Kerna Aku Ada Kamu - Bab 2 by Temos




BAB 2


Hospital  Selayang

Hospital  di  sini  sesak  dengan  pesakit  dan  ahli  keluarga.  Bingit.  Pelbagai  reaksi  dapat  dilihat  di  wajah  mereka.  Risau. Ketakutan. Malah  ada  yang  seakan  tenang  sambil  mulut  terkumat-kamit  memohon  perlindungan  daripada  Sang  Pencipta.
 
Allah  pernah  berfirman  di  dalam  surah  Al-Ghafir  ayat  60  yang  bermaksud “Mintalah  kepadaKu,  nescaya  akan  Aku  perkenankan.”  Di  dalam  sebuah  hadis  juga  ada  diriwayatkan  tentang  perkara  ini.  Barangsiapa yang berdo’a kepada-ku, pasti akan ku-kabulkan, dan siapa yang memohon kepada-ku, pasti akan ku-beri,dan siapa yang mohon ampun kepada-ku pasti akan ku ampuni”. (HR.Bukhari, Muslim, Maliki, Tirmidzi ).

Kejadian  kemalangan  pada  hari  itu  harus  diambil  pengajaran  buat  semua  pengguna  jalan  raya.  Memandulah  secara  berhemah  dan  ingatlah  orang  yang  tersayang  yang  sentiaasa  menanti  kepulangan  kita.  Biarlah  kepulangan  kita  disenangi  bukan  diratapi.

“Saya  kat  mana  ni?”
“Mama?”
“Papa?”
Gadis  itu  telah  sedar  akibat  kemalangan  tadi.  Dia  mencari  ibu  dan  bapanya.  Dia  melihat  sekeliling  dan  dia  sekarang  telah  berada  di  hospital  akibat  kemalangan.  Kepalanya  masih  berbalut.

“Cik,  maafkan  saya.” Sapa  seorang  doktor  apabila  gadis  itu  sudah  sedar  dari  pengsan.

“Mana  ibu  dan  ayah  saya?”  soalnya  lagi.

“Maaf.  Ibu  dan  bapa  cik  tidak  dapat  diselamatkan.  Mereka  kehilangan  banyak  darah  ketika  kemalangan  tadi.”  Jelas  doktor  kepada  gadis  itu.

“Doktor  tipu!”
“Saya  nak  jumpa  mama  dan  papa  saya!”
“Mereka  masih  hidup!”

Gadis  itu  menangis  dan  meraung  sekuat  hati.  Mana  mungkin  ibu  dan  bapanya  pergi  dengan  sekelip  mata.  Dia  cuba  bangun  dari  katil  untuk  mencari  ibu  dan  bapanya.  Doktor  Indah  cuba  memeluk  gadis  itu.  Gadis  itu  meronta-ronta  dalam  pelukan  doktor  Indah.

“Doktor,  biar  kami  tenangkan  dia,”  sapa  satu  suara.
“Baiklah,”  pelukan  dilepaskan  perlahan.

Doktor  Indah  mengambil  fail  pesakit  sebelum  meninggalkan  wad  itu.  Dia  memberitahu  tentang  keadaan  gadis  itu  kepada  lelaki  di  hadapannya  itu.  Lelaki  yang  berumur  dalam  lingkungan  50-an  itu  mengangguk  tanda  setuju  sebelum  mengucapkan  terima kasih.

“Abang,  doktor  ada  cakap  apa-apa  tak?”
“Ada.  Nanti  saya  cakap.”  Jawabnya  ringkas.

Jauh  di  sudut  hati  Farhana  dia  berasa  sebak  dan  hatinya  menangis  melihat  gadis  di  dalam  pelukan  mamanya  itu.  Rasa  simpati  menebal  di  dalam  hatinya.  Kehilangan  kedua-dua  orang  tua  pasti  merupakan  perkara  yang  sangat-sangat  sedih.  Orang  yang  membesarkan  kita  selama  ini  pergi  dalam  sekelip  mata  sebelum  mata  sempat  menatap  buat  kali  terakhir.

Farhana  teringat  kemalangan  tadi.  Dia  sempat  mengelak  dan  kereta  yang  dipandunya  terbabas  ke  tepi  jalan  dan  keluarga  mereka  terselamat  dari  kemalangan  yang  dasyat  itu.  Allah  selamatkan  mereka  sekeluarga.  Tetapi  malangnya  kereta  yang  dipandu  gadis  itu  tidak  sempat  berbuat  apa-apa  dan  pelanggaran  berlaku.  Orang  ramai  bergegas  memberi  bantuan  dan  Tuan  Rahman  segera  menghubungi  ambulans.

“Kawan,  moga  kau  kuat  untuk  menghadapi  perkara  mendatang.”  Monolog  Farhana  sendirian.

Genap  sebulan  kemalangan  itu  berlaku  dan  mereka  menjadi  saksi  segalanya.  Sejak  dari  kejadian  itu,  gadis  yang  bernama  Ariana  itu  telah  dijaga  oleh  Farhana  sekeluarga.  Ariana  tidak  mempunyai  saudara  mara  lagi.  Segala  urusan  pengebumian  ayah  dan  ibu  Ariana  diuruskan  oleh  Tuan  Rahman.

Keputusan  yang  diambil  oleh  Tuan  Rahman  untuk  menjaga  Ariana  tidak  dipersetujui  oleh  Puan  Sakinah  pada  awalnya  kerana   mereka  tidak  mengetahui  latar  belakang  gadis  itu.  Tetapi  Tuan  Rahman  lebih  cekap  dalam  mendapatkan  maklumat.  Akhirnya  Puan  Sakinah  bersetuju.  Mereka  menjaga  Ariana  seperti  anak  sendiri.

“Farhana!  Ariana!  Turun  makan,”  panggil  Puan  Sakinah.

“Ya  mama!”  serentak  dan  mereka  ketawa  sesama  sendiri.

“Wah…mama  masak  sendiri  ke?”  soal  Ariana  teruja.

“Mestilah.  Mama  kamu  ni  pernah  menang  juara  masakan  terbaik  masa  di  universiti  dulu,”  cerita  Tuan  Rahman.

“Mesti  sebab  masakan  mama,  papa  jatuh  hati  kan?  Pastu  cinta  mula  berputik,”  sampuk  Farhana.  Ariana  ketawa  mendengar  kata-kata  Farhana.

“Orang  kata,  dari  mata  turun  ke  hati.  Tapi  papa  kata,  dari  mulut  turun  ke  hati.  Tak  gitu  mama?”  Tuan  Rahman  cuba  menyakat  Puan  Sakinah  di  sebelahnya.

Puan  Sakinah  tidak  mampu  membalas  apabila  suami  kesayangannya  itu  menyakat.  Pipi  Puan  Sakinah  bertukar  merah  apabila  Tuan  Rahman  menceritakan  kembali  kisah  percintaan  mereka  di  hadapan  Farhana  dan  Ariana.  Sesekali  apabila  Tuan  Rahman  mengenakan  dia,  lengan  Tuan  Rahman  pasti  dicubitnya.

“Mama,papa,  janganlah  sweet  sangat.  Nanti  bersemut.”  Gurau  Ariana  melihat  mama  dan  papa  angkatnya  itu.

“Eh,  biarlah.  Bila  lagi  nak  bersemutkan,”  Tuan  Rahman  mengenyitkan  mata.

Mereka  semua  ketawa  apabila  Tuan  Rahman  sekali  lagi  dicubit  Puan  Sakinah.  Pada  hari  itu  Puan  Sakinah  memasak  masakan  kegemaran  Tuan  Rahman.  Dia  selalu  memasak  dan  dibantu  Mak  Teh  yang  dianggap  sebagai  ibunya  sendiri.  Mak  Teh  juga  banyak  memberi  tunjuk  ajar  dalam  bidang  masakan  ini.


* * * * *


Jam  menunjukkan  tepat  pukul  1  petang.  Berpusu-pusu  pelajar  keluar  dari  dewan  kuliah.  Tidak  ketinggalan  Farhana  dah  teman  rapatnya,  Aleeya.  Mereka  berdua  berjalan  menuju  ke  kafetaria  yang  terletak  di  hujung  bangunan  fakulti  tersebut. 

“Hoi  perempuan!  Kau  sengaja  kan  duduk  satu  kumpulan  dengan  Fauzan!”
Jerit  seorang  perempuan  dari  belakang  sebelum  melangkah  mendekati  Farhana.

“Kau  pehal  terjerit-jerit  macam  monyet  ni?”  soal  Aleeya  geram  dengan  perempuan  di  hadapannya  itu.

“Kau  diam.  Aku  bercakap  dengan  minah  tak  tahu  malu  ni!”  jarinya  ditunding  ke  arah  muka  Farhana.

“Kau  jeles  aku  satu  kumpulan  dengan  Fauzan?”
“Kau  siapa  nak  halang  aku  satu  kumpulan  dengan  dia?”
“Kau  mak  dia  ke?  Kakak?  Isteri?”
“Takkan…jadi  janganlah  nak  berlagak  Fauzan  tu  kau  punya,”

Farhana  cuba  menaikkan  kemarahan  Natasya.  Api  jika  disimbah  minyak  makin  menyala-nyala.  Itulah  yang  Farhana  inginkan.

“Fauzan  tu  hak  aku.  Aku  suka  dia.  Kau  jangan  nak  dekat  dengan  dia.  Ni  warning  aku,”  jelas  Natasya  geram.


“Kau  suka  dia,  tapi…”  aleeya  cuba  bermain  api.
“tapi  Fauzan  suka  dekat  kau  tak?  Ke  kau  je  syok  sendiri?”
Farhana  dan  Aleeya  ketawa  serentak. 

“Kau  berdua  memang  kurang  ajar!”  jerit  Natasya.

Natasya  mengangkat  tangannya  untuk  menampar  muka  Farhana  tetapi  dia  terhenti  apabila  kepalanya  dibaling  dengan  sesuatu.  Dia  terkejut  melihat  kasut  yang  jatuh  di  lantai.

“Kenapa  berhenti?  Tamparlah  cepat!  Tampar  kuat  sikit,”  Aleeya  sekali  lagi  mencari  pasal.

Mereka  bertiga  berpaling  melihat  ke  arah  pemilik  kasut  berjenama  Body  Glove  itu. 

“Fauzan?”  serentak  mereka  menyebut  nama  pemuda  kegilaan  Natasya  itu.
Fauzan  terus  mendekati  mereka.

“Tasya,  you  tak  ada  kerja  lain  ke?”  soal  Fauzan.

“You  jangan  dekat  dengan  minah  ni  lagi.  Ini  warning  i.  I  tak  suka  you  rapat  dengan  dia,”  Natasya  melaung  amaran.

“I  berhak  nak  berkawan  dengan  sesiapa.  Lagipun  I  bukan  milik  sesiapa  dan  I  bukan  milik  you.”  Sinis  nada  Fauzan.

“Wow,  single  lagi  mamat  ni.  Ada  peluang  ni,”  getus  Aleeya  di  dalam  hati.  Dia  tersenyum  sendiri.

“Tapi  I  suka….” 
“Dah.  Pergi  dari  sini.  Tak  malu  ke  bergaduh  tempat  awam  camni?”
Belum  sempat  Natasya  memhabiskan  kata-katanya,  Fauzan  sudah  menyuruhnya  pergi.  Sakit  di  hatinya  hanya  tuhan  yang  tahu.

“Kalau  you  nak  bergaduh  lagi,  tell me.  I  akan  sediakan  gelanggang  tinju  untuk  you.  Perlawanan  terbuka  bagi  sesiapa  nak  kalahkan  diva  hot  neraka  macam  you  ni.”  Kali  ini  Fauzan  pula  menyakitkan  hati  Natasya.

“I  benci  you!”  terus  diambil  kasut  Fauzan  dan  dibalingnya  ke  dalam  kolam  fakulti.  Natasya  terus  beredar  apabila  dia  dimalukan  di hadapan  lelaki  pujaan  gadis  di  universiti  itu.

“Padan  muka.”  Bisik  Farhana  tetapi  dia  simpati  kepada  Fauzan  apabila  kasutnya  telah  dibaling  ke  dalam  kolam.

“Terima  kasih  sebab  tolong  leraikan,”  ucap  Farhana.
“Benci  aku  dekat  diva  hot  tu.  Semua  lelaki  dia  nak.  Nanti  tinggal  apa  je  kat  aku,”  bebel  Aleeya  sambil  menghembuskan  nafas  amarahnya.

“Takpa.  Si  Tasya  tu  memang  macam  tu.  Kita  kena  lawan  juga  kadang-kadang.”
“Cuma  kasut  aku  lah.  Kesian  nanti  dekat  ikan-ikan  dalam  kolam  tu,takut  semua  mati  je  sebab  kasut  tu.”

Mereka  ketawa  apabila  Fauzan  membuat  lawak  hambar.  Mereka  berpisah  meneruskan  kerja  masing-masing.  Fauzan  salah  seorang  pelajar  yang  berpengaruh  di  universiti.  Dia  memiliki  muka  yang  biasa-biasa  tetapi  sedap  mata  memandang.  Seorang  atlet  dan  Majlis  Perwakilan  Pelajar  (MPP)  di  sini.  Dia menjadi  kegilaan  gadis-gadis  dan  juga  jejaka  yang  terpesong  nafsunya.

“Kau  nak  balik  terus  ke?  Soal  Aleeya.
“Tak  aku  nak  pergi  bank  sekejap  lepastu  datang  sini  ambil  Ariana,”  jelasnya  sambil  menghirup  air  neslo  kegemaraanya.

“Haaa…sebut  pasal  Ariana,  kau  belum  kenalkan  kat  aku  lagi.  Dia  cantik  macam  aku  tak?  Aleeya  memuji  diri  sendiri.  Matanya  berkelip-kelip  menanti  jawapan.



“Dia  cantik  macam  aku.  Nanti  aku  kenalkan  bila  ada  masa.”
Aleeya  memuncungkan  bibirnya  apabila  mendengar  jawapan  daripada  kawan  baiknya  itu.

Aleeya  seorang  kawan  rapat  kepada  Farhana  ketika  mereka  memulakan  alam  university.  Mereka  bertemu  kerana  seekor  kucing.  Farhana  yang  terdengar  seseorang  yang  meminta  tolong  dari  bilik  sebelah  terus  bergegas  melihat  apa  yang  berlaku.  Aleeya  ketika  itu  sedang  berdiri  di  atas  meja  sambil  memegang  penyapu.  Kucing  itu  ingin  menerkam  ayam  di  tangan  Aleeya.  Aleeya  sangat  takutkan  kucing.  Farhana  menolong  dan  menghalau  kucing  tersebut.  Sejak  dari  kejadiaan  itu  mereka  mula  rapat.


* * * * *


Farhana  baru  sahaja  keluar  dari  bank  selepas  mengeluarkan  duit.  Dia  berjalan  menuju  ke  seberang  jalan.  Dia  malas  untuk  u-turn  kerana  jauh.  Ketika  dia  di  dalam  bank,  ada  seseorang  sedang  memerhatikannya  dari  luar.  Seorang  lelaki  yang  menunggang motosikal  berkuasa  tinggi  R1  sedang  menunggu  Farhana  dari  jauh.  Dia  tidak  mahu  sesiapa  melihat  tindakannya.  Topi  full  face  dipakai  apabila  melihat  Farhana  keluar  dari  bank.  Dia  mahu  Farhana  mati  di  situ  juga.  Rancangan  pertamanya  gagal  ketika  di  KLIA  tempoh  hari.  Kali  ini  dia  tidak  mahu  gagal  lagi.

Deruman  enjin  R1  kedengaran.  Target  sudah  berada  di  hadapan.  Dia  terus  memecut  laju  menuju  ke  arah  Farhana.

DOOMMMM!!!

Bunyi  enjin  R1  sudah  tidak  kedengaran  malah  kedengaran  dentuman  yang  sangat  kuat.  Semua  mata  tertumpu  ke  arah  jalan  itu.  Sebuah  motorsikal  berkuasa  tinggi  bertembung  dengan  sebuah  kereta  yang  keluar  dari  simpang  jalan.  Lelaki  tadi  segera  mengangkat  motorsikalnya  sebelum  melarikan  diri. 

Beberapa  orang  awam  mendekati  pemandu  kereta  tadi.  Tiada  apa-apa  berlaku  dan  tiada  kecederaan.  Katanya  hanya  pelanggaran  sedikit  sahaja.  Penunggang  motosikal  itu  tadi  menghilang  sekelip  mata.

Farhana  sempat  melihat  dari  jauh  dan  terus  pergi  ke  arah  keretanya.  Dia  tidak  mahu  ambil  peduli  dan  orang  ramai  berkumpul  di  tempat  kejadian. Dia  segera  pulang  ke  universiti  untuk  mengambil  Ariana  yang  baru  sahaja  habis  kelas.  Tuan  Rahman  telah  menguruskan  segala  urusan  pembelajaran  Ariana  dan  menempatkan  universiti  yang  sama  dengan  Farhana  supaya  ada  yang  dapat  menjaga  Ariana.  Pesan  doktor,  Ariana  masih  lagi  trauma  dengan  kemalangan  tempoh  hari.  Dia  perlu  dijaga  dan  elakkan  tinggal  bersendirian.


* * * * *


Ketika  di  rumah,  Farhana  menceritakan  kemalangan  yang  berlaku  di  sekitar  bank  tadi.  Apabila  Farhana  menyebut  tentang  lelaki  yang  menunggang  motosikal  yang  menghilangkan  diri  itu,  wajah  Tuan  Rahman  tiba-tiba  berubah.  Ada  riak  kerisauan  terbit  dari  hatinya.  Dia  terus  memikirkan  keselamatan  anaknya,Farhana.  Dia  bersyukur  kerana  Farhana  masih  selamat.  
“Ariana,  macam  mana  belajar?”  soal  Tuan  Rahman  menukar  topik  perbualan.

“Alhamdulillah  papa.  Everything  okay.  Belajar  pun  best.  Pensyarah  dan  kawan-kawan  semua baik,”  kata  Ariana  riang.

“Ramai  mata  yang  tengok  Ariana  ni.  Sampai  ada  yang  nak  minta  nombor  telefon,”  Farhana  membongkar  rahsia.

“Mana  ada.  Mama  tengok  Hana  ni,”  Ariana  mencebik.

“Siapa  nak  anak  papa  berdua  ni,  kena  jumpa  papa  dulu.  Yang  penting  papa  nak  anak-anak  papa  ni  belajar  rajin-rajin.”

Nasihat  Tuan  Rahman  kepada  anak  gadisnya.  Farhana  dan  Ariana  menumpukan  perhatian  terhadap  kata-kata  papa  mereka.  Jangan  masuk  telinga  kanan  keluar  telinga  kiri.  Tetapi  biarlah  masuk  mana-mana  telinga  terus  sampai  ke  hati.

Mereka  makan  malam  bersama  seperti  biasa.  Hari  ini  Puan  Sakinah  memasak  gulai  kari  kepala  ikan  dan  sayur  campur.  Ayam  goreng  kegemaran  anak  gadisnya  berdua  itu.  Mak  Teh  menyediakan  pencuci  mulut  untuk  mereka  sekeluarga.  Puding  oreo  dan  yogurt.  

Siang  berganti  malam.  Setiap  detik  dan  saat  berlalu  meninggalkan  kita.  Akan  ada  kenangan  yang  kita  cipta.  Ada  memori  yang  terpahat  di  ingatan.  Bagi  yang  masih  bernyawa,  teruskan  kehidupan  sebagai  hambanNya.  Bagi  yang  telah  pergi,  doakan  mereka  sentiasa  dicucuri  rahmatNya.

Tingkap  bilik  Farhana  diperhati  oleh  seseorang  dari  luar  pagar.  Seorang  lelaki  yang  memakai  jaket  hitam  dan  menunggang  motosikal  berkuasa  tinggi  berada  di  situ.  Dia  di  situ  hanya  menjalankan  tugas  untuk  menamatkan  riwayat  keluarga  itu  seorang  demi  seorang.  Bermula  dengan  anak  gadis  Tuan  Rahman,Farhana. 

Sedang  dia  ralit  memerhati,  seorang  lelaki  tua  lalu  di  hadapan  rumah  Tuan  Rahman  sambil  menunda  basikal  yang  dipenuhi  kotak-kotak  yang  tidak  digunakan. Kotak-kotak  itu  tiba-tiba  jatuh.  Dia  membebel  sendiri  sambil  mengutip  kotak  tersebut.

“Kamu  buat  apa?”
“Mari  tolong  pakcik, nak.”

Panggil  lelaki  tua  itu  apabila  menyedari  lelaki  berjaket  hitam  itu  di  situ.  Lelaki  itu  terus  menghidupkan  enjin  motosikalnya  sebelum  beredar  pergi.  Matanya  dipenuhi  dendam  kesumat. 

“Tuan,  dia  telah  pergi,”  lelaki  tua  tadi  melaporkan  sesuatu  sebelum  pergi.
“Baiklah.  Terima  kasih.”  Telefon  dimatikan.

Tuan  Rahman  masuk  ke  dalam  rumah  setelah  mengambil  angin  di  balkoni  itu  tadi.  Dia  memerhati  apa  yang  berlaku  di  luar  pagar  rumahnya  tadi.  Dia  berharap  kelurganya  sentiasa  dalam  keadaan  selamat.

Langit  malam  di  hiasi  kerlipan  bintang  indah.  Sang  rembulan  bersinar  ditemani  bintang-bintang.  Angin  malam  sungguh  nyaman  dan  memberikan  ketenangan.  Penghuni  di  dalam  banglo  itu  lena  diulit  mimpi  indah.  Semoga  esok  hari  lebih  baik  dari  semalam.

“Arghhh…!!!  Aku  gagal  lagi.”
“Bodoh!  Tak  guna!”
“Aku  akan  kembali!!!”

Syamsul  menumbuk  mejanya.  Dia  teringat  rancangannya  yang  gagal  pada  petang  tadi.  Dia  memerhati  dinding  biliknya.  Renungan  tajam  dilontarkan  ke  arah  setiap  gambar  targetnya.   Dia  tidak  mahu  gagal  lagi.


bersambung...