sekolahnya. Satu persatu dibuka. Mencari sesuatu yang
begitu berharga pada seseorang yang telah mencuri hatinya.
"Ha! Got
it," Izzah teruja. Senyuman dilemparkan pada skrin laptop. Seakan skrin
itu senyum kembali.
"Ok, done,"
pendrive dimasukkan. Izzah semakin teruja ingin mengetahui isi disebalik
pendrive itu.
Petang tadi Izzah
berjaya mengambil pendrive milik Haikal ketika pergaduhan berlaku. Gaya
penyiasat ala tottaly spies itu menjadikan misi itu berjaya dilaksanakan. Beg
Najib yang berada di hujung lorong itu diselongkar tanpa disedari. Izzah cuba
berlagak persis gadis ayu . Izzah menyimpan pendrive itu kerana tertarik untuk
mengetahui karya terbaru Haikal.
"Saat Aku
Diuji; hidup ini kembarnya ujian karya
pertama Haikal," Mata Izzah menari pada skrin laptop.
"Ni dia,
klik," Izzah sudah jumpa karya terbaru Haikal.
"Awak,maafkan
saya," Izzah sedikit merasa bersalah kerana tidak memulangkan segera
pendrive itu.
"Salahku Bersebab,"
baca Izzah perlahan. Izzah mula membaca karya itu satu persatu.
* * * * *
Kring
! Kring ! Kring !
"Adoii.. aku
lambat lagi!" Omel Hakim apabila dia tiba di pintu pagar.
Pintu pagar telah
ditutup. Beberapa orang pengawas sudah menunggu di situ. Hakim terus bersuara.
"Weh,bagi la aku
masuk," Hakim memanggil seorang pengawas perempuan.
" ape weh-weh?
lambat buat cara lambat," sampuk seorang pengawas lelaki.
"Tasha,Rashid,
bagi la aku masuk," rayu Hakim sambil memegang pagar. Hakim sudah beberapa
kali lewat ke sekolah.
"Kau ni tak
reti-reti ke nak datang awal hah?" Rashid mendekati Hakim yang berada
diluar pagar.
Senyuman sinis dilemparkan.
"Bagila aku
masuk," Hakim merayu lagi. Hakim terus bersabar melayan kerenah pengawas
yang ada di depannya itu.
"Huh!" Tasya
mendengus kasar. Jelingan tajam tepat ke dalam anak mata Hakim. Garang. Hakim
tidak membalas sebaliknya menunduk.
"Muhammad Hakim
bin Azman!" Laung satu suara dari dalam kawasan sekolah.
"Alamak! Dia
datang!" Hakim sedikit terkejut apabila ternampak Cikgu Afifah.Guru
disiplin di sekolah.
"Nasib kau la
Kim," Rashid ketawa sambil matanya menjeling ke arah Cikgu Afifah.
"Mati la aku kali
ni," Hakim cuba mengenang nasib yang bakal diterimanya nanti.
"Rashid,bagi dia
masuk," arah Cikgu Afifah. Rashid segera membuka pintu pagar. Nama Hakim
telah di catat di dalam buku kesalahan disiplin oleh Rashid.
Hakim terus meluru
tanpa mengucapkan sepatah kata. Hakim berlari ke tapak perhimpunan.
"Hakim! Selepas
rehat jumpa saya di bilik disiplin," Langkah Hakim terhenti tatkala Cikgu
Afifah melontarkan kata-kata.
"Baik,
cikgu," balas Hakim dengan anggukan malas lantas meninggalkan mereka.
Cikgu Afifah hanya
menggeleng melihat sikap Hakim yang selalu lambat ke sekolah. Dia terus
berjalan meronda kawasan sekolah bagi memastikan tiada pelajar yang ponteng
ketika perhimpunan berlangsung.
Hakim terus menyusup
di belakang rakannya,Faizul. Mujur tiada yang melihat pergerakan Hakim ala
Tottaly Spies.
"Kim, kau lambat
lagi ke?" Faizul berbisik kepada Hakim apabila tersedar.
"Macam
biasa," balas Hakim acuh tak acuh. Hakim sudah jemu dengan soalan seperti
itu.
"Shhh,"
seorang pengawas mengarahkan Hakim dan Faizul supaya diam.
Perhimpunan berjalan
agak lama. Penyampaian hadiah kepada peserta yang menyertai pertandingan di
luar sekolah baru-baru ini.
"Adoii,lambat
betul la habis assembly ni," omel Hakim sendirian. Hakim sudah beberapa
kali menguap.
Mata Hakim melilau
mencari seseorang di atas pentas. Akhirnya Hakim tersenyum sendiri apabila
matanya tertancap pada wajah itu.
Waktu
rehat.
Jam menunjukkan pukul
10:37 minit pagi.
"Kim,kau nak g mane tu?" Faizul berlari-lari anak mendapatkan Hakim.
"Aku nak pergi
melancong," jawab Hakim acuh tak acuh.
"Jap,aku nak
gelak guling-guling dulu," balas Faizul memperli Hakim. Faizul membuat
muka.
"Aku kena jumpa
Cikgu Afifah kat bilik disiplin," ujar Hakim. Kakinya terus menapak
selangkah demi selangkah.
"Ni mesti kes
lewat tadi pagi kan?" Faizul memintas Hakim di hadapan. Faizul cuba
meneka.
"Ye,sebab tu
kot," jawab Hakim ringkas. Malas nak melayan si Faizul itu.
"Hahaha..rasakanlah
kau nanti," Faizul melemparkan senyuman menyeringai pada Hakim. Buruk
sungguh mukanya.
"Heh!" Hakim
menjeling ke arah Faizul. Dia tidak hairan dengan ketakutan itu. Hakim terus
berjalan meninggalkan Faizul.
Knock!
Knock! Knock!
"Em,Cikgu Afifah
ada tak?" Tanya Hakim pada Cikgu Liza.
"Oo,Cikgu Afifah
dia takde,ada meeting kat luar," balas Cikgu Liza dengan senyuman.
"Takpe la
cikgu,saya pergi dulu," Hakim meminta diri untuk beredar. Terasa lega sedikit
apabila Cikgu Afifah tidak ada.
"Okey, blaja
elok-elok ye sayang," nasihat Cikgu Liza. Cikgu Liza merupakan penolong
guru disiplin. Dia memang peramah dan cantik. Tetapi tegas dalam disiplin.
Hakim terus beredar
meninggalkan bilik disiplin. Kaki lima lengang kerana waktu rehat sudah tamat.
Hakim melihat jam di tangan.
"Laa baru pukul
11:05," ucap Hakim perlahan.
Hakim berjalan dengan
selamba. Waktu seterusnya adalah subjek Matematik. Hakim tidak berjalan menuju
ke kelas tetapi sebaliknya ke belakang stor. Dia tahu guru subjek Matematiknya
tidak masuk kerana ada mesyuarat di luar. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Afifah
merangkap Guru Disiplin.
"Em,bosan
la," luah Hakim pada kucing di sebelahnya. Perlahan-lahan kucing itu
diletakkan di atas riba.
"Meow," kucing
itu membalas. Entah faham ke tidak.Hakim membelai kucing itu sehingga tertidur.
Beberapa minit
kemudian.
"Hoii! Ponteng
ye!" Jerit seorang lelaki.
"Cikgu
Gopal!" Terkejut Hakim dari tidur. Hakim segera bangun melarikan diri.
Kucing tercampak
jauh terbang di awangan berpusing-pusing seperti tarian bellet
sebelum jatuh ke lantai.
Gedebukk!
"Meow"(landing
yang baik) kata kucing itu.
"Mari sini,"
jerit Cikgu Gopal.
"Alamak,baik aku
lari cepat sebelum dia tukar aku jadi makanan," Hakim berlari lintang pukang.
Cikgu Gopal tidak menyerah. Terus mengejar.
Hakim berlari pantas
ke kelas. Hakim bersembunyi di belakang pintu. Kelibat Cikgu Gopal tidak
kelihatan lagi.
"Fuhhh,"
Hakim mengeluh. Lega terasa.
"Terrbaikkkk,(baca
dengan nada boboiboy)" Faizul muncul di sebalik pintu.
"Hoi,terkejut
aku," Hakim hampir terduduk apabila Faizul tiba-tiba muncul.
"Best main
kejar-kejar?" Soal Faizul memperli Hakim. Faizul ketawa berguling-guling
sehingga jatuh ke dalam longkang dan mati serta merta. Opss!!
Khayalan penulis sahaja.
Khayalan penulis sahaja.
"Dah la,"
Hakim berlalu menuju ke tempat duduk. Faizul melopong sendirian.
Hakim merenung jauh ke
luar tingkap. Melihat awan putih berarak perlahan. Wajah itu bermain di
fikiran.
"Sungguh aku rindu," bisik Hakim.
bersambung........
written by Temos_Jan 31,2019_8:57 p.m