Salahku Bersebab - Part 2






      usai solat asar, Hakim menghempaskan dirinya di atas katil. Kejadian hari ini kadang-kadang membuatkan hati kecilnya tertawa. Datang lambat,dimarahi dengan Cikgu Afifah dan dikejar Cikgu Gopal. Ya, itu memang salah dirinya sendiri yang tidak begitu berdisiplin. Hakim tersenyum sendiri di katilnya. Merenung kipas yang ligat berpusing.


"Eh, apa aku nak buat tadi ye?" Hakim menyoal dirinya. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.


Hakim bergerak mengiring ke kanan. Hakim terpandang meja tulis dan beg sekolahnya. Serta merta Hakim bangun dan mencapai beg sekolah. Zip dibuka. Buku teks dan buku latihan sains dibelek satu persatu.


"Haish, patut resah semacam je. Lupa nak siapkan homework Sains," kata Hakim sambil tangan ligat menulis.


Meow! Meow! Meow!


"Aduh, bunyi rimau plak dah," getus Hakim dalam hati.


Hakim meletakkan pen dan mengintai di sebalik tingkap biliknya. Harimau belang comel itu ada di luar melihat tingkap bilik Hakim. Hakim berlalu ke dapur mencari secicip makanan untuk harimau comel itu.


"Eh,takkan makan biskut kot. Tapi ni biskut tiger," Hakim menutup kembali balang berisi biskut. 


"Haaa. Rezeki kau la ni," Hakim terus beredar masuk ke bilik sambil membawa seekor ikan yang ada dibawah tudung saji. Ikan goreng itu dilempar kepada kucing comel itu. Terlompat-lompat kucing itu apabila mendapat ikan.


Hakim duduk kembali di meja tulisnya menyiapkan kerja rumah. Hakim menumpukan perhatian kepada kerja rumahnya itu. Sesekali buku rujukan dibelek. Sesekali Hakim menggeliat membetulkan urat-urat yang bersimpul padu.


Lega.


Kerja rumah disambung sehingga siap.


Tok! Tok! Tok!


"Assalamualaikum!" sayup kedengaran dari luar rumah.


"Waalaikumussalam," sapa Pak Aman. Segera berlari membuka pintu.


"Haa..Pak Aman sihat?" soal seorang pemuda berumur 30 an.


"Pakcik sihat je. Ada apa datang kemari?" Pak Aman menjemput Dollah masuk tetapi ditolaknya kerana tidak mahu lama.


"Macam biasa la Pak Aman. Kutip duit sewa la," Dollah memberikan jawapan.


"Tapi Dollah..." airmuka Pak Aman serta merta berubah. Dia menunduk malu.


"Pak Aman dah 3 bulan tak bayar sewa rumah," jelas Dollah tegas.


"Dollah,kau bagi masa 2 minggu untuk Pak Aman cari duit " rayu Pak Aman terketar-ketar. Sebak.


"Pak Aman,dengan arwah ayah saya boleh la mintak tangguh tapi ni dah 3 bulan tak bayar," Dollah sedikit marah. Namun dia masih menghormati susuk tubuh berumur di hadapannya itu.


"Tolonglah Dollah,Pak Aman takde duit lagi,bagi masa untuk cari duit lagi," rayu Pak Aman sambil berlutut.


"Ok. Saya bagi masa seminggu lagi. Kalau tak, Pak Aman dengan Hakim boleh pindah cari tempat lain," Dollah memberi amaran. Dollah beredar menaiki honda cup c70 milik arwah ayahnya.


Pak Aman masih terduduk di hadapan pintu rumah sewanya itu. Sayu hati mengenangkan kesusahan hidup. Kehidupan semakin susah walaupun pembangunan semakin pesat. Pintu ditutup perlahan. Tubuh tua berkedut seribu itu bersandar pada dinding. Dah 3 bulan rumah sewa itu tidak berbayar. Lagipun Pak Aman tidak lagi bekerja kerana diberhentikan. Gara-gara salah faham di tempat kerja,Pak Aman hilang punca pendapatan.


"Atikah,abang tak mampu nak jadi suami dan ayah yang terbaik untuk awak dan Hakim," luah Pak Aman sedih.


"Sejak awak pergi,saya buntu tiada sokongan dari awak," Pak Aman meraup mukanya. Pak Aman terkenangkan arwah isterinya yang selalu ada saat kesusahan namun semuanya berubah selepas kematian isterinya. Hanya Hakim yang tinggal pengubat rindu.


"Aayahhh..." bisik Hakim perlahan. Airmata lelakinya tumpah saat awal lagi. Satu persatu dia melihat dan mendengar perbualan Dollah dan ayahnya. Lagi sayu mendengar luahan ayahnya.


Hakim menghempaskan tubuhnya di atas katil. Fikirannya masih berlegar-legar peristiwa tadi. Sedih. Sayu. Sebak. Perasaan itu bercampur baur. Akhirnya Hakim tertidur.




* * * * *




Matahari terang menerangi pagi hari yang indah. Sang burung terbang riang mencari rezeki. Awan putih berarak perlahan. Burung besi melintasi membelah awan.


"Fuhh..nasib baik aku awal hari ni," ucap Hakim apabila dirinya sudah berada di dalam kawasan sekolah.


Jam menunjukkan 7:20 minit pagi. Hakim datang awal hari ini. Tasha dan Rashid sibuk menjalankan tugas sebagai pengawas di pintu pagar sekolah. Tasha memanggil Hakim ketika kakinya melepasi pintu pagar tetapi tidak diendahkannya. Hakim berlalu pergi.


"Muhammad Hakim bin Azman!" Laung satu suara dibelakangnya.


Langkah Hakim terhenti. Tubuhnya dipusing ke belakang. Cikgu Afifah berjalan menuju ke arahnya. Wajahnya sedikit marah. Hakim berdebar-debar menanti. Jantungnya berdegup laju.


"Kamu ni asyik langgar peraturan je," bebel Cikgu Afifah kepada Hakim.


"Saya datang awal la cikgu," terus jarinya menunjuk ke arah jam besar di dataran sekolah. Jam menunjukkan pukul 7:23 minit pagi.


"Kamu datang awal tapi tengok diri kamu," Cikgu Afifah terus membebel. Hakim terpinga-pinga.


"Eh,,maaf cikgu," Hakim tunduk meminta maaf. Lantas baju sekolahnya dimasukkan ke dalam seluar. Hakim tidak tuck in bajunya. Itu yang membuatkan Cikgu Afifah marah.


"Nanti masa rehat jumpa saya," Cikgu Afifah terus beredar meninggalkan Hakim di laluan gajah menyusur.


"Adoi...aku ingatkan tak kena marah hari ni. Kena jugak," omel Hakim sendiri.


"Padan muka kau. Aku panggil tak endah tadi," tiba-tiba Tasha datang memberikan se das ayat.


"Arghh..blah la kau Tasha. Pergi buat kerja tu," Hakim sedikit berang dengan kelakuan Tasha. Tasha memanggil Hakim kerana ingin memberitahu pasal bajunya tetapi Hakim tidak mempedulikannya. Hakim beredar ke kelas meninggalkan Tasha.


"Aku plak kene marah," Tasha hanya memerhatikan Hakim sebelum menjalankan tugas semula.


5 Intelek


"Oit! Muka kau nampak kelat je. Kenapa?" Tanya Faizul melihat Hakim yang baru sahaja masuk ke kelas.


"Entahla Joe," balas Hakim ringkas. Hakim melabuhkan punggungnya di sebelah Faizul.


"Ce citer ce citer," pujuk Faizul ingin tahu.


"Aku kena marah lagi dengan cikgu Afifah," jelas Hakim sugul.


"Hahaha. Kau lambat lagi ke?" soal Faizul kembali sambil mentertawakan Hakim.


"Tak la. Aku lupa nak tuck in baju. Seguni aku kena tadi," pandangan mata dilemparkan jauh ke luar tingkap.


"Hahaha. Padan muka," gelak sakan Faizul melihat nasib Hakim pagi itu.


"Kau ni sama aje dengan si Tasha tu," penumbuk diangkat tetapi Hakim dapat mengawal amarahnya itu.


"Aik! Tasha plak dah. Dia buat apa kat kau?" Faizul makin teruja ingin tahu. Matanya membulat seperti bebola ikan.


"Dah la. Forget it," Hakim mematikan percakapan. Hakim terus memandang jauh ke langit biru. Apa yang difikirkannya hanya penulis yang tahu.


"Semua bangun! Assalamualaikum cikgu," suara ketua kelas 5 Intelek memecah lamunan Hakim. Serentak pelajar memberi salam kepada guru yang datang.


"Hah!cikgu..." terkejut Faizul melihat guru di hadapannya.


"Ish,ni bukan masa dia. Silap masuk kelas ke camne ni," Hakim berbisik kepada Faizul.


"Okey semua,keluarkan buku latihan matematik. Hari ni saya menggantikan Cikgu Razak. Beliau ada kursus di luar," Cikgu Afifah bersuara.


"Adoi,matilah aku Joe," Hakim membebel sendiri.


"Kenapa pulak?" Soal Faizul sibuk membuka buku matematik.


"Aku tertinggal kat rumah la. Buku Sains aku bawak pulak," Hakim cemas seketika.


"Hah! Hakim, Faizul. Buka buku latihan Matematik kamu," arah Cikgu Afifah apabila ternampak Faizul dan Hakim rancak bersembang.


"Iye cikgu," angguk Faizul menutup buku latihan matematik dan membuka kembali. Poyo sungguh.


"Joe,kau bawak tak buku latihan matematik yang satu lagi?" soal Hakim.


"Jap. Nah. Kau nak buat ape?" Faizul hairan melihat Hakim meminta buku latihan matematik 2.


"Aku nak buat-buat buka la. Strategi ni," balas Hakim membelek buku latihan matematik yang baru dipinjamnya dengan Faizul.


"Hahaha. Harap menjadi la strategi kau tu,"balas Faizul ringkas.


Kelas 5 Intelek sunyi tanpa bunyi. Hanya bunyi kipas berpusing menghilangkan rasa panas. Sesekali bunyi tapak kasut cikgu Afifah berjalan. Pelajar kelas 5 Intelek khusyuk membuat latihan yang diberikan Cikgu Afifah.


"Hakim! Kamu buat apa tu?" Sergah Cikgu Afifah dari belakang.


"Latihan la cikgu," balas Hakim. Peluh ketakutan mula mengalir deras. Jantung berdegup kencang.


"Bagi sini buku kamu," pinta Cikgu Afifah menghulurkan tangan.


"Saya tak siap lagi cikgu," Hakim menjelaskan. Faizul di sebelah hanya menjeling.


"Ni bukan buku latihan yang saya suruh buat. Mana buku latihan kamu?" Angin Cikgu Afifah seperti angin taufan.


"Tertinggal cikgu," Hakim menjawab ringkas.


"Alasan kamu ni beribu orang boleh bagi," marah Cikgu Afifah. Dia berjalan ke meja dan mengambil rotan. Hakim diminta ke hadapan.


"Matilah kau Kim," bisik Faizul perlahan.


"Buku sapa kamu gune?" Soal Cikgu Afifah memegang rotan.


"Erk. Buku saya cikgu," Hakim cuba mempertahankan Faizul.


"Faizul,bagi sini buku latihan tadi," arah cikgu Afifah kepada Faizul. Faizul pula menjadi gemuruh.


Buku latihan matematik bertukar tangan. Faizul kembali ke tempat duduk. Hakim masih di hadapan menunggu dibicarakan. Semua mata pelajar kelas 5 Intelek menumpukan pada Hakim. Tumpuan beralih arah. Latihan matematik dilupakan seketika. Sesekali terdengar bisikan-bisikan halus daripada pelajar 5 Intelek.


"Faizul?" nama Faizul terpacul daripada mulut Cikgu Afifah. Faizul tahu dia juga akan dibicarakan.


"Buku saya cikgu," Faizul berjalan ke hadapan. Dia menunduk malu.


"Saya akan rotan kamu berdua. Hakim,sebab kamu tak bawa buku dan menipu. Faizul,kamu bersubahat," jelas cikgu Afifah garang.


Libasan rotan bergema di pelusuk kelas 5 Intelek. Terkebil-kebil mata yang memandang Hakim dan Faizul. Amaran dikeluarkan Cikgu Afifah agar tidak melakukan perkara seperti itu. Semua pelajar 5 Intelek mengangguk tanda faham. Hakim dan Faizul kembali ke tempat duduk.


"Strategi konon," bebel Faizul mencebikkan muka.


"Mana aku tau kantoi," balas Hakim menahan sakit. Malu pun ada.


"Hakim, Faizul . Bercakap apa lagi? Buat kerja tu. Hakim buat dalam kertas," lantang suara Cikgu Afifah. Terkejut mereka berdua. Maka berteraburlah menyiapkan latihan matematik.


"Hakim..Hakim..kenapa la kau jadi camni?" Keluh Tasha sendirian. Latihan matematik disambung. 




* * * * *




"Eh Joe,kau nak ikot tak?" soal Hakim sambil menjamah nasi lemak yang dibelinya di kantin.


"Hah?" Soal Faizul kembali. Suasana bingit di kantin sekolah menghalang pendengarannya.


"Nak ikot tak?" Tanya Hakim dengan kuat.
Air sirap diteguk perlahan.


"Nak..nak.." balas Faizul gembira. Kuih karipap penuh di dalam mulut Faizul.


"Ok, nanti lepas makan kita pergi," jelas Hakim sambil menghabiskan nasi lemak.


"Ehh..jap,kau ajak aku pergi mana ek?" Tiba-tiba Faizul melontarkan soalan.


"Aku kan kena jumpa Cikgu Afifah," balas Hakim.


"La..taknak la aku. Tadi dah kena. Kau pergi la sorang," Faizul membatalkan niat untuk mengikuti Hakim selepas mengetahui perkara sebenar.


"Kau ni,tadi nak ikot," Hakim sedikit marah.


"Aku ingat nak pergi mana. Tak tahu pulak jumpa Cikgu Afifah. Tak jadi la," Air laici di habiskan segelas. Faizul sendawa panjang.


"Ye la. Aku pergi sorang. Aku gerak dulu," Hakim terus melangkah pergi selepas selesai makan.


"Kim! Baik-baik tu," laung Faizul dari jauh.


Waktu rehat masih berbaki 10 minit lagi. Hakim meninggalkan kantin kerana dia perlu berjumpa dengan guru disiplin,Cikgu Afifah. Hakim berjalan laju. Suasana bingit di kantin sudah tidak kedengaran lagi.


Gedebuk!


"Adoiiiii..." bisik Hakim dalam hati.


"Soo..sooriii abang Hakim," seorang budak perempuan tingkatan 4 terlanggar Hakim di koridor. Dia meminta maaf.


"Ok. Dah. Aku nak cepat," Hakim bangun dan terus berjalan tanpa menghiraukan budak itu.


"Tapi baju tu...." belum sempat budak itu menghabiskan kata-kata Hakim sudah jauh ke depan.


"Sakit pulak si Nurin ni langgar aku," bebel Hakim sendirian. Sempat dia melihat tag nama pada tudung budak itu. 


Bilik Disiplin.


Pintu bilik Cikgu Afifah diketuk. Hakim masuk setelah dibenarkan. Penghawa dingin yang dipasang membuatkan Hakim sedikit sejuk. Mata Hakim melilau di segenap sudut bilik Cikgu Afifah. Kemas. Cantik. Bersih dan tersusun.


"Duduk dulu," arah Cikgu Afifah sambil menaip sesuatu di laptopnya.


"Terima kasih cikgu," Hakim menarik kerusi dan duduk. Suasana sunyi seketika. Cengkerik mula memainkan peranan.


Krik. Krik. Krik.


"Kamu tau kenapa saya panggil?" Soal Cikgu Afifah setelah bunyi cengkerik habis.


"Tau..." angguk Hakim perlahan.


"Saya tak faham. Kenapa kamu selalu langgar school rules?" Soal Cikgu Afifah lagi. Laptop 
diletakan ditepi.


"Tak tau cikgu," Hakim menunduk. Sepatah ditanya sepatah dijawab.


"Hakim Hakim. Dah banyak kali kamu buat kesalahan. Kesalahan sama pulak tu. Kenapa dengan kamu ni?" Sekali lagi Cikgu Afifah menyoal.


"Saya tak tahu," balas Hakim.


"Lambat ke sekolah, tak tuck in baju, ponteng kelas. Tu kesalahan sama je kamu buat," jelas Cikgu Afifah satu persatu. Tiada nada tinggi. Hanya mendatar.


"Hmmm..," keluh Hakim.


"Tu baju kamu tu. Kenapa boleh kotor pulak? Kamu dah besar. Kebersihan kena la jaga jugak," Cikgu Afifah menunjukkan kesan aiskrim coklat pada baju sekolah Hakim.


"Adoi, ni mesti si Nurin yang buat tadi," omel Hakim di dalam hati. Peristiwa tadi membuatkan bajunya kotor. Sekarang dia pula disalahkan.


"Kamu nak saya beritahu ibu kamu?" Ugut Cikgu Afifah. Kesalahan-kesalahan Hakim perlu diberitahu kepada pihak ibubapa.


"Cikgu..jangan sebut.." Hakim berbisik perlahan. Dia menunduk.


"Kalau ibu kamu tahu,mesti dia sedih dengan sikap kamu ni," kata Cikgu Afifah. Dia memerhati Hakim yang hanya menunduk dari tadi.


"Jangan sebut pasal ibu saya," pinta Hakim perlahan. Airmatanya mula bertakung.


"Saya rasa saya perlu berjumpa ibu kamu," jelas Cikgu Afifah tanpa mempedulikan permintaan Hakim.


"Tolong cikgu. Ibu saya...." Hakim tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Sebak.


"Hukuman untuk kamj harini. Kamu perlu siapkan latihan matematik yang akan saya berikan pada jam 3 petang nanti disini," panjang lebar Cikgu Afifah memberikan arahan.


"Tapi cikgu. Saya tak boleh," Hakim cuba meminta simpati.


"Saya tak kira. Pukul 3 petang kamu mesti datang kat sini. Muktamad," balas Cikgu Afifah. Suaranya sedikit tinggi jika dibandingkan dari tadi.


Selepas selesai,Hakim terus keluar untuk ke kelas. Nampaknya dia akan terima hukuman hari ini. Hakim berjalan dalam keadaan sedih. Bukan sedih kerana perlu dihukum tetapi kerana ingat akan arwah ibunya.


"Ibu..maafkan Hakim. Hakim rindu ibu," airmata di pipi diseka. Matanya merah menahan tangis. Kaki melangkah pergi.




* * * * *




Selepas 2 jam bertarung dengan latihan matematik di bilik disiplin,Hakim mengemas beg dan peralatan sekolah. Semua pelajar sudah pun pulang ke rumah. Hanya dia sahaja yang baru hendak meninggalkan kawasan sekolah. Hukuman itu bukanlah berat jika dibandingkan dengan kerja-kerja lain. Cikgu Afifah juga tidak mahu memberi hukuman melampau.


"Fuhhh..letih plak rasa," ucap Hakim. Kakinya melangkah dengan tenang.


Selepas beberapa minit,Hakim membelok ke kanan. Pintu pagar dibuka. Kakinya melangkah dengan berhati-hati. Langit masih lagi cerah. Mujur ada awan yang melindungi panas terik mentari. Tidaklah terasa perit dengan kepanasan. Hakim membuka beg sekolah dan mengeluarkan surat khabar lama lalu dihamparkan di atas tanah. Hakim melabuhkan punggungnya.


"Assalamualaikum ibu. Hakim datang ni," Batu nisan diusap perlahan. Dedaun kering dan rumput dicabut. Hakim mula membaca surah yasin.


"Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosa ibuku yang aku tumpangi rahimnya.Yang mengandungkanku selama 9 bulan 10 hari. Ibuku ini telah melahirkan aku hingga koyak isinya,luka perutnya. Ampuni wanita ini ya allah. Kau rahmatilah ibuku ya allah," Hakim menangis membaca doa untuk ibunya.


"Ibu,Hakim rindu ibu sangat. Hakim nak ibu tapi Allah lebih sayangkan ibu," berjujuran airmata Hakim membasahi pipinya. Kubur ibunya ditatap sayu.


"Ibu,Hakim nak balik dulu ye. Ibu, tunggu Hakim kat sana ye. Nanti Hakim pun akan jumpa ibu. 


Assalamualaikum ibu," Hakim bingkas bangun dan mengutip dedaun yang ada dikubur ibunya. Dia akan pastikan kubur ibunya bersih. Hakim berjalan meninggalkan tanah perkuburan itu.


* * * * *


"Ish kamu ni,kenapa lambat datang?" Tanya Pak Ya tauke restoran di kampung itu.


"Maaf Pak Ya,saya kena jumpa cikgu tadi," jelas Hakim.


"Pergi tukar baju cepat," arah Pak Ya melihat Hakim yang masih berbaju sekolah.


Hakim terus menuju ke belakang menukar bajunya. Salah dirinya juga kerana menerima hukuman tadi. Rindu pada ibunya membuatkan Hakim berlama di tanah perkuburan itu. Hari ini hari pertamanya kerja sebagai pelayan dan mencuci pinggan di restoran Pak Ya. Hakim mahu membantu ayahnya dan dia juga ada agenda tersendiri yang memerlukan duit.


"Hakim, tolong ambil order kat depan," pinta seorang wanita berusia 50 an.


"Baik makcik," selepas menukar pakaian Hakim terus memulakan tugas walaupun dia terlambat 2 jam lebih.


"Cik nak makan apa?" tanya Hakim dengan senyuman.


Ramai orang yang berkunjung ke restoran Pak Ya. Tidak menang tangan tukang masak. Kadang-kadang meja dan kerusi tidak mampu menampung jumlah pelanggan yang hadir. Hakim terus menjalankan tugas dengan baik. Dia tidak keseorangan. Beberapa orang juga turut membantu Hakim.


"Eh, tu Cikgu Afifah. Aku kene menyorok ni," Hakim tiba-tiba menjadi hilang arah melihat Cikgu Afifah menuju ke restoran Pak Ya.


"Kenapa ni Kim?" Tanya Fateh kehairanan.


"Em,kau tolong ambil order ye. Aku nak pergi tandas," Hakim terus berlalu ke belakang.


"Ouh. Okey okey," Fateh memberikan isyarat.


"Fuhh..nasib baik cikgu tak nampak tadi," Hakim mengurut dadanya. Lega.


"Eh Kim,kau buat ape tu?" Tiba-tiba Azlan menyergah.


"Aku..aku nak tolong kau basuh pinggan," jelas Hakim tergagap-gagap.


"Hah,kalau camtu,elokla tu. Jom ikot aku," ajak Azlan. Hakim membontoti Azlan ke tempat membasuh pinggan.


Mereka berbual panjang. Sambil bekerja sambil berbual. Hakim syukur pekerja-pekerja disitu cukup ramah dan mesra. Identiti dirinya juga tidak diberitahu sepenuhnya. Cukuplah tahu sedikit sahaja.




bersambung.....


written by Temos_Feb 3,2019_3:34 p.m