Permata Yang
Hilang
Langit biru
dihiasi awan putih
yang berarak perlahan.
Ada sinar matahari
menerangi setiap pelusuk
alam. Burung berkicauan
terbang bebas di
udara. Angin pantai
bertiup lembut menampar
setiap yang datang
menghalang. Nyaman dan
damai. Bunyi deruan
ombak menambahkan lagi
ketenangan.
Susuk tubuh
itu melangkah untuk
pergi ke suatu
tempat. Meninggalkan pantai
yang indah. Setiap
langkahan meninggalkan kesan
tapak kaki di
atas pasir pantai
yang halus itu
seperti kisah silam
yang tinggalkan kenangan.
Aku rindukan
suara seorang gadis kecil yang selalu
membingitkan telingaku dengan
suaranya. Suara gadis
yang selalu membuat
lenaku tidak panjang.
Rindu suara yang membuat hati
aku membangkitkan rasa
amarah yang membuak-buak
dalam diri.
Aku bukanlah
seorang abang yang
baik seperti kalian.
Aku hanya seorang
abang yang mempunyai
rasa iri hati
terhadap gadis kecil
yang penuh dengan
belaian kasih sayang
daripada seorang ibu.
Kini tiada
lagi suara manja
daripada gadis kecil
itu. Tiada lagi
caci maki yang
aku lontarkan kepada
gadis itu. Hanya
kenangan silam yang
pahit untuk aku
telan.
Hari ini
12 September merupakan
hari lahir si
gadis kecil itu
yang diberi nama
Khairun Insyirah. Insyirah
gadis manja dan
comel dengan keletahnya
sendiri. Dia bijak
dan petah berkata-kata.
Merupakan anak emas
arwah ayah dan
ibu. Tetapi bukan
kesayangan aku kerna
kewujudan Insyirah seakan
merampas kebahagiaan dan
perhatian yang aku
miliki selama ini.
“Adik, selamat
hari lahir,” bisik
aku perlahan.
Hatiku tiba-tiba
kembali sebak. Airmata
jantanku mengalir deras
di pipi. Kesedihan
dan kepedihan yang
aku tanggung selama
5 tahun masih
sama. Peristiwa lama
masih lagi menghantui
diri aku.
Imbas kembali.
12 September 2015
“Along, temankan
adik pergi kedai
buku,” sapa satu
suara.
“Kau diam
boleh tak??? Aku
nak tidur ni!!!”
bentak aku rimas.
“Bolehlah along,
last adik minta
tolong dengan along,”
Insyirah merayu lagi
sambil menarik lengan
aku.
“Aku nak
tidur! Kau tak faham bahasa?
Keluar!” jerkah aku
lantas menutup telinga
dengan bantal.
Insyirah mengalirkan
airmata. Setiap kali
dia dimarahi aku,
dia pasti menangis.
Aku tak pernah
ada rasa ingin
memujuk. Hari itu
aku biarkan sahaja
dia begitu. Insyirah
beredar keluar dari
bilik aku. Ibu
masih belum pulang
dari sekolah. Hanya
tinggal aku berdua
sahaja dengan gadis
berumur 10 tahun
itu.
Insyirah sangat
sedih dengan sikap
abangnya. Abangnya tidak
pernah berlemah lembut
dan selalu bersikap
dingin dengannya apatah
lagi bergurau sebagai
adik dan abang.
Tetapi, jauh di
sudut hati Insyirah,
dia sangat sayang
akan abangnya itu.
Mungkin suatu hari
nanti kewujudannya di
hati abangnya dapat
disedari.
“Jika kita
nak orang sayangkan
kita, kita perlulah
berbuat baik kepada
mereka,” terngiang-ngiang kata-kata
cikgu di sekolah
Insyirah.
“Buat baik,
dibalas baik. Buat
jahat, dibalas jahat,”
ulang Insyirah sambil
mundar mandir di
ruang tamu rumahnya
itu.
Insyirah memandang
pintu bilik abangnya
dan menampal sekeping
kertas. Di pintu
bilik ibunya juga
dia berbuat perkara
yang sama. Dia
meninggalkan pesan kepada
ibunya bahawa dia
ingin keluar ke
kedai buku sebentar.
Insyirah keluar ke
kedai dengan berjalan
kaki kerana jarak ke
kedai buku tersebut
mengambil masa selama
15 minit sahaja
dari rumahnya.
2 jam
kemudian.
“Along! Bangun!”
kejut ibu.
“Along!”
“Bangun!”
Puan Roziana
mengejutkan anak sulongnya
itu. Hatinya resah
dan gelisah. Dia
mundar mandir di
ruang tamu. Sesekali
jam di dinding
dilihat. Sesekali jam
di tangannya dikerling.
Rasa bimbang muncul
lagi. Hatinya bergelora.
“Ada apa
ibu?” tanya aku
dalam keadaan mamai.
“Adik kamu belum
balik lagi. Tolong
pergi cari dia
sekarang,” arah Puan
Roziana.
“Dia pergi
kedai buku je
pun.”
“Bukan pergi
mana pun. Pandai
la dia balik
nanti.”
Balas aku
kerana aku malas
mengambil tahu. Aku
mahu tidur dan
tidur. Cuti semester
kali ini aku
mahu tidur sepuas-puasnya. Tidak
mahu tidur aku
diganggu. Aku juga
tidak menghiraukan perasaan
ibu yang risaukan
adik.
“Dah 2
jam adik kamu
keluar. Biasa dia
tak macam ni.”
“Kamu pergi
bersiap cepat. Kita
pergi cari adik
sekarang.”
Puan Roziana
bergegas mengenakan tudung
dan mengambil kunci
kereta. Anak sulongnya
itu membontotinya dari
belakang. Enjin kereta
Honda Civic dihidupkan
dan terus memecut
laju meninggalkan perkarangan
rumah.
“Along pergi
cari parking dalam
kedai tu kejap.
Ibu nak cari
parking dulu,” ujar
Puan Roziana ringkas.
Aku terus
masuk ke dalam
kedai buku tersebut.
Aku mencari Insyirah
di setiap celahan
dan lorong rak-rak
buku serta alat
tulis.
Tiba-tiba aku
terdengar suara Insyirah.
Lantas aku mencari
di sebalik rak-rak
buku itu. Lega hati
aku apabila melihat
gadis kecil bertudung
itu sedang duduk
di lantai sambil
memilih buku.
“Adik, jom
balik. Ibu dah
tunggu kat luar.”
Tiada respon.
Aku terus mencuit
Insyirah dari belakang.
Gadis kecil itu
berpaling dan menyergah
aku. Aku sangat
terkejut dan ingin
memarahinya. Tetapi perasaan
marah itu hilang
serta merta. Hanya perasaan
terkejut masih menyelubungi
hati aku.
“Siapa adik
awak?” tanya gadis
kecil itu.
“Maaf dik.”
Gadis kecil
bertudung itu tadi
bukanlah Khairun Insyirah
yang aku cari. Aku
terus
berlari ke tingkat
atas kedai. Suara dan
saiz badan mereka
berdua seakan sama
tetapi bukan orang
yang tepat. Aku teruskan
mencari. Aku cuba
bertanya kepada pekerja
di dalam kedai
tersebut jika mereka
ada ternampak atau
mengenali Insyirah sambil
aku menunjukkan gambarnya
di dalam telefon
bimbit aku.
“Budak ni,
ada datang beli
buku ni tadi. Tapi
satu
jam yang lepas,”
aku mengucapkan terima
kasih sebelum beredar.
“Abang…” sapa
satu suara.
Gadis kecil
tadi memanggilku. Aku sekali
lagi kaget. Suaranya sama
seperti Insyirah. Aku menapak
mendekati gadis kecil
itu. Khairun Sofea
nama yang tertulis
di tag namanya.
Nama mereka juga
hampir sama.
“Abang jaga
adik abang elok-elok
ya,” pesan Khairun
Sofea sebelum dia
berlari mendapatkan ibunya
di kaunter.
Khairun Sofea
menghadiahkan senyuman sebelum
aku keluar dari
kedai itu. Pesanannya masih
bermain-main di minda
aku.
Aku masuk
ke dalam perut
kereta. Aku menceritakan
apa yang berlaku
kepada ibu dan
apa yang diberitahu
oleh pekerja itu. Aku
dan
ibu berbincang. Aku meminta
ibu supaya menunggu
di rumah dan biarkan aku
sahaja mencari Insyirah.
Jika Insyirah sudah
pulang ke rumah
ibu akan memaklumkan
kepada aku.
Enjin motosikal
Yamaha LC135 dihidupkan.
Ibu berpesan agar
aku berhati-hati. Aku meminta
ibu bertenang dan
banyakkan berdoa.
Aku mencari
di setiap lorong-lorong
bangunan. Pesanan Khairun
Sofea masih lagi segar di
ingatan. Aku rasa
berdebar dan juga
sebak. Aku tahu
aku bukanlah abang
yang baik. Aku meneruskan
mencari Khairun Insyirah.
Langkah kaki
aku menapak perlahan
apabila memasuki lorong
yang gelap. Dari jauh
aku terdengar suara
garau lelaki bergelak
ketawa. Aku ternampak
susuk tubuh tiga
lelaki di situ
dan sebuah kereta.
Aku melangkah
dengan berhati-hati. Tiba-tiba
aku tersepak sebelah
kasut. Aku mengambil
sambil mengamati betul-betul
kasut tersebut. Ini kasut
Insyirah. Hati aku
mula rasa kurang
enak. Aku melangkah
lagi dan terhenti
apabila melihat bungkusan
plastik yang tertulis
Syarikat Muda Osman
di atas jalan
itu. Ada sebuah
buku di dalamnya.
Buku itulah yang
dibeli oleh Insyirah
menurut kata daripada
pekerja kedai itu.
Aku semakin
menghampiri mereka. Aku melihat
sekujur tubuh terbaring
di tengah-tengah antara
mereka. Aku terpandang
kaki budak itu. Hanya
sebelah
sahaja yang berkasut.
Aku menangis di
situ. Badan aku
menggigil ketakutan dan
kesedihan. Tiba-tiba rasa
amarah aku membuak-buak.
“Woi setan!”
aku meluru ke
arah mereka sambil
memegang kayu.
Perut aku
ditendang dan aku
rebah ke belakang.
Muka aku ditumbuk
bertubi-tubi. Aku cuba
bangun kembali menuju
ke arah budak
yang terbaring kaku. Aku
yakin
itu Khairun Insyirah.
“Lepaskan adik
aku!”
“Aku telefon
polis sekarang!”
Aku cuba
menghubungi polis akan
tetapi telefon bimbit
aku dicampak ke
dinding dan berkecai.
Aku merangkak kesakitan
ke arah tubuh
yang tidak bergerak
itu. Tubuh Insyirah
diacukan sebilah pisau
yang tajam. Pakaiannya juga
sudah koyak rabak.
“Lepaskan aku! Jangan
apa-apakan adik
aku!” aku meronta-ronta
apabila dipegang dua
lelaki keparat itu.
Aku menangis
dan menjerit sekuat
hati apabila melihat
Insyirah diperlakukan begitu.
Salah seorang daripada
tiga lelaki itu
mengeluarkan sepucuk pistol
dan mengacukan ke
arah aku. Peluh dingin
menitis laju. Nyawa aku
akan melayang beberapa
saat sahaja lagi.
Pang! Pang! Pang!
Tiga das
tembakan tepat mengenai
ketiga-tiga penjahat tersebut.
Aku terkejut dan
rupanya aku masih
terselamat. Aku berlari
mendapatkan Insyirah. Ketiga-tiga
lelaki keparat itu
sudah jatuh menyembah
bumi dan mati
di situ juga.
“Adik! Bangun!
Along datang ni!”
“Along janji
along akan teman
adik selalu!”
“Adik! Bangunlah!”
“Adikkk…!!!”
* * * * *
Aku tersedar dari
lamunan panjang. Peristiwa hitam
itu masih segar
dalam ingatan aku.
Tanggal 12 September
juga merupakan hari
pemergiaan Khairun Insyirah.
Penjenayah yang ditembak
mati oleh polis
itu sangat dikehendaki
polis dalam sindiket
penjualan organ dalaman
dan kes rogol.
Seorang saksi warga
Bangladesh telah melaporkan
kepada polis apabila
mendengar bunyi bising
dan pergaduhan di
lorong gelap itu. Aku
bersyukur masih
terselamat tetapi Insyirah
pergi buat selamanya.
Aku menyapu debu
pada batu nisan
yang tertulis nama
Khairun Insyirah binti
Roziana. Airmata aku
mengalir laju. Menangis airmata
darah sekalipun, aku
tidak dapat mengembalikan
semula Insyirah ke
dunia.
“Happy birthday
Along sayang!” ucapan itu
diucapkan awal dua
hari.
Adik
pergi
keluar beli hadiah
untuk along.
Itulah pesanan
yang ditinggalkan oleh
Insyirah pada pintu
bilik aku sebelum
dia keluar pergi
ke kedai buku. Insyirah
ingin
menghadiahkan aku sebuah
buku kerana dia
tahu aku sangat
suka membaca buku.
Along, selamat hari
lahir yang ke
25. Dah tua
along kan. Bila adik
nak dapat kakak
ipar ni? Cepat-cepat
la kahwin nanti
ada orang tolong
jagakan along. Along,
novel yang bertajuk KERNA
AKU ADA KAMU
ni, adik hadiahkan
untuk along. Along baca
dan simpan novel
ni elo-elok. Adik tak
pandai buat ayat
panjang-panjang. Adik doakan
along berjaya dunia
akhirat. Adik nak ucapkan terima
kasih pada along
sebab selalu ada
untuk adik. Walaupun along
garang, tapi adik
tahu along sayangkan
adik. Adik pun
sayangkan along. Along,
novel ni mengisahkan
seseorang yang kehilangan
insan yang dia
sayang tetapi dia
tetap teruskan hidup
dia kerana dia
tahu, dia ada
Allah yang selalu
bersama dia. Along baca taw.
With love and
kiss, Khairun Insyirah.
Aku beredar
dari tanah perkuburan
sambil membawa novel
yang dihadiahkan Insyirah
bersama sekeping kertas
yang diselitkannya setelah
selesai membeli novel
itu. KERNA AKU
ADA KAMU. Teruskan
kehidupan walaupun pahitnya
menempuh penyesalan dan kehilangan.
“Adik, maafkan
along.”
"Ibu, maafkan along kerana tak mampu jaga adik."
“Along sayangkan
adik.”
Written
by
Temos_Oct 13,2018_12:41 a.m
TAMAT.
terima kasih kerana sudi baca. saya izinkan share.
ReplyDelete